SOUTH ISLAND, New Zealand – Satu kajian yang dijalankan oleh University of Otago, Dunedin, New Zealand mendapati kaedah pemotongan zakar boleh membantu manusia hidup lebih lama, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Kajian tersebut yang dijalankan ke atas sekawan biri-biri jantan dipotong kemaluannya menghasilkan asid deoksiribonukleik (DNA) yang lebih lambat menua berbanding yang tidak dibuang kemaluannya. Wanita secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding lelaki. Beberapa kajian mencadangkan punca utama adalah perbezaan genetik dan hormon antara kedua-dua jantina tersebut yang mengurangkan jumlah DNA yang dimiliki.
Perbezaan tersebut turut ditemui pada biri-biri di mana biri-biri betina biasanya hidup lebih lama. Penyelidik mendapati biri-biri jantan yang sudah dibuang kemaluannya berupaya menambah 60 peratus jangka hayatnya berbanding biri-biri jantan lain. Ia memberi harapan bahawa kajian sama berpotensi menghasilkan keputusan serupa ke atas manusia. “Kami mencipta cara untuk mengukur umur biologi pelbagai jenis mamalia, mengkaji lebih 200 spesies dan mendapati bahawa banyak persamaan antara haiwan dan menusia berkenaan pertambahan usia. “Namun begitu, kajian ke atas biri-biri jantan adalah unik kerana ia secara khusus mengasingkan kesan hormon lelaki terhadap penuaan.- CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT