View: 7045|Reply: 35
|
Amir Khan Sah Bercerai
[Copy link]
|
|
Bintang filem Bollywood, Aamir Khan disahkan bercerai dengan isterinya, Kiran Rao yang juga penggiat filem India selepas 15 tahun berumah tangga.
Pasangan itu dalam satu kenyataan kepada media India berkata, mereka bagaimanapun akan terus bekerjasama membesarkan anaknya, Azad Rao Khan serta hubungan profesional mereka sebagai rakan kongsi untuk beberapa projek termasuklah pertubuhan, Paani Foundation.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/04/125143yiedzzcfl6ilzlcl.png) Foto: AFP
"Dalam tempoh 15 tahun yang indah ini, kami berkongsi pengalaman, kegembiraan dan hubungan kami juga berkembang melalui kepercayaan, hormat serta rasa cinta.
"Kini, kami ingin memulakan kisah hidup yang baru, bukan lagi sebagai suami dan isteri, tetapi sebagai ibu bapa dan keluarga untuk satu sama lain," kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu juga, turut dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak tinggal sebumbung dalam satu tempoh, namun tidak menghalang mereka untuk menjaga dan membesarkan Azad.
"Dalam beberapa ketika, kami sudah merancang untuk berpisah dan sekarang, bersedia untuk berkongsi berita ini secara rasmi dan tinggal berasingan.
"Kami tetap akan menjadi ibu bapa buat anak kami, dan akan membesar serta melindunginya bersama," kata mereka.
Aamir dan Kiran juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kenalan yang sentiasa menyokong dan memahami situasi mereka.
"Kami akan terus berkolaborasi dalam filem, Paani Foundation adn beberapa projek yang sesuai dengan minat kami.
"Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong serta memahami hubungan kami.
"Kami memohon agar keputusan kami ini mendapat restu dan kepada anda yang melalui situasi sama seperti kami, jangan menganggap penceraian itu adalah pengakhiran, sebaliknya satu permulaan baru," kata mereka.
Pasangan itu bertemu ketika menjalani penggambaran filem Lagaan, di mana Aamir memegang watak utama, manakala Kiran pula bertugas sebagai pembantu pengarah.
Kedua-dua mereka mengikat tali perkahwinan pada 28 Disember 2005.
Sebelum itu, Aamir pernah berkahwin dengan Reena Dutta dan dikurniakan dua cahaya mata, Junaid Khan dan Ira Khan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Helokla selama ni pun taktau nikoh ke kawen or hidup bersama. Nak kata menikoh laki bini beda ugama. |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia hindu ke {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 4-7-2021 01:02 PM
@chandrahusin uols bleh masuk line
chuols yg ptt coba nihh |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya..
Handsome Aamir ni.. Pernah la crush zaman sekolah dulu {:love |
|
|
|
|
|
|
|
Insaf dah kot.. nk cari yg seagama pulak ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
StokinKuning21 replied at 4-7-2021 02:45 PM
Insaf dah kot.. nk cari yg seagama pulak
Semoga abe amir kembali ke pangkal jln..dulu pun penah teman mak dia pi haji kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sama macam shah rukh khan la. Bini lain agama |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lg ok dgn si Amir Khan ni. Xde la sesat smpai sembah2 gambar bini mcm si seruk Khan nun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu yg no 3 lak sape...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
gorjeous replied at 4-7-2021 06:22 PM
Tunggu yg no 3 lak sape...
Kan...kirenye ni penceraian die kali kedua kan |
|
|
|
|
|
|
|
Susah sebumbung klo lain agama |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 4-7-2021 01:32 PM
chuols yg ptt coba nihh
i tggu Akshay Kumar jah
harap twinkle khanna tu mampos segera kene kobid sebegitu![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ex ex dia smua rupe biasa je. Tak memilih rupa.Dia plak antara yg ensem la dimataku.
Ank kcik dia tu byk ngikut ensem dia. |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 4-7-2021 01:10 PM
bini dia hindu ke {:yameteh
Yezzaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik penah baca tapi tak berapa ingat mazhab apa ke, memang dlm islam dibolehkan untuk kahwin lain agama. Maksdnya bini ko xpyh nk tukar agama sebelum kawin. Boleh hidup dengan agama masing2. TAPI DENGAN SYARAT suaminya memang berniat untuk membawa bininya ke jalan islam. Mksdnya, selama ko kawen tu eventually ko dapat mengislamkan bini ko.. Xkisahla ambik masa berapa tahun pun. Haa gituhh. Acik rasa ni la mazhab depa pakai kot |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 4-7-2021 01:02 PM
@chandrahusin uols bleh masuk line
Jgn berangan lah uols sbb AK ni cerai sbb heols ada affair dgn artis baru nama Fatima. Tengah bertiup kencang tu kt bollywood. Masa cerai bini no 1 pun sbb heols affair ngan bini no 2 ni. What u give u get back kekdahnye |
|
|
|
|
|
|
| |
|