CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Dengan PdPR, Pelajar Mula ‘Koyak’

9-7-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13082| Komen: 170

PETALING JAYA- Rata-rata pelajar sekolah mula meluahkan rasa tertekan selain merindui suasana Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka selepas mengakui gagal mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Kegusaran pelajar terbabit diterjemahkan menerusi ciapan #PdPR yang sohor kini di Twitter selepas mendapat ciapan lebih daripada 12,200 pengguna setakat pagi ini.

Lebih menyedihkan, ada di antara mereka mula mempersoalkan keupayaan untuk mengusai subjek tertentu seperti Matematik Tambahan berikutan gagal memahaminya ketika PdPR.

Menurut @cchyaamrclls, dia mempersoalkan keupayaan dirinya untuk memahami apa diajarkan guru namun usahanya dilihat seakan gagal.

Foto: Kosmo


“Bolehkah saya untuk bertahan dengan PdPR terutamanya subjek Matematik Tambahan, saya tidak boleh, saya cuba memahaminya tetapi gagal.

“Saya perlukan sesi secara bersemuka, Ya Allah, saya tersekat, bantu hambamu untuk hapuskan air mata ini,” luahnya.

Selain itu, ada juga pelajar meluahkan proses PdPR yang berlangsung menyebabkan mereka tidak sempat makan serta perlu bangun lebih awal bagi menyertai sesi itu.

Bagi @kakeruboba_ menyifatkan PdPR yang berlangsung menyebabkan pelajar tidak sempat makan manakala @naddyrzw menjelaskan dia perlu bangun seawal pukul 6 pagi bagi menyertai sesi berkenaan.

Dalam pada itu, kegusaran terhadap PdPR turut diluahkan oleh golongan pendidik dengan mengatakan ada diantara pelajar yang tidak menyertai sesi itu sejak tiga bulan lalu.

@WannsZach berkata, seorang pelajarnya tidak menyertai PdPR sejak tiga bulan lalu dan gagal dihubungi sehingga kini.

“Saya cuba untuk menghubungi ibubapa pelajar itu tetapi hingga kini tiada jawapan, macam mana saya mahu bantu mereka sedangkan mereka tidak cuba untuk membantu diri sendiri,’ ciapnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 9-7-2021 11:26 AM
parent pun koyak, nak ajar tak reti, yg budak pulak belajar thru GM mcm tak sampai je
Quote MontanaHannah 9-7-2021 11:26 AM
calit air mata baca berita ini

bukan cara belajar guna kaedah mcm ini

hentikan smeu ini sekarang juga

kembalikan kehidupan anak-anak skeolah mcm biasa


kita yg gedik xdapat berjimba-jimba sudha terasa mcm nak terjun lombong

dajjei sungguh laaaaaaa
Quote n3ar 9-7-2021 11:29 AM
pdpr susah tambah2 untuk pelajar yg slow belajar...yg duduk luar bandar takde kemudahan...

pastu susah untuk ibu bapa juga, kena kerja hakiki bekerja dari rumah, pastu kena monitor anak2 plak... set up gadget utk PDPR la apa...

Quote hyie 9-7-2021 11:37 AM
since meols pon ada pengalaman mengikuti sesi pembelajaran secara pjj di uni, kaedah yang digunakan adalah sidang video, persis pdpr ni lah. Namun weols boleh tengok semula video tu sebab dah dirakam.

jadi soalan meols, pihak sekolah tak buat ke rakaman video semasa sesi kelas tu? kalau ok, ok je la, takde la wujud isu pelajar tercicir kelas ke apa sebab boleh tengok balik bila2 masa. Kecuali kalau dia takda kemudahan peranti untuk belajar lah dan sambungan akses internet.
Quote Supersirap 9-7-2021 11:37 AM
Macam-macam ranjau yang perlu dihadapi rakyat si kala ini
Quote BoongaKertas 9-7-2021 11:43 AM
jujurnya, iols yg dah nak dekat sebulan wfh ni pun dah mcm mental dok rumah. sbb entahlah, rasa mcm tak normal. tp tulah, antara risiko covid vs selesa wfh tu, iols ketepikan keselesaan tu sbb takut risiko covid tu tggi lg. bertabahlah generasi skrg. kesian gak depa.
Quote prizadane 9-7-2021 11:46 AM
hyie replied at 9-7-2021 11:37 AM
since meols pon ada pengalaman mengikuti sesi pembelajaran secara pjj di uni, kaedah yang digunakan  ...

