CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Diikat Pada Pokok Pisang 'Menangis' Disuntik Vaksin

9-7-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3898| Komen: 20

Description: Gara-gara takut jarum suntikan, seorang lelaki dengan rela hati membiarkan dirinya diikat pada sebatang pokok pisang hanya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.
Gara-gara takut jarum suntikan, seorang lelaki dengan rela hati membiarkan dirinya diikat pada sebatang pokok pisang hanya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Lapor Suara.com, video yang memaparkan aksi lucu lelaki itu ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 menjadi tular di laman media sosial.



Kredit foto: IG Gus

Malah, video tersebut turut dikongsi oleh seorang ulama di Indonesia, Gus Miftah di laman Instagramnya.

Video itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang berdiri dengan kedua-dua tangannya di belakang dan terikat pada pokok pisang.

Lelaki itu mula berasa amat takut ketika petugas kesihatan menghampiri dengan membawa picagari mengandungi cecair vaksin untuk menyuntik lengannya.

Lelaki itu kemudian secara spontan menjerit apabila jarum disuntik pada lengannya.



Sambil memejam matanya, lelaki itu juga membuka mulutnya untuk menahan jeritan.

Video itu menarik perhatian rata-rata warganet yang terhibur dengan perkongsian berkenaan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 9-7-2021 10:11 AM
Kurusnya bdn dia..
Quote Skuau 9-7-2021 10:27 AM
otai_g replied at 9-7-2021 10:11 AM
Kurusnya bdn dia..

badanku kurus bukannya..kurang makan...sedih hatiku karena...si jantung hati...
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 10:27 AM
haiyoooo {:laugh
Quote budaktua 9-7-2021 10:42 AM

tulang besi urat dawai tu....

aku rasa mmg dia offer nk diikat begitu sb dia tahu keupayaannya menahan sakit @ beriaksi bila dicucuk...



Quote twins 9-7-2021 10:44 AM
pokcik ni kurus sangat boleh nmpk tulang walaupun di lengan....
mungkin sebab tu sakit agaknya.....
Quote green~tea 9-7-2021 06:57 PM
aku ingat blastoff dah kena ikat kat pokok pisang sbb takut baksin
Quote sukacactus 9-7-2021 07:08 PM
Disebabkan covid dan vaksinnya, terdedah la ramai yg takutkan jarum
Padahal jarum tu halus je pun
Quote kiah_mai_pulak 9-7-2021 07:58 PM
macam macammmmmm{:laugh
Quote dani-rox 9-7-2021 08:02 PM
kurusnya pakcik nih, tingat Bomoh citer Hantu Kak Limah


Quote I.K.A888990 9-7-2021 08:10 PM
indo dgn kisah2 pelik & kelakarnye mmg xkemana
Quote tikusmontok 9-7-2021 08:10 PM
Sedara mara bibik indon bekas babu jusa c tu ke..pelik2 jer indon ni
Quote helicornia 9-7-2021 08:39 PM
mengada2 je nampak
Quote anakkerengga 9-7-2021 08:42 PM
Cucuk caksin sikit pun tak sakit. Aku bukan nak ckp besar… tp sakit lagi kena gigit dgn kerengga
Quote gujiwa 9-7-2021 08:46 PM
anakkerengga replied at 9-7-2021 08:42 PM
Cucuk caksin sikit pun tak sakit. Aku bukan nak ckp besar… tp sakit lagi kena gigit dgn kerengga

betul tak rasa langsung jarum dia.. sakit lagi cucuk amik darah..
Quote supernaturalee 9-7-2021 09:25 PM
Skuau replied at 9-7-2021 10:27 AM
badanku kurus bukannya..kurang makan...sedih hatiku karena...si jantung hati...


Hehehe



[youtube]3RkAJZVeM6A[/youtube]
Quote Skuau 9-7-2021 09:34 PM
aku...sb buat medical  check up 6 bln sekali...memang aku perati jer jarum tu dicucuk kat lengan masa amik darah.
Quote dani-rox 9-7-2021 10:13 PM
Skuau replied at 9-7-2021 09:34 PM
aku...sb buat medical  check up 6 bln sekali...memang aku perati jer jarum tu dicucuk kat lengan mas ...

sama lah kita. hypnotizing gitu tengok darah sendiri
Quote insulin 9-7-2021 10:16 PM
Tak pe la pakcik. Asalkan bukannya telan Ivermectin atau Zentel.
Quote perembes 9-7-2021 10:19 PM
sedih pulk tgk... nmpk kerja berat

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.078464 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top