Melanggar akta buruh! Itu yang dilakukan pengusaha sebuag kilang yang membayar gaji pekerjanya dalam bentuk syiling. Kejadian berlaku di Valenzuela City itu mula disedari selepas seorang pekerja kilang mengadu mengenai salah laku tersebut kepada pihak berkuasa.
Russel Manoza membuat laporan mengenai layanan diterima termasuk dibayar gaji 1,056 peso (89.30) dalam bentuk syiling lim dan 10 sen. Menurutnya, majikan terbabit memintanya hadir di kilang untuk menerima gaji terakhir selepas dipecat. Namun, apa yang diterimanya adalah lambakan duit syiling. Susulan laporan itu, permit kilang berkenaan digantung 15 hari kerana melanggar peraturan buruh. Kilang itu juga berdepan hukuman lebih berat selepas disiasat susulan aduan pekerjanya mengenai ketidakadilan pengurusan dan pengabaian kebajikan mereka.
Malah, pengusaha diminta meminta maaf atas perbuatannya itu. Namun, pengusaha itu mendakwa terdapat salah faham kerana syiling berkenaan sepatutnya diserahkan kepada gereja di Malabon. Sumber: Gempak
|
Namun, pengusaha itu mendakwa terdapat salah faham kerana syiling berkenaan sepatutnya diserahkan kepada gereja di Malabon.
sehirkedi replied at 6-7-2021 11:11 PM
'Salah faham, syiling utk gereja '. Percubaan konar baring, setelah aduan dibuat.
Belibis replied at 6-7-2021 06:18 PM
Dan dan konar untuk sumbangan gereja..takkan takde payslip masa bayar gaji.
ADVERTISEMENT