Sekolah anak iols memang cikgu akan record all session GM n upload in GC or telegram. Alhamdulillah setakat ni bagus je. Cikgu pun suka buat 2 way communication dengan student n classmate anak iols Alhamdulillah jenis behave. Unmute bila nak nak interact with cikgu je.
Quote Skuau 9-7-2021 11:48 AM
BoongaKertas replied at 9-7-2021 11:43 AM
jujurnya, iols yg dah nak dekat sebulan wfh ni pun dah mcm mental dok rumah. sbb entahlah, rasa mcm  ...

boleh la kuar..pusing kwsn umh amik cahaya..awal2 pagi...atau belah2 ptng sikit...
Quote mama_neko 9-7-2021 11:48 AM
anak aku, aku sedia semua, siap broadcast session google meet kat tv sbb nk bagi dia tgk screen besaq.. tu pun koyak gak.. baru darjah 1.. dia koyak sbb kawan takdak, rindu kawan and dia tak suka tgk cikgu dia virtual cmtu.. depa nak face to face interaction.. nak bersosial gamaknya.. aku pun beli la minyak eo, frankinnese ka apa, nk bagi tenang2 masa study, tak jalan gak.. last2 aku ajaq sikit2, pastu aku bagi depa main kat luaq banyak . dpt sembang ngan anak jiran sebelah tembok pun jadila.. rupanya budak2 kecik ni lagi kena bersosial, jumpa kawan2.. depa stress kalau terkurung ja.. mmg nampak jatuh merudum prestasi dia.pdpr ni mmg afek emosi sungguh..
Quote MontanaHannah 9-7-2021 11:49 AM
hyie replied at 9-7-2021 11:37 AM
since meols pon ada pengalaman mengikuti sesi pembelajaran secara pjj di uni, kaedah yang digunakan  ...

orang dewasa lain
Quote ipanimanz1 9-7-2021 11:50 AM
burn out la dah smpai bopa subjek shri kena bljaq...keja rumah plak btimbun2..apa kata kurangkan jd 1-2subjek ja shri...bljaq hat wajib ja dlu...hat seni,muzik,pj,sej smua xyah bljaq...tgu bsemuka smua...budak sronok,mak pak tenang..bila depa ni 'tenang',cg  pun xkalut
Quote KIM.K 9-7-2021 11:56 AM
hyie replied at 9-7-2021 11:37 AM
since meols pon ada pengalaman mengikuti sesi pembelajaran secara pjj di uni, kaedah yang digunakan  ...

iols pun suke pdpr daripada semuka. Puas tengok dan boleh ulang. Maybe budak2 tak masuk belajar camni. Skrin fon kecik, cikgu ajar laju or lain2
Quote zehra2 9-7-2021 12:00 PM
ok jer pdpr ni.. yg tk nk masuk tu mmg laa tk masuk jugek
kita layan yg ndak je..
ni tgh prepare exam online..
rasa mcm boleh..
Quote BoongaKertas 9-7-2021 12:00 PM
Skuau replied at 9-7-2021 03:48 AM
boleh la kuar..pusing kwsn umh amik cahaya..awal2 pagi...atau belah2 ptng sikit...

buat dah chuols tp mcm kenot kill anxiety meols bila keluar tu. seram jer rasa sbb varian baru tu lg.
Quote hyie 9-7-2021 12:01 PM
ipanimanz1 replied at 9-7-2021 11:50 AM
burn out la dah smpai bopa subjek shri kena bljaq...keja rumah plak btimbun2..apa kata kurangkan jd  ...

macam meols, masa sekolah rendah dulu, suka sangat kelas muzik. Dia macam satu terapi gitulah kengkononnya mungkin kelas untuk subjek2 bukan teras ni diteruskan jugak untuk mempelbagaikan mood pelajar kot. Agaknyalah...tapi PJ meols tak suka
Quote meteorspeed 9-7-2021 12:01 PM
Kang anak kena covid bising plop kt menteri.. Aku tak paham apa yg deme nak..
Quote elnor_81 9-7-2021 12:10 PM
Aku ad tya parent yg join..katanya ok je ckgu buat pdpr. Cuma ibu bapa kena pantau. Tp jenis aku..buat gm..aku rekod. N aku send smula dlm grup utk parent n bdk refee balik. Parent yg koyak pun ramai..aku kkdg dgr parent bunyi..xkn ni pun x reti. Bru tau ank ko nk tambah tanpa kumpul semula pun x blh.

Mslh skang. Subjek sehari byj sgt. Nk jugak ikut time skolah 8-1pm tu. Smpi 4 subjek sehari. Parent pun xleh nk kejar. Bdk apatah lg. Ari tu dh elok 2 subjek sehari. Parent dh rse lega..
Quote msdummy.2018 9-7-2021 12:11 PM
hyie replied at 9-7-2021 11:37 AM
since meols pon ada pengalaman mengikuti sesi pembelajaran secara pjj di uni, kaedah yang digunakan  ...

Depend cikgu..cikgu bijak dia akan rakam n beri murid..kena cikgu malas..copy paste utube cikgu2 lain suruh beljar sndr....#ank sndr tngjwb kita...boleh tak siap kuar # bagai?
Quote kedekek 9-7-2021 12:12 PM
ipanimanz1 replied at 9-7-2021 11:50 AM
burn out la dah smpai bopa subjek shri kena bljaq...keja rumah plak btimbun2..apa kata kurangkan jd  ...

Xboleh 1-2 sbjek  sehari sbb kpm kata nnt silibus bdk xhabis..ade kels yg dr jam 0730-3ptg ngadap screen.kasihan bdk..for me kalo cmtu xde kualiti bdk dah penat and akhirnya kels ptg tu semua ke laut..lg kesian if sbjek berat like addmaths chemistry or even bm pn xlalu dah wehh

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053075 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top