CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Ibu Bapa, Kakak Dan Nenek -Campak Dalam Perigi, Tanam Dalam Bangsal

21-6-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2199| Komen: 5

New Delhi: Mengerikan apabila seorang remaja lelaki di India tergamak membunuh ibu bapa, kakak dan neneknya sebelum menanam mayat mangsa di bangsal dekat rumah mereka, empat bulan lalu.


India TV News melaporkan rahsia itu terbongkar selepas polis menemui mayat semua mangsa dekat sebuah rumah di Malda, Benggala Barat, Sabtu lalu

Susulan kejadian, suspek yang dikenal pasti sebagai Asif Mohammed, 19, bersama abang sulungnya, Arif ditahan untuk disoal siasat.

Ia bagi mengetahui motif di sebalik pembunuhan itu.


Gambar Hiasan

Arif yang tinggal jauh dari rumah Asif membuat laporan di balai polis Kaliachak pada Sabtu dan mengesyaki adiknya itu membunuh empat ahli keluarga sebelum menanam mayat mangsa.


Polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan menangkap Asif.

Difahamkan, polis menemui mayat mangsa selepas mengorek lantai bangsal berkenaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Kolej Perubatan Malda untuk dibedah siasat.

"Suspek mengaku bahawa dia yang membunuh keempat-empat mangsa pada akhir Februari.

"Dia mengaku sudah mencampurkan dadah di dalam minuman mereka dan membuatkan mangsa tidak sedarkan diri.

"Selepas itu, suspek menolak mangsa ke dalam telaga bagi memastikan mereka sudah tidak bernyawa.

"Mayat mangsa kemudian ditarik keluar dari telaga berkenaan sebelum dibawa ke bangsal dan ditanam di situ.

"Polis turut menyoal siasat Arif kerana kami tidak mahu ada maklumat tercicir," kata Alok Rajoria, Superintendan Polis Malda.

Ketika serbuan, polis menemui wang tunai 100,000 rupee (kira-kira RM5,583) di rumah suspek.

Seorang pegawai kanan menganggap mustahil bagi seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dapat melakukan perbuatan itu.

Polis mengesyaki ada rakannya terbabit dalam kes berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 21-6-2021 03:55 