CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Amir Khan Sah Bercerai

4-7-2021 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8272| Komen: 35

Bintang filem Bollywood, Aamir Khan disahkan bercerai dengan isterinya, Kiran Rao yang juga penggiat filem India selepas 15 tahun berumah tangga.

Pasangan itu dalam satu kenyataan kepada media India berkata, mereka bagaimanapun akan terus bekerjasama membesarkan anaknya, Azad Rao Khan serta hubungan profesional mereka sebagai rakan kongsi untuk beberapa projek termasuklah pertubuhan, Paani Foundation.

Foto: AFP

"Dalam tempoh 15 tahun yang indah ini, kami berkongsi pengalaman, kegembiraan dan hubungan kami juga berkembang melalui kepercayaan, hormat serta rasa cinta.

"Kini, kami ingin memulakan kisah hidup yang baru, bukan lagi sebagai suami dan isteri, tetapi sebagai ibu bapa dan keluarga untuk satu sama lain," kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan itu juga, turut dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak tinggal sebumbung dalam satu tempoh, namun tidak menghalang mereka untuk menjaga dan membesarkan Azad.

"Dalam beberapa ketika, kami sudah merancang untuk berpisah dan sekarang, bersedia untuk berkongsi berita ini secara rasmi dan tinggal berasingan.

"Kami tetap akan menjadi ibu bapa buat anak kami, dan akan membesar serta melindunginya bersama," kata mereka.

Aamir dan Kiran juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kenalan yang sentiasa menyokong dan memahami situasi mereka.

"Kami akan terus berkolaborasi dalam filem, Paani Foundation adn beberapa projek yang sesuai dengan minat kami.

"Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong serta memahami hubungan kami.

"Kami memohon agar keputusan kami ini mendapat restu dan kepada anda yang melalui situasi sama seperti kami, jangan menganggap penceraian itu adalah pengakhiran, sebaliknya satu permulaan baru," kata mereka.

Pasangan itu bertemu ketika menjalani penggambaran filem Lagaan, di mana Aamir memegang watak utama, manakala Kiran pula bertugas sebagai pembantu pengarah.

Kedua-dua mereka mengikat tali perkahwinan pada 28 Disember 2005.

Sebelum itu, Aamir pernah berkahwin dengan Reena Dutta dan dikurniakan dua cahaya mata, Junaid Khan dan Ira Khan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 4-7-2021 01:02 PM
@chandrahusin uols bleh masuk line
Quote Suchi 4-7-2021 01:04 PM
Helokla selama ni pun taktau nikoh ke kawen or hidup bersama. Nak kata menikoh laki bini beda ugama.
Quote helicornia 4-7-2021 01:10 PM
bini dia hindu ke {:yameteh
Quote chandrahusin 4-7-2021 01:32 PM
cmf_premierleag replied at 4-7-2021 01:02 PM
@chandrahusin uols bleh masuk line


chuols yg ptt coba nihh
Quote nazzse 4-7-2021 01:35 PM
Akhirnya..
Handsome Aamir ni.. Pernah la crush zaman sekolah dulu {:love
Quote nakkomenjugak 4-7-2021 02:16 PM
boleh laa slide in ur dm gituuu yeeehhh abe aamir?
Quote StokinKuning21 4-7-2021 02:45 PM
Insaf dah kot.. nk cari yg seagama pulak
Quote honeybee1802 4-7-2021 03:14 PM
StokinKuning21 replied at 4-7-2021 02:45 PM
Insaf dah kot.. nk cari yg seagama pulak

Semoga abe amir kembali ke pangkal jln..dulu pun penah teman mak dia pi haji kan?
Quote Straya 4-7-2021 03:51 PM
Sama macam shah rukh khan la. Bini lain agama
Quote TomyamPuteh 4-7-2021 04:52 PM
Aku lg ok dgn si Amir Khan ni. Xde la sesat smpai sembah2 gambar bini mcm si seruk Khan nun.
Quote gorjeous 4-7-2021 06:22 PM
Tunggu yg no 3 lak sape...
Quote Guccibamboo 4-7-2021 07:03 PM
gorjeous replied at 4-7-2021 06:22 PM
Tunggu yg no 3 lak sape...

Kan...kirenye ni penceraian die kali kedua kan
Quote MsPercy 4-7-2021 07:12 PM
Susah sebumbung klo lain agama
Quote cmf_premierleag 4-7-2021 10:02 PM
chandrahusin replied at 4-7-2021 01:32 PM
chuols yg ptt coba nihh


i tggu Akshay Kumar jah
harap twinkle khanna tu mampos segera kene kobid sebegitu
Quote r_innalif 4-7-2021 11:32 PM
Ex ex dia smua rupe biasa je. Tak memilih rupa.Dia plak antara yg ensem la dimataku.
Ank kcik dia tu byk ngikut ensem dia.
Quote laradelara 5-7-2021 12:31 AM
helicornia replied at 4-7-2021 01:10 PM
bini dia hindu ke {:yameteh

Yezzaaa..
Quote laradelara 5-7-2021 12:33 AM
Elok lerr tu..Cari yg seagama pulak. Acik kat sini ramai yg minat
Quote MakcikLaksa 5-7-2021 12:50 AM
Acik penah baca tapi tak berapa ingat mazhab apa ke, memang dlm islam dibolehkan untuk kahwin lain agama. Maksdnya bini ko xpyh nk tukar agama sebelum kawin. Boleh hidup dengan agama masing2. TAPI DENGAN SYARAT suaminya memang berniat untuk membawa bininya ke jalan islam. Mksdnya, selama ko kawen tu eventually ko dapat mengislamkan bini ko.. Xkisahla ambik masa berapa tahun pun. Haa gituhh. Acik rasa ni la mazhab depa pakai kot
Quote annehuda 5-7-2021 02:27 AM
cmf_premierleag replied at 4-7-2021 01:02 PM
@chandrahusin uols bleh masuk line

Jgn berangan lah uols sbb AK ni cerai sbb heols ada affair dgn artis baru nama Fatima. Tengah bertiup kencang tu kt bollywood. Masa cerai bini no 1 pun sbb heols affair ngan bini no 2 ni. What u give u get back kekdahnye

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.167265 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top