Seorang ulama terkenal di Bangladesh yang mempunyai tiga juta pengikut di Facebook dan YouTube menjelaskan penggunaan emoji ‘haha’ boleh menjadi haram. Ahmadullah memberi penerangan tentang perkara itu menerusi sebuah klip video pendek di Facebook yang disiarkan 19 Jun lalu.
“Hari ini kita sering menggunakan emoji ‘haha’ dalam Facebook untuk mentertawakan orang lain. Sekiranya emoji itu hanya bertujuan suka-suka dan memang itu adalah niat individu yang menyiarkannya tidak mengapa. “Namun, sekiranya reaksi itu berniat mengejek atau mempersendakan orang lain dengan menulis komen terhadap individu yang menyiarkan hantaran itu, ia adalah dilarang dalam Islam,” jelasnya. Menurut Ahmadullah, beliau menyeru orang ramai supaya menahan diri daripada meletakkan emoji ‘haha’ pada hantaran media sosial orang lain bagi kebaikan bersama.
“Sekiranya anda menyakiti orang Islam yang lain, berkemungkinan dia akan memberi respons dengan bahasa yang buruk dan tidak dijangka,” katanya. Sumber: Utusan
|
ciklahcuteII replied at 25-6-2021 02:44 PM
aku buh post kutip derma utk masjid di tokyo yg perlukan dana .. dia boleh buh emoji gelak..
dh ken ...
depresio replied at 25-6-2021 04:22 PM
Mmg ada yg tak sensitif macam tu..
ingat hartu kes artis korea mati bunuh diri
Berapa ramai man ...
Orix replied at 25-6-2021 06:08 PM
Itu jela ko pandai, haram sana sini. Pstu membiak. Guna teknologi ummah kafir. Kau punya sumbangan ? ...
damsel_fiji replied at 25-6-2021 07:12 PM
Sama dgn yg letak emoji gelak kat status fb kkm.. bila skodeng seko2 semua jenis muka stok rempit ...
VioletsAre_Blue replied at 25-6-2021 09:39 PM
Apa pulak kau punya sumbangan selain sakit hati dengan ummah islam sister? Sampah sangat golongan ...
depresio replied at 25-6-2021 04:22 PM
Mmg ada yg tak sensitif macam tu..
ingat hartu kes artis korea mati bunuh diri
Berapa ramai man ...
ADVERTISEMENT