CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Islam Dengan ‘Kerajaan Allah’, Kit Siang Amat Biadab - Asyraf Wajdi

6-7-2021 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3958| Komen: 26

Kenyataan Lim Kit Siang berkaitan ‘Kerajaan Allah’ merupakan sebab mengapa UMNO harus mempertahankan mandat perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam sebuah kerajaan.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merupakan satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.


Kredit foto: AP

“Mempermainkan kesucian nama Allah dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan hari ini menguruskan Pandemik Covid-19 adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Perbuatan Lim Kit Siang ini amat biadab dan kurang ajar serta mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” kata Asyraf Wajdi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu telah mengarahkan kepimpinan Pemuda UMNO seluruh Malaysia untuk membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP tersebut.


Asyraf Wajdi berkata, DAP seharusnya belajar bahawa sikap chauvinistik dan rasis telah menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan 22 bulan.

“Inilah juga sebab UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah ada pengalaman menjalinkan kerjasama politik bahkan terus mempertahankan mandat perwakilan akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO lalu tidak sesekali bersetuju untuk berpakat dengan DAP,” kata Asyraf Wajdi.

Terdahulu Lim Kit Siang menulis di Facebooknya, “If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.

(Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”).



Difahamkan, istilah “Kerajaan Allah” yang disebut Kit Siang itu merujuk kepada tazkirah secara maya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 6-7-2021 06:56 PM
Encik kit shiang, please dont ever let your tongue mentioning Allah on your statement. How rude!
Quote bakingsoda 6-7-2021 06:58 PM
bukan ke dia menganjing lobai tu acah kerajaan pilihan Allah lagi barokah padahal cara merampas ala zionist
Quote djzara81 6-7-2021 07:27 PM
Edited by djzara81 at 6-7-2021 07:37 PM

LKS can criticizes whatever shit he wants but please never ever enrage the Muslims with ignorance & stupidity when it comes to Allah & Islam.
Quote jazaa100 6-7-2021 07:28 PM
Bkn dia ke dulu yg bila dgr azan, stop meeting jap....
Skrg dah murtad pulak.....
Quote M5 6-7-2021 07:33 PM
tahniah la lobai hadi bawang sama abahcow kerna semakin berjaya memperbodohkan ummah yg setiap kali gigih mau sentap asal di petik hal2 berkaitan pak ereb padang pasir
Quote TomyamPuteh 6-7-2021 08:28 PM
Edited by TomyamPuteh at 6-7-2021 08:31 PM

Ingtkn  Guan Eng dh msk Islam lps pakai songkok itu hari.
Quote oranjes 6-7-2021 08:44 PM
oo... lobai pas petik kjaan allah bleh.. tak kira mempersendakan ke? walau tade isi... cina totok sebut tak bleh.. tanya jeee
Quote lavendernovella 6-7-2021 09:02 PM
Betul2 dia ambil ruang dalam api marak. Either dia terbakar atau dia membakar.
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2021 09:04 PM
Besok keluar berita Lim Guan Eng bersunat pulak!
Quote cucuq 6-7-2021 09:06 PM
jazaa100 replied at 6-7-2021 07:28 PM
Bkn dia ke dulu yg bila dgr azan, stop meeting jap....
Skrg dah murtad pulak.....

Bukan tu anak die ke sis..pnjang umo juga atuk ni..kuat lagi
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2021 09:09 PM
cucuq replied at 6-7-2021 09:06 PM
Bukan tu anak die ke sis..pnjang umo juga atuk ni..kuat lagi

Selalunya orang jahat memang lambat mati macam atokcow ijau
Quote brownstone 6-7-2021 09:09 PM
bakingsoda replied at 6-7-2021 06:58 PM
bukan ke dia menganjing lobai tu acah kerajaan pilihan Allah lagi barokah padahal cara merampas ala  ...

Menganjing pun, dia takde legitimacy to do that sebab dia bukan Muslim.

Kit Siang walaupun mendambakan undi Cina saja...kena juga jaga perasaan pengundi melayu Islam yg sensitif, mereka ni yg akan punish rakan PH lain seperti Amanah dan Keadilan.
Quote cucuq 6-7-2021 09:12 PM
kakikuDibibirmu replied at 6-7-2021 09:09 PM
Selalunya orang jahat memang lambat mati macam atokcow ijau

Hahaha btul,gak kan..xpelah bgi jelah die mnikmati nikmat dunia gittu
Quote dua_chzy 6-7-2021 09:22 PM
Kit Siang has a point.

Allah yang gagal atau manusia pilihanNya yang gagal? Tapi segala sesuatu di dunia ini terjadi atas izin Allah bukan? So...Kau boleh fikir?
Quote jazaa100 6-7-2021 10:31 PM
cucuq replied at 6-7-2021 09:06 PM
Bukan tu anak die ke sis..pnjang umo juga atuk ni..kuat lagi

Ooo iya ke.....

I is confused.....ank beranak sama je tak blh pakai punya olang
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2021 10:33 PM
Segala sesuatu memang berlaku bi iznillah dengan idjin Allah tapi tak semestinya Allah redho
Quote sehirkedi 6-7-2021 11:06 PM
Senang je nak bagi manusia bergaduh-gaduh.. Petik nama tuhan.. Lepastu gaduhlah, benci membenci, perang dsb. Jangan dilayan apa yg orang provok. Yang penting jangan extreme.
Quote nakkomenjugak 6-7-2021 11:31 PM
yelaaa apek siangggg. macam laa kerajaan lu betul2 ho liao
Quote cucuq 7-7-2021 12:00 AM
jazaa100 replied at 6-7-2021 10:31 PM
Ooo iya ke.....

I is confused.....ank beranak sama je tak blh pakai punya olang

Iyo ank die ex mnteri kewayangan huhu...walaupun x boleh pkai tpi byk penyokong maa itu apek

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.097637 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top