CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terhiris Pipi Bayi Semasa Pembedahan Caesarean

22-6-2021 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3521| Komen: 27

DENVER: Seorang bayi perempuan cedera semasa proses kelahiran secara pembedahan (caesarean), menyebabkan pipinya luka, sekali gus meninggalkan parut.

Lapor The Sun, ahli keluarga bayi berkenaan menceritakan, Kyanni William terpaksa menerima 13 jahitan untuk menutup luka itu selepas dia dilahirkan di Hospital Denver Health, Colorado pada Rabu lalu. 

Bapa Kyanni, Damarqus Williams berkata, dia amat kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Foto: Agensi

Menurut Williams dan isterinya, Reazjhana, pada mulanya, Kyanni sepatutnya dilahirkan secara normal.

Namun, doktor di hospital tersebut memberikannya pil untuk mempercepatkan proses bersalin dan beberapa minit kemudian dia dibawa ke dewan bedah.


“Doktor memberitahu bayi kami tidak bergerak tiba-tiba sehingga gagal mengesan bunyi degupan jantungnya. Jadi mereka terpaksa melakukan pembedahan segera,” kata Williams.

Menurut pasangan itu, doktor memaklumkan kepada mereka  bahawa kepala Kyanni berada pada posisi berhampiran dinding plasenta semasa pembedahan itu dilakukan.

Namun, kumpulan petugas perubatan itu tidak memberitahu mereka telah mencederakan bayi pasangan itu secara tidak sengaja.

“Saya cuba memahami apa yang berlaku dan sungguh menyedihkan apabila melihat wajah anak saya berparut selepas pembedahan,” kata Reazjhana. 

Nenek bayi itu, Tashaira Williams menegaskan para doktor terlibat mesti bertanggungjawab  atas kejadian yang menimpa cucunya. 

Sementara itu, Hospital Denver Health menerusi kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan akan berunding dengan keluarga Williams. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 22-6-2021 09:53 AM
Ya Allah sedih dan kesiannye…harap2 aku dpt bersalin normal mcm sblm ni…
Quote lattehazelnut 22-6-2021 10:00 AM
Kesiannye baby.. bukan sebelum operate diorg scan dulu kan nak tau kedudukan baby..
Quote xpdckelate 22-6-2021 10:02 AM
ni buat keja kalut2 la ni takut baby meninggal..kesian baby dah berparut bagai kat muka plak tu
Quote airmineral 22-6-2021 10:04 AM
alahai kesiannyA dikkk
moga da besar nnt parut tu hilang
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 10:06 AM
Ya Allah.. sedihnya dan seram dibuatnya.kesian baby
Quote Buritan 22-6-2021 10:08 AM
lurve82 replied at 22-6-2021 09:53 AM
Ya Allah sedih dan kesiannye…harap2 aku dpt bersalin normal mcm sblm ni…

Dah tak cung anak org.. adoiiii.. aku dulu beranak.. first dpt baby terus kelebet.. tgn jari kaki semua cukup takk.. telinge ade kenek talkk.. riso aku..
Quote lia98 22-6-2021 10:17 AM
Kalo  parut tak hilang, suruh hospital tu tanggung kos plastik surgery sampai pipi  baby tak nampak apa2 parut.
Quote yebit157 22-6-2021 10:48 AM
13 jahitan? kesiannya baby. dah happy nak sambut baby, jadi macam ni terkilan pula
Quote lurve82 22-6-2021 11:43 AM
Buritan replied at 22-6-2021 10:08 AM
Dah tak cung anak org.. adoiiii.. aku dulu beranak.. first dpt baby terus kelebet.. tgn jari kaki  ...

Ye betul tu...telek semua...
Quote epuepy 22-6-2021 11:50 AM
lattehazelnut: Kesiannye baby.. bukan sebelum operate diorg scan dulu kan nak tau kedudukan baby..

Aku dulu doktor x scan pn. Main agak2 je berat baby berapa. Nasib yg operate aku ketua jabatan o&g. So aku pasrah je
Quote Artemesiaa 22-6-2021 11:53 AM
Kesian keluarga ni harap mereka terima ganti rugi selayaknya
Quote mbhcsf 22-6-2021 12:35 PM
Edited by mbhcsf at 22-6-2021 12:37 PM

Astaghfirullah. 13 stiches? wow ye...
painful nyer kene torehan scalpel tu, i hope luka tu tak lebar dan tak dalam.i hope juga jahitan dan luka tu dirawat bagus bagus supaya dapat kurangkan kesan parut luka.
sian baby tu, in a way nak selamatkan nyawajuga dan dalam proses ada kecederaan yg tak disengajakan.
Quote stingerclubbing 22-6-2021 12:37 PM
mbhcsf replied at 22-6-2021 12:35 PM
Astaghfirullah. 13 stiches? wow ye...
painful nyer kene torehan scalpel tu

The exact reaction from the baby ketika itewwww

WOW....
Quote mbhcsf 22-6-2021 12:39 PM
stingerclubbing replied at 22-6-2021 12:37 PM
The exact reaction from the baby ketika itewwww

WOW....

can you imagine? otak baby tu terima isyarat 'sakit'pada exposure pertama ke dunia. i mean i dunno lah dia teriak camne sure sakit kan? kulit nipis kat muka

eeee cant imagine
Quote stingerclubbing 22-6-2021 12:44 PM
mbhcsf replied at 22-6-2021 12:39 PM
can you imagine? otak baby tu terima isyarat 'sakit'pada exposure pertama ke dunia. i mean i dunno ...


Malaikat banyak/ramai yg diarahkan  menjaga janin/bayi didalam kandungan iteww....

Kau ni sebijak bijak hal agama ada jugak banyak harbam murakkabnya kheunz?

No wonder I am a FULLBRIGHT scholar and you are not.....
Quote nakkomenjugak 22-6-2021 12:45 PM
i smell the lawsuit coming
Quote any42 22-6-2021 12:47 PM
dibhgian muka tu pun kira nsib baik kna pipi. Klau thiris mata ke hdung ke ya allah xleh nk imagine.

Hrap dpt gntirugi stimpal. yg pnting hrap dpt kmudahan rwatan terbaik bg hilangkn parut tu.
Quote mbhcsf 22-6-2021 01:04 PM
stingerclubbing replied at 22-6-2021 12:44 PM
Malaikat banyak/ramai yg diarahkan  menjaga janin/bayi didalam kandungan iteww....

Kau ni seb ...

No wonder I am a FULLBRIGHT scholar and you are not.....

wow, you exceedingly clever till u need the double'L's in spelling out  "Fulbright'..wow impressive
Quote stingerclubbing 22-6-2021 01:15 PM
mbhcsf replied at 22-6-2021 01:04 PM
wow, you exceedingly clever till u need the double'L's in spelling out  "Fulbright'..wow impressiv ...


yg penting kau tahu...iteww la the basis of all communications....

Ahakz...

Nanti anak anak kita musti bijak khenz?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.168903 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top