CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

YouTuber, Isa Isarb ajak Aedy Ashraf bertinju atas "ring" secara sah, apa kes?

27-6-2021 02:28 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15517| Komen: 72



Semalam, Aedy  Ashraf, 28, yang merupakan pelakon utama drama bersiri "Budak Tebing 2" ada memuatnaik ciapan di Twitternya berhubung perbualannya dengan YouTuber kontroversi, Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman, 23.

Dalam ciapan itu, Aedy yang dilihat sudah "bersedia" menyahut cabaran namun dinasihati oleh Isa Isarb agar tidak berlawan dahulu.


"Kita nak fight dia, dia nak bg kita nasihat pulak. Anne teh tarik ikat tepi satu." tulis Aedy.


Aedy juga ada memuatnaik gambar berserta kapsyen berupa sindiran di Instagramnya mungkin merujuk kepada cabaran satu "perlawanan".


Menurut perbualan itu, Isa menasihati Aedy agar tidak berlawan dengan "professional fighter" Ogos ini dan juga menganjurkan acara perlawanan antara mereka apabila pandemik berakhir.

" Aedy, my nasihat ah.. Don't go fight a professional fighter. Actually we can make a big event kita-kita je. Let me find a sponsorship and big broadcast."

" Maybe we can kerjasama with Astro First or etc. Insya-Allah lepas habis pandemik, stadium pun orang dah boleh masuk. Barulah sedap buat event fight. Ajak semua orang berpengaruh and do the event, " tulis YouTuber itu.

Memberi respon ciapan Aedy pula, Isa meminta Aedy agar bersabar dan berlatih dahulu kerana menurutnya, orang yang bercakap besar dikhuatiri kaku ketika berada di “ring" (gelanggang).


Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen hingga ada yang menggambarkan bahawa ini sudah seperti perlawanan Logan Paul dan Floyd Mayweather. Untuk info, Logan Paul merupakan YouTuber yang telah berlawan dengan petinju profesional dan setiap perlawanannya mendapat perhatian ramai.






Malah ada juga yang mengungkit insiden pergaduhan "Isarb Clan" dengan seorang individu di futsal beberapa bulan lalu.



Pada Mac lalu, Isa Isarb dan beberapa rakan-rakannya mencetus kontroversi apabila terlibat dalam satu insiden pergaduhan di gelanggang futsal dekat Taman Perindustrian Subang. 

Akibat salah faham, Isa dan rakan-rakannya telah tersalah membelasah seorang individu bernama Rahimie hingga cedera parah kerana menyangka Rahimie telah memukul salah seorang rakan mereka, iaitu Isarb Hafiz.

Namun, isu itu diselesaikan dengan kedua-dua pihak menarik laporan polis dan Isa memohon maaf serta dengan rela hati menyumbang RM10 ribu kepada Rahimie untuk kos ganti rugi dan rawatan. 

Persoalannya, apa penyebab berlaku "ketegangan" antara pelakon Aedy Ashraf dan Isa Isarb sampai berlaku cabar mencabar? Apa-pun, jika ada rasa tidak puas hati harap janganlah sampai bertumbuk ya, selesai lah cara baik.  - CARI

 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 27-6-2021 02:38 AM
Umo dia 28 dah

Plakon kanak2 dh beso pun still nmpk mcm rmja lg
Quote dudaberhias 27-6-2021 02:42 AM
nak naikkan budak tebing ker tu... tapi best citer tu
Quote slyfynx 27-6-2021 02:43 AM
Isa ni bukan ke kes bawak geng pukul org kt court futsal tu.
Ramai sgt agungkan die nih
Quote Mopiko 27-6-2021 02:47 AM

kalau tak silap..aedy pernah sound isa ni masa kecoh kes isa bawa geng belasah sorang brother kat futsal dulu... caprice pun ada sound..tapi tak kan sebab tu gaduh sampai sekarang?
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 03:23 AM
Laa aedy ni baya2 aku ke?

Ahhh bangla tu. Kang jangan bawak geng jump si rambut biru sudah
Quote otai_g 27-6-2021 05:09 AM
Gaduh dkt ring? Hahahaha
Lain kali x puas ati ikut style mafia mexico terus.
Bang2. ok siap.
Quote depresio 27-6-2021 05:44 AM
slyfynx replied at 27-6-2021 02:43 AM
Isa ni bukan ke kes bawak geng pukul org kt court futsal tu.
Ramai sgt agungkan die nih

Genge aedy nilah yg dia pukul
Quote depresio 27-6-2021 05:45 AM
Mopiko replied at 27-6-2021 02:47 AM
kalau tak silap..aedy pernah sound isa ni masa kecoh kes isa bawa geng belasah sorang brother kat  ...

Geng aedy yg dia pukul tu
Quote depresio 27-6-2021 05:53 AM
Ntahla

Kalau masuk ring
Aku rasa Aedy akan kalah
Quote Ferr_Remy 27-6-2021 06:05 AM
Mamak ni mmg ramai peminat yer. Dgn muka acah2 gengster tp nk tiru Mr beast, skrg nak tiru Logan Paul plak... Geli aku.
Quote fadz84 27-6-2021 06:26 AM
Ferr_Remy replied at 27-6-2021 06:05 AM
Mamak ni mmg ramai peminat yer. Dgn muka acah2 gengster tp nk tiru Mr beast, skrg nak tiru Logan Pau ...

ramai subscribers YT dia.. buat duit guna YT je mamat ni.. selalu nmpk content dia pasal duit je.. x minat nk tgk..
Quote Ferr_Remy 27-6-2021 07:21 AM
fadz84 replied at 27-6-2021 06:26 AM
ramai subscribers YT dia.. buat duit guna YT je mamat ni.. selalu nmpk content dia pasal duit je.. ...

Bbnu bongok je suka mamat ni. Wat content tiru Mr beast. Acah2 dermawan la padahal nak profit dan popularity. Tgk je la kes gado kt futsal tu. Diam2 still prangai mafia.
Quote adm7 27-6-2021 07:26 AM
Citer sampah psl apa ni?
Quote fadz84 27-6-2021 07:36 AM
Ferr_Remy replied at 27-6-2021 07:21 AM
Bbnu bongok je suka mamat ni. Wat content tiru Mr beast. Acah2 dermawan la padahal nak profit dan  ...

Futsal kat subang tu kn? Dia koyak pastu pggil geng pukul brother tu kn? Tp mamat yg kna belasah tu tarik report polis..
Quote kotakominami 27-6-2021 07:53 AM
Ini semua gimik bodo
Quote jemahjacjon 27-6-2021 07:58 AM
Ok aku side aedy. Paling2 dia ada produk yg buat org knal dia. Si youtuber ni, boleh p mampus. Buat content mengarut, carik duit pun pki iklan youtube, pastu sembang lebih2
Quote umbut 27-6-2021 08:34 AM
Isa sarb bangla ni x habis2.. Kerja nak bergaduh je.. Phuiiiii
Quote bakingsoda 27-6-2021 09:12 AM
of course #teamaedy
Quote Fazzbulous 27-6-2021 09:16 AM
menyampah dgn youtuber ni...acah2 ping kaya la..dia ni mcm nk tiru si halilintar pn ada...huhuhuhu...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067122 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top