CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Menanti Hari, Kanser Dah Merebak,"-Lengkap Pakai PPE, Ebit Lew Ziarah Bapa Tenat Hidap Barah Perut Tahap 4

6-7-2021 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11827| Komen: 115

Umum mengetahui bapa kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sedang dirawat di hospital kerana kesihatannya semakin merosot sejak bulan lalu.

Malah Ebit kerap kali membuat hantaran di laman sosial berkongsi situasi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew.

Dalam perkongsian terbaharunya, Ebit yang sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gaza bergegas menziarahi bapanya yang tenat, siap dengan mengenakan sut kelengkapan pelindung diri (PPE).


Kredit foto: mStar


Dalam perkongsian tersebut juga, Ebit memaklumkan bahawa bapa kesayangannya yang berusia 84 tahun itu disahkan menghidap kanser perut tahap empat.

"Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

"Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test covid negatif. Terima kasih KKM, " tulisnya.

Dalam nada berbaur sebak, Ebit meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat bersama-sama di samping bapanya ketika ini kerana masih berada dalam tempoh kuarantin.


Kredit foto: mStar


Ebit sering membuat perkongsian mengenai keadaan kesihatan bapanya di laman sosial.

"Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye, "tulisnya.

Jelas sedang bersedih, Ebit dalam masa yang sama turut memohon agar rakyat Malaysia mendoakan bapanya.

"Pohon doakan buat ayah saya ye.

"Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

"Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.

"Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah, " tulisnya lagi.


Kredit foto: mStar

Sementara itu ruangan komen pada perkongsian Ebit di Instagram dibanjiri dengan doa dan kata-kata semangat netizen agar pendakwah tersebut tabah menghadapi ujian.

"Bertabah dan kuat kan semangat ustaz.

"Allahuakhbar. Besar ujian ustaz. Moga Allah permudahkan urusan ustaz.

"Semoga yang baik-baik buat keluarga ustaz, semoga ayah ustaz diberikan kesembuhan, " demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 6-7-2021 01:00 PM
bila org biasa ppe pon xbg beli.. bila si ebit ni sume lepass

Motip dia kne pergi gaza siap dgn hulubalang berduyun2 pon kaka xphm smpi skrg
Quote Normabaru 6-7-2021 01:01 PM
Kuarantin dah la xhabis lg dan bapak dia masih hidup bukan kira kes kematian lg.  So motip dpt kuar masa tgh kuarantin???
Quote Lolalala 6-7-2021 01:07 PM
Pakai PPE tu ok dah. Yg beg tu harus ke bawak? Confirm bersih ke? So dia sekarang kuarantin Kelantan la ya. Hurmmmmm
Quote Kurex 6-7-2021 01:18 PM
Seriuslah sebak nak hadiahkan semua pahala? Dekat akhirat, masing2 kedekut nak bagi pahala hatta mak ayah kepada anak, anak kepada mak ayah, masa tu masing2 fikir diri sendiri..
Iols masih tak faham pada mereka yg mendewakan sebak.
Btw semoga dipermudahkan urusan
Quote nazzse 6-7-2021 01:23 PM
Privilege giler lah dia ni. Dah tahap vvip dilayan. Tak faham aku
Quote tipahketipung 6-7-2021 01:23 PM
berapa hari kuarantin ni?
Quote renko 6-7-2021 01:26 PM
Untung la kuarantin kejap je..lebih dari double standard ni..org biasa yg xkena kuarantin pun,  bila kematian je baru leh pergi.. ni da la rentas negara,kuarantin pun kejap. Tp mcm biasa la. Penjilat mesti kata xpe..
Quote little_sis 6-7-2021 01:28 PM
Moga dipermudahkan urusan bapa dia..
Minggu lepas ex-opismate meninggal sebab kanser jugak, lama jugak la dia buat rawatan tapi kesihatan merosot sikit demi sikit.. moga rohnya dicucuri rahmat
Quote mawar_mustika 6-7-2021 01:28 PM
betul2 kayangan ni...apakah kepentingan die ke palestin hr tu????adakah selepas die pergi gencatan senjata akan berlaku....serius xpaham...dh lps ke palestin dlm musim pandemik 1 hal...pastu blh plak p melawat ayah die ms tgh kuarantin....org lain nk jmp mak ayah kemain susah...ada yg mak ayah dh mati pun br blh jmp...tu bkn duk dlm kuarantin tu
Quote otai_g 6-7-2021 01:54 PM
Semoga urusan ustadz ebit dan ayah beliau dipermudah.
Quote bakingsoda 6-7-2021 01:56 PM
Lolalala replied at 6-7-2021 01:07 PM
Pakai PPE tu ok dah. Yg beg tu harus ke bawak? Confirm bersih ke? So dia sekarang kuarantin Kelantan ...

ayah dia dirawat kat serambi ke? mmg tinggal kat kelantan ke cane?
Quote akuchenta 6-7-2021 01:59 PM
Hebat la ebit ni. Semua boleh jalan

Rentas negeri
Rentas negara
Masuk gaza

Hebat! Mana2 jalan boleh lepas senang2 je..
Kita ni bila la sebebas ebit
Quote haruslah 6-7-2021 02:03 PM

Kalau marhain buat test, --ve...pastu mintak blk tgk mak pak tenat boleh x?????

Kalau artis buat boleh?
Quote famri7 6-7-2021 02:23 PM
Tunggu masa jah dewa tin biskut nk tumbuh sayap lalu terbang ke kayangan bersama bidari biskut
Quote famri7 6-7-2021 02:24 PM
Semoga ayah hes xrasa sakit sngt sebab biasa orang halfconcious dah tak sedar apa jd dkt kita. Orang sekeliling jah paling terkesan
Quote MissVixen 6-7-2021 02:25 PM
Ehhhh. Kejapnye kuarantin. Senangnya dia. Kau ingat kau sorang ada keluarga dengan kanser??? Senang2 je dia lepas. Siap ada cameraman rakam gambar masa jumpa ayah dia.
Quote OsHiN_hOnEy 6-7-2021 02:29 PM
sebulan berjalan di cairo
takda pulak rasa sebak sayu tak dpt jaga bpk
cina mmg byk kena kanser perut
moga maha dewabit jaga kesihatsn yeee

dia mmg suka meriak
dan tunjuk dia above others
tu islam kat mana dia belajar?
sedangkan marhein cuma dpt tgk
tubuh ibu bpk yg terbujur kaku
Quote She-Ra 6-7-2021 02:31 PM
dia sepatutnya tak perlu la share benda ni kt socmed
diam2 sudehhh.. kan dh kena kecam.. atau mmg saje mengundang
sayu jgk hati tgk video dgn pak dia tuu... terasa sehingga ke dlm hati yg paling dlm... kita pernah kehilangan keluarga tersayang, takleh tgk benda2 gini.. mesti mengalir airmata...

apapun doa yg baik2 utk abah dia...
Quote asamfish 6-7-2021 02:37 PM
OMG!!!!
Semoga mereput!!!  What kind of SOP is this?????
Orang lain beratus or beribu makpak tenat....nazak...nak mati.....TIDAK DIBENARKAN melawat
Or tidak dibenarkan keluar kuarantin
No nice words can be described here........melainkan...astaghfirullah....
Why KKm....Why?.....

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047909 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top