CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkahwin Abang Kandung Sendiri Angkara Bapa Nikah Rahsia

5-7-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12502| Komen: 75

Perkongsian seorang peguam mengenai kisah seorang wanita berkahwin dengan abangnya apabila bapa mereka bernikah secara rahsia di Thailand tular di media sosial hari ini.


Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya berkata, wanita itu berkenalan dengan bekas suaminya ketika menuntut di universiti dan berkahwin selepas tamat pengajian.


Gambar Hiasan

“Semasa kenal dia tidak pernah jumpa bapa lelaki tersebut yang dikatakan sudah meninggal dunia. Wanita itu juga telah kematian bapanya.

“Wanita itu dinikahkan abang sulung sebagai walinya dan mereka mendapat seorang anak selepas dua tahun berkahwin,” tulisnya.

Pada suatu hari semasa berbual dengan ibu mertua terkeluar cerita bahawa ibu mertuanya pernah berkahwin dengan seorang lelaki di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa sebelum bercerai selepas anak mereka lahir.

Katanya, rasa ingin tahu mendorong wanita itu melihat sijil nikah ibu mertuanya dan terkejut apabila mendapati nama bekas suami ibunya sama dengan nama bapanya.

“Nombor kad pengenalan dan pasport juga serupa. Apabila diminta menunjukkan gambar ternyata individu tersebut orang yang sama.

“Dia yang sangat terkejut terus memandu pulang ke rumah keluarganya dan menangis sepanjang perjalanan. Suaminya juga menangis apabila mendapat tahu mengenai perkara itu,” katanya.

Hantaran itu dikongsi lebih 1,000 kali dengan ada netizen turut berkongsi pengalaman pernah mendengar kisah individu yang berdepan konflik seumpama itu.

“Ingat lagi pernah terjadi sudah ada tiga anak, baru tahu berkawin dengan abang satu bapa. Sedih sungguh kerana mereka kena berpisah,” komen Norrellah Mohd Danial.

“Inilah akibatnya apabila poligami disembunyikan tanpa pengetahuan isteri sedia ada belum termasuk bab pewarisan harta pusaka dan lain-lain lagi,” ulas Iyah Pak An

“Sebab takut masalah sebegini berlaku, saya selalu beritahu suami, jangan nikah sembunyi, kalau mahu bawa balik borang saya tandatangan,” komen seorang netizen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budaktua 4-7-2021 09:45 PM
tp ada 1 poligami yg baru2 ni.... ok sebab semua org tahu terutama kat cari.com ni...
Quote mclaren 4-7-2021 09:48 PM
Kenapa cerita2 incests ni banyak datang daripada peguam lately?
Quote jas7512 4-7-2021 09:49 PM
Because of the selfish parent....anak2 jd mangsa..mcm cite winter sonata pulak...dah berani poligami tu makkumkan lah or klu takut b4 mrninggal wasiat siap2...ada keluarga lain dan anak lain....tapi takkan pengantin pompuan x tahu nama ayah mertua ya...tak taaruf habiskah b4 kahwin...
Quote imanjannah 4-7-2021 09:50 PM
siannya.. pentingnya selidik betul2 ye
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 10:17 PM
Kesiannya pasangan ni .. rupanya adik beradik kandung.Terpaksa berpisah.camne pulak dengan ank mereka???x dpt meolls bayangkn
Quote TuntungReturn 4-7-2021 10:21 PM
lawyer x bleh iklankan perniagaan. nak cri client buat la cerita2 kes. dpt la client
Quote spankee_fili 4-7-2021 10:33 PM
Ya ampun.. anak2 kira tak berbapa ke macam mana?
Adoi jahanam keturunan disebabkan sebatang pensel 2b
Quote JunkMail 4-7-2021 11:00 PM
Serius lah...Hasanah sangat cerita peguam ni. Peguam yang sama ke dengan cerita apa ntah hari tu..
Quote prettyuglybabe 4-7-2021 11:11 PM
masa nikah takkan pejabat agama tak check details mak bapak dua-dua pengantin?
hasanah versi nak nikoh ke apa?
Quote None68 4-7-2021 11:18 PM
Keje tabur sperma sana sini tp pengecut.
Quote ellejo 4-7-2021 11:26 PM
fishy.
apa lepas ko kawen siam tak daftar kat malaysia ke? yang maknya pun lepas kawen siam dulu tak daftar?

surat beranak anak bin apa?

hasanah!
Quote Decaffeinated 4-7-2021 11:35 PM
Sebuah lagi kisah benar dari koleksi himpunan cerita2 hasanah lawyer kurang job musim Covid

Semoga terhibur

Quote R2D2 4-7-2021 11:43 PM
biasanya bila keluar cerita2 mcm ni
memang peguam mcm ni byk dpt pelanggan baru
followers mencanak naik
nama pun cepat naik
lagi satu akan dipanggil bagi ceramah, seminar pasal kekeluargaan

lain pulak dgn pesuruhjaya sumpah
walaupun berbelas tahun exp dlm perundangan
jumpa pun sebab org ambik cop ja

Quote nuryakmal 4-7-2021 11:46 PM
Membohong la. takkan la tau.ko kursus kahwin tido ke nokk! Bodo ke ape. Ke kahwin online?
Tentu sah kena isi borang.  Nama bapak ic segala ada sebelum kawin

Eh loyer bodo. Do your homework lah!
Quote nuryakmal 4-7-2021 11:51 PM
R2D2 replied at 4-7-2021 11:43 PM
biasanya bila keluar cerita2 mcm ni
memang peguam mcm ni byk dpt pelanggan baru
followers mencana ...

Bila plk pesuruhjaya sumpah terrer bab undang- undang?
Any tom dick or harry penjawat awam atau badan berkanun can be lah. Lulus exam dan iv. Tu je.

Quote sambaldurian 5-7-2021 02:19 AM
betul ke hasanah ni? nama bf gf  klu bin sama tu elakkan la. xkn la before kahwin x tetingin tunjuk gambar mak.ayah masing2
Quote I.K.A888990 5-7-2021 02:52 AM
psl mak bapak terus tunggang langgang family anak.
kalau depa ada anak plak lagi haru la
Quote printercomel 5-7-2021 04:32 AM
Hasanah teruk. Cuba lagi ye
Quote vespa_oren 5-7-2021 05:47 AM
Bila viral nikah kt siam
Terus keluar cerita macam ini
Jap lgi bnyk cerita versi mcm ini keluar

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049355 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top