Dalam negara sibuk merawat pesakit COVID-19, pengagihan vaksin COVID-19 kepada seluruh rakyat juga giat dijalankan. Selagi tidak mencapai jumlah vaksinasi sebanyak 80 peratus populasi penduduk, selagi itu kita masih belum selamat lagi daripada wabak membunuh ini. Sasaran kerajaan sekarang adalah untuk mencapai imuniti kelompok pada hujung tahun ini.
Bagi memperhebatkan usaha tersebut, lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka. Salah satu usaha kerajaan adalah dengan menggunakan masjid sebagai PPV yang lebih hampir dengan komuniti setempat. Usaha ini sememangnya mendapat sambutan baik daripada orang ramai. Bagaimanapun, ada juga yang cuba mencari lubang kesalahan sehingga menimbulkan isu yang tidak perlu. Di Twitter, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilemparkan tohmahan mengenai isu penerima vaksin membawa masuk selipar ke dalam masjid semasa proses penerimaan vaksin.
Kenyataan tersebut jelas ditujukan buat Dr Zulkifli di Twitter. Beliau bagaimanapun tenang menjawab tomahan tersebut. Jelasnya, gambar kejadian yang diambil itu adalah di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak. Keduanya, selipar dan kasut jelas telah dimasukkan ke dalam plastik dan penerima vaksin membawanya bersama ke dalam masjid. Dalam pada itu, warga maya yang lain turut menyokong kenyataan Dr Zulkifli dan menyifatkan isu tersebut tidak perlu dipanjangkan. Ianya hanya tohmahan bagi menjatuhkan imej pihak yang sedang menjalankan tugas sahaja. Sumber: KoolFM
|
ADVERTISEMENT