CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Sanggup Ambil Lebih 2 Dos-Ramai Nak Cucuk Vaksin Di PPV UKM Gara-Gara Daiyan Trisha

4-7-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9167| Komen: 42

Description: Tempoh lockdown yang berpanjangan nampaknya membuka ruang kepada lebih ramai selebriti tempatan untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Tempoh lockdown yang berpanjangan nampaknya membuka ruang kepada lebih ramai selebriti tempatan untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


Terbaharu pelakon Daiyan Trisha menjadi tumpuan netizen selepas berkongsi aktiviti hujung minggunya di media sosial apabila menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menyedari hal itu, para peminat aktres tersebut dilihat semakin tidak sabar untuk mendapatkan suntikan vaksin masing-masing dengan ada yang turut berharap agar diberi peluang untuk menukar lokasi bahan pelali berkenaan.


Foto: IG

"Alaaa nak cucuk vaksin kat UKM la mcm ni.


"Macam mana nak request tukar venue for second dose? Hahahaha.

"Yay Daiyan kat UKM, Cantik! Makin ramai la orang daftar vaksin lepas ni. Kalau macam ni hari-hari aku nak vaksin," demikian antara komen lucu netizen.



Mengulas mengenai reaksi lucu itu, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkata dia tidak menyangka menerima respons yang positif daripada netizen.

Ujar Daiyan sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menyertai inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bagi membantu petugas barisan hadapan.



"Kelakar juga apabila baca komen-komen netizen, namun hakikatnya sebelum saya sertai sebagai sukarelawan pun sudah ramai yang ada kesedaran nak ambil vaksin.

"Tapi mungkin belum berkesempatan dan masih menunggu panggilan di aplikasi MySejahtera. Apabila saya join mungkin ia boleh beri lebih kesedaran kepada orang ramai.

"Kalau mereka jadi lebih bersemangat nak datang ambil vaksin kerana Daiyan kat sana... kira bagus la. Sekurang-kurangnya dapat menyeru rakyat Malaysia untuk ambil vaksin. Alhamdulillah jika itu dapat membantu," katanyanya kepada mStar.



Menurut Daiyan, tujuannya menyertai sukarelawan MyVac adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya pengambilan vaksin.

Dia yakin pengambilan vaksin boleh mencegah jangkitan Covid-19 serta berupaya memulihkan ekonomi negara.

"Sebelum ini pun memang saya dah selalu share dekat Twitter untuk ajak orang pergi vaksin, agak aktif la.



"Vaksin sangat penting. Lagi ramai orang ambil vaksin, lagi cepat kita boleh kembali kepada kehidupan normal.

"Tolong dapatkan vaksin dengan segera sebab sangat penting untuk memulihkan negara dan ekonomi," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 4-7-2021 01:10 PM
kwn2 aku mohon dgn hrpn dptla elaun tu nk buat mkn. sudahnya yg dpt retis2 nih.. kang yg batak sibuk nk selfie bagai so mananya penjarakkan sosial? gomen batak retis gak ek
Quote Kurex 4-7-2021 01:21 PM
Yg sanggup ambik vaksin lebih tengok kau pun ramai dari kalangan jantan kaki lancap & gila sex.. woi gomen, takde tempat utk marhaen ke utk berkhidmat? Artis2 ni dah banyak duit la ngok, bagi la yg betul2 terkesan jadi volunteer.. kalau aniq tu takpe, elok..
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 01:27 PM
Daiyan ni cantik pada meolls..tp xde la sampai nk tukar location vaksin semata sebab beliyau..apa apa ntah netizen nie
Quote mxsssgi81 4-7-2021 01:29 PM
Netizen menganjing jer tuh..jgn cepat perasan..
Quote kakigojes 4-7-2021 01:45 PM
Kenapa nak volunteer kene gebang satu dunia? Artis2
Quote nakkomenjugak 4-7-2021 02:25 PM
whatever sombong. nexttt
Quote slyfynx 4-7-2021 02:47 PM
So kisahnye ape pun dulukan retis.
Retis ialah sgt penting.
Quote vender 4-7-2021 03:28 PM
cheezel replied at 4-7-2021 01:10 PM
kwn2 aku mohon dgn hrpn dptla elaun tu nk buat mkn. sudahnya yg dpt retis2 nih.. kang yg batak sibuk ...

Yg approve application tu pun tak kenal siapa daiyan trisha ni rasanya...nama pun lain kan masa apply tu...
Quote vender 4-7-2021 03:29 PM
Dia ni pelakon ke penyanyi? Ke insta femes je? Sbb hari2 berita masuk sok kabar tapi mcm takde produk pun
Ruhainies tu nampak la juga dlm drama sendu
Quote naina 4-7-2021 03:44 PM
Takda jiwa setiap gambar dia
Sekadar syok sendiri
Baguslah jadi volunteer
Quote suka2 4-7-2021 04:03 PM
cheezel replied at 4-7-2021 01:10 PM
kwn2 aku mohon dgn hrpn dptla elaun tu nk buat mkn. sudahnya yg dpt retis2 nih.. kang yg batak sibuk ...

Retis2 ni sudahnya jadi maskot kat ppv...
Quote cikgojesss 4-7-2021 04:34 PM
reretis birah sendu haus attention seeker je yang hadap.. asal boleh jadi bahan untuk post kat medsos.. dah berangan2 akan dapat pujian dari netizen sangkak bodoh itu yg birah semakin galak berkobar2 dan tak sabar2 nak sampai ukm untuk bergambar sebagai volunteer lah kononnnnn.. elelelehhh
Quote CatMiow 4-7-2021 05:20 PM
Walaupun sebagai sukarelawan,  mohon ikat rambut,  rimas tengok rambut tak berikat kalau melibatkan hal2 kesihatan,  keselamatan dan makanan.

Mcm2 imiginasi yg virus tu melekat di setiap helai rambut yg terurai tu.
Quote I.K.A888990 4-7-2021 05:30 PM
eh gedik plak yg nk tukar2 lokasi tu
Quote aammyy 4-7-2021 05:39 PM
Amelia TH pun jadi volunteer kan. Dia dulu before DT.
Quote aammyy 4-7-2021 05:40 PM
Aku rasa okay je selebriti jadi sukarelawan. Berguna sikit.
Quote virgo19 4-7-2021 06:01 PM
Dia ni gigih buat macam2, tapi entah la macam masih takde aura..
Quote Rogue98 4-7-2021 07:46 PM
Artis volunteer sbb dapat keluar rumah n IG content jer tuuu...
Quote sharlenetexas 4-7-2021 07:51 PM
Sendu kat mainstream pun ramai peminat?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.230393 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top