Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19 ketika ini dikaji semula. Baginda bertitah, hal demikian kerana tindakan ‘mengurung’ rakyat seperti yang dilaksanakan ketika ini sudah tidak relevan lagi.
“Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga timbul akibat situasi ini yang berpanjangan. “Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tunku Ismail bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Tunku Ismail turut bertitah agar kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dilihat dalam keadaan yang kritikal. Sumber: K! ONLINE
|
Orix replied at 4-7-2021 09:42 PM
Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak k ...
Orix replied at 4-7-2021 09:42 PM
Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak k ...
Orix: Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak kena kurung ???? Cer tepek gmbar2 dia tak pkai face ...
haruslah: Mesti kena letak bangsa J kan....
LadyCarefree replied at 4-7-2021 11:31 PM
Siap buat majlis tanpa hiraukan sop. Xdok siapa berani buat repot.
aderaderker replied at 4-7-2021 10:20 PM
Awak tu ikut sop tak, mask pun banyak kali tak pakai kat public.
Awak = pakcik sebelah rumah ak ...
naina replied at 4-7-2021 10:07 PM
Habis tu apa yang relevan.
Bising jela dia ni
Kalau tak tutup kes lagi banyak
Orix replied at 4-7-2021 09:42 PM
Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak k ...
jas7512 replied at 4-7-2021 09:51 PM
So apa yg relevan tmj....jgnlah kritik saja..bg alternatif juga...
ADVERTISEMENT