CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Banyak Fikir, Tak Boleh Tidur: Bapa 4 Anak Kelar Leher Sendiri

5-7-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4411| Komen: 23

Port Dickson: Akibat menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir, seorang lelaki berusia 36 tahun parah selepas mengelar lehernya sendiri menggunakan sebilah pisau.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki yang tinggal di Bandar Sunggala itu dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan lanjut selepas insiden berkenaan.

"Pihak polis menerima panggilan semalam sekitar jam 9.20 pagi memaklumkan seorang lelaki mengelar lehernya.

"Mangsa berusia 36 tahun yang juga seorang peniaga restoran di Teluk Kemang, Port Dickson sudah berkahwin dan mempunyai empat anak," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Foto: Harian Metro

Katanya, kejadian berlaku di tandas bilik tidur utama ketika isteri mangsa sedang tidur.

"Isteri mangsa terdengar jeritan mangsa di dalam tandas dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang leher.

"Senjata pisau yang digunakan oleh mangsa dipercayai diambil dari dapur rumah mangsa sendiri," katanya.

Aidi Sham berkata, beliau percaya, perbuatan mangsa dipercayai akibat dari tindakan mangsa sendiri.

"Mangsa mengalami kecederaan teruk di leher (urat putus) sebelum dipindahkan ke Zon Merah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

"Berdasarkan maklumat diperolehi dari pegawai perubatan, mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Port Dickson kerana mengalami masalah tidak boleh tidur malam kerana mengalami masalah 'anxiety'," katanya.

Katanya, menurut isteri mangsa, sebelum kejadian suaminya kerap menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir dan memaklumkan lelaki itu tiada sebarang masalah kewangan atau peribadi.

"Keadaan mangsa kini stabil selepas menjalani pembedahan di HTJ Seremban dan sudahpun dipindahkan ke wad untuk pemantauan.

"Walaubagaimana pun, mangsa akan dirujuk dengan pakar psikiatrik untuk rawatan lanjut selepas dibenarkan keluar dari HTJ," katanya.

Katanya, siasatan polis mendapati punca kejadian bukan disebabkan faktor kewangan. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 4-7-2021 09:23 PM
Baca berita ni sambil usap-usap leher.
Quote ChildrenOfBodom 4-7-2021 09:24 PM
Ada ka istilah mental anxiety? Stupid. Anxiety tu sendiri penyakit berkaitan mental, kepalabutoh laaa berita ni
Quote salmon-suki 4-7-2021 09:49 PM
Menakutkn skrg..mcm2 kejadian jd
Quote angelofish 4-7-2021 09:52 PM
ok la tum.dari kelar leher bini dan anak
Quote darkness 4-7-2021 09:53 PM
Mungkin dia nak bernafas kut..sb tu dia potong
Quote supernaturalee 5-7-2021 01:54 AM
ChildrenOfBodom replied at 4-7-2021 09:24 PM
Ada ka istilah mental anxiety? Stupid. Anxiety tu sendiri penyakit berkaitan mental, kepalabutoh laa ...

Anxiety disorder lh kn

Klu ye x tau plk anxiety disorder ni blh bertindak smpi mcm ni
Ni gaya mcm lbh kpd schizophrenia
X pun chronic depression

Quote supernaturalee 5-7-2021 01:56 AM
Btw urat leher putus blh hidup lg eh

Quote LadyCarefree 5-7-2021 02:06 AM
Apa fungsi reben hijo?
Quote dani-rox 5-7-2021 02:08 AM
ye ke anxiety? atau dia ada penyakit mental lain yg tidak di diagnose
Quote any42 5-7-2021 02:27 AM
supernaturalee replied at 5-7-2021 01:56 AM
Btw urat leher putus blh hidup lg eh

Boleh kot. td bru tgk rncngn i survived kt ci. cter btul dr mngsa serangan yg bjaya hdup. sorang teenager cter dia kna kelar kt leher bkali2 mmg ptus urat leher darah tinggal brape pint je lg klau ikutkn mmg xleh survive dah. doc sdaya upaya slmtkn & mngkin kna rwat bbulan2 kt spital tp miracle btul lps sminggu dia dah bleh kluar.

tgk rncngn tu mmpu shivers bpeluk tbuh je la dgr survivors ni cter pnglman msing2 betapa kejamnya mnusia


