CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Minta Belikan Baju Online Dan Kerusi Selesa,"- Siti Sarah Dedah Kerenah Peminta Bantuan

9-7-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3011| Komen: 9

"Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan," kata penyanyi Siti Sarah mengenai tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bantuan yang dihulurkan.

Sarah berkata, dia kesal apabila ada individu yang tamak dan tidak bertanggungjawab termasuk meminta barangan yang tak sesuai dengan situasi.

Foto: IG


Sarah berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi rezeki dan membantu pihak yang memerlukan, namun dia tidak hebahkan perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti itu mula jadi kurang seronok apabila ada yang meminta barangan merepek dan tak kena dengan situasi.



"Contohnya minta belikan baju dalam talian atau kerusi selesa sebab nak bekerja dari rumah. Ada juga kes yang minta bantuan tapi nak barang yang ikut tekak sendiri," katanya.


Menurut Sarah, dia berharap orang ramai yang memerlukan bantuan supaya bertimbang rasa dan mengutamakan kepada individu yang benar-benar memerlukan.



"Kasihanlah orang lain yang betul-betul perlukan bantuan. Ada yang sampai makan nasi lauk telur saja, tapi dia tak nak minta bantuan sebab rasa ada ramai lagi yang lebih memerlukan.

"Ini tidak, ada yang cukup makan pakai tempat tinggal segala segi, boleh minta bantuan nak daging macam-macam. Tolonglah jangan ambil kesempatan," katanya.




Siti Sarah berkata, dia tidak mahu orang ramai salah anggap dengan kenyataannya ini kerana dia bukan berlagak atau menunjuk-nunjuk, tetapi cuma nak ringankan beban mereka yang betul-betul perlu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 9-7-2021 11:24 AM
Bape banyak daaa nk bukak thread pasal chucky komplen org mntk barang kt die.
Quote BoongaKertas 9-7-2021 11:36 AM
susah lah kalau ada org selfish time2 pandemic ni.  org nak tlg pun jadi serba salah dok minta bukan2. iols terus terfikir, mcm mana lah ustat ebit deal dgn permohonan mcm tu kan. tp mcm pernah baca kata dia mmg bg jer takkan risik2 betul ke tak permohonan tu.
Quote msdummy.2018 9-7-2021 12:02 PM
BoongaKertas replied at 9-7-2021 11:36 AM
susah lah kalau ada org selfish time2 pandemic ni.  org nak tlg pun jadi serba salah dok minta bukan ...

Bukan el jer..tg masa bersamamu tuh pun sama k...dpt umah baru gitew....kuarga tuh susah sb laki dia pemlaas bekerja..ank rmi sb xdee family planning...pas tuh ko tau dia buat apa? Dia sewa umah asal dia dh separuh runtuh..bila org tuh xmampu byr dia, snang jer dia halau....
Quote BoongaKertas 9-7-2021 12:10 PM
msdummy.2018 replied at 9-7-2021 04:02 AM
Bukan el jer..tg masa bersamamu tuh pun sama k...dpt umah baru gitew....kuarga tuh susah sb laki d ...

episod bila tu chuols? ngerinya dpt biawak mcm tu.
Quote msdummy.2018 9-7-2021 12:15 PM
BoongaKertas replied at 9-7-2021 12:10 PM
episod bila tu chuols? ngerinya dpt biawak mcm tu.

Lama sgt dh weh...laki tuh oun dh arwahhhh..ank2 dia pun ada yg xmenjadi
Quote Knowlee 9-7-2021 12:19 PM
Tak support chucky, tapi nak cakap isu bantuan ni. Ada yg jujur, ada yg ambil kesempatan. Yg ambil kesempatan ni, demand nya bukan main. Sepatutnya amik apa yg org nak bagi, tapi dia dok demand nak itu, nak ini, nak brand itu, brand ini. Yg bukan keperluan pun minta juga. Org camni la buat org lain yg betul2 memerlukan tak dpt ditolong.
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 01:32 PM
nama pun third world country, mentality pun entitled.
Quote Fazsemput 9-7-2021 01:41 PM
I rasa... kalau x nk tolong x pyh share..keperluan setiap org tu lain.. ecspecially bab kerusi tu..

syukur la die masih bekerja.x semua org perlukn beras.. beras tu mybe die mmpu nk beli sndiri.. kerusi tu agknye mmpu..tapi tgh genting sekrng kan.. nkbjimat la tu


.sis masa mco 1.. dok rumah krja pakai kerusi biasa.kerusi meja mkn.. mmg sakit tulang belkng..ke bontot berbulan2 lepas tu.. skit gile.. nk smbhyng sush..

Skng boleh la..selesa juga. nasib baik sis beli kerusi dr opis sis..masa dorg buat lelong brng pejabat.. secondhand..
Quote sok_suci 9-7-2021 01:47 PM
Bluwerrrkkkkk..hazabb ahh chucky ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062017 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top