Semalam, Aedy Ashraf, 28, yang merupakan pelakon utama drama bersiri "Budak Tebing 2" ada memuatnaik ciapan di Twitternya berhubung perbualannya dengan YouTuber kontroversi, Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman, 23.
Dalam ciapan itu, Aedy yang dilihat sudah "bersedia" menyahut cabaran namun dinasihati oleh Isa Isarb agar tidak berlawan dahulu.
"Kita nak fight dia, dia nak bg kita nasihat pulak. Anne teh tarik ikat tepi satu." tulis Aedy.
Aedy juga ada memuatnaik gambar berserta kapsyen berupa sindiran di Instagramnya mungkin merujuk kepada cabaran satu "perlawanan".
Menurut perbualan itu, Isa menasihati Aedy agar tidak berlawan dengan "professional fighter" Ogos ini dan juga menganjurkan acara perlawanan antara mereka apabila pandemik berakhir.
" Aedy, my nasihat ah.. Don't go fight a professional fighter. Actually we can make a big event kita-kita je. Let me find a sponsorship and big broadcast."
" Maybe we can kerjasama with Astro First or etc. Insya-Allah lepas habis pandemik, stadium pun orang dah boleh masuk. Barulah sedap buat event fight. Ajak semua orang berpengaruh and do the event, " tulis YouTuber itu.
Memberi respon ciapan Aedy pula, Isa meminta Aedy agar bersabar dan berlatih dahulu kerana menurutnya, orang yang bercakap besar dikhuatiri kaku ketika berada di “ring" (gelanggang).
Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen hingga ada yang menggambarkan bahawa ini sudah seperti perlawanan Logan Paul dan Floyd Mayweather. Untuk info, Logan Paul merupakan YouTuber yang telah berlawan dengan petinju profesional dan setiap perlawanannya mendapat perhatian ramai.
Pada Mac lalu, Isa Isarb dan beberapa rakan-rakannya mencetus kontroversi apabila terlibat dalam satu insiden pergaduhan di gelanggang futsal dekat Taman Perindustrian Subang.
Akibat salah faham, Isa dan rakan-rakannya telah tersalah membelasah seorang individu bernama Rahimie hingga cedera parah kerana menyangka Rahimie telah memukul salah seorang rakan mereka, iaitu Isarb Hafiz.
Namun, isu itu diselesaikan dengan kedua-dua pihak menarik laporan polis dan Isa memohon maaf serta dengan rela hati menyumbang RM10 ribu kepada Rahimie untuk kos ganti rugi dan rawatan.
Persoalannya, apa penyebab berlaku "ketegangan" antara pelakon Aedy Ashraf dan Isa Isarb sampai berlaku cabar mencabar? Apa-pun, jika ada rasa tidak puas hati harap janganlah sampai bertumbuk ya, selesai lah cara baik. - CARI
|