Quote I.K.A888990 5-7-2021 02:48 AM
msti fobi isteri dia. harap2 xde apa jadi & ambil rawatan sepatutnya
Quote Orix 5-7-2021 02:56 AM
Anxiety ni bahaya ooo kalau x pandai kawal. Iols anxiety ayam2 ms nak exam dlu pun rs seksa nk study. Skrg pn ada ms anxiety ayam2 bila kena siapkan task sebelum dateline tp buat bodoh ja x layan sgat perasaan tu. pernah terbaca kalau anxiety ttbe dtg menyerang praktikkan gratitude. Plg penting kena belajar kosongkan otak aka meditate.
Quote Supersirap 5-7-2021 09:30 AM
Semoga dapat diselamatkan keadaan saudara ini
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 12:06 PM
susah nak tidur katanya... banyak masalah nak dipikir
Quote green~tea 5-7-2021 12:11 PM
i duno whyyyy.. tp ramaiiiii hokeh my ex-colleagues kena anxiety / panic attack sbb work from home....  everytime dia jejak kaki keluar pintu rumah je terus Heart Beat dia jadi 120+++++ padahal bukan berlari pun.. just keluar nak beli makanan... last2 kena warded sbb anxiety attack tu..
Quote green~tea 5-7-2021 12:14 PM
Edited by green~tea at 5-7-2021 12:15 PM
Orix replied at 5-7-2021 02:56 AM
Anxiety ni bahaya ooo kalau x pandai kawal. Iols anxiety ayam2 ms nak exam dlu pun rs seksa nk study ...

apakah puncanya eh.. mcm few of my friends... lepas seek treatment baru tahu ada bipolar disorder (mild je, and triggered sbb stress).. tp initial indicator tu anxiety lah, lepas tu test hormon thyroid mcm haywire... lepas tu terus doc detect it's actually mild form of bipolar yg mmg inherit dalam gene in which diorang tak pernah tahu pun until recently triggered sbb WFH

all of my excolleagues tiada financial problem, so i believe it's due to WFH arrangement lah.. kena jaga anak PDPR and what not.. i tak tahu details la mcmana dia kat rumah...
Quote Imkhai 5-7-2021 12:20 PM
Orix replied at 5-7-2021 02:56 AM
Anxiety ni bahaya ooo kalau x pandai kawal. Iols anxiety ayam2 ms nak exam dlu pun rs seksa nk study ...

beb ko atasinya mcm mn?,kongsi sini blh,aku rs aku ada pnyakit ni la lg2 time pkp ni ciri2 tu mcm aku dh ada time2 covid ni lg2 la bt aku takut mcm2 aku fikir smpai 1 thp rs mcm takut nk menghadapi waktu malam
Quote Orix 5-7-2021 12:46 PM
green~tea replied at 5-7-2021 12:14 PM
apakah puncanya eh.. mcm few of my friends... lepas seek treatment baru tahu ada bipolar disorder  ...

Puncanya iols rs overthinking, fear of failure… iols pun pernah buat test hormon thyroid semua normal, so mmg problem nya iols punya pemikiran la.. normal la chuols manusia ni risau lebih2 tp ms kita remaja mn aware sgat. Skrg je dh faham apa iti anxiety n mcm mn nk kawal
Quote Orix 5-7-2021 12:51 PM
Imkhai replied at 5-7-2021 12:20 PM
beb ko atasinya mcm mn?,kongsi sini blh,aku rs aku ada pnyakit ni la lg2 time pkp ni ciri2 tu mcm  ...

Iols punya anxiety idok le severe mana pun. More to anxiety takut bad things happen in future. Cth ms exam, takut exam x lulus, takut malu tak dpt further sem sama2 ngn kawan lain etc tapi sebenarnya semua ok je sendiri yg overthinking.

Iols xtau la kalo cara iols ni menjadi dgan org lain, tp iols selalu kalo rs lain mcm n fikir bebukan iols bekukan ais dalam balang, pstu dh beku rendam dalam baldi air dan mandi. Confirm segar hilang rasa anxiety pstu. Rs tenang je…

Selain tu fokus pd hobi. Iols suka kucing so hari2 ngadap kucing rs tenang. Buat je apa2 yg boleh distract fikiran bebukan chuols tu. lg 1 iols perasan kalau iols puasa n jarang makan, fikiran iols lebih tenang.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.226399 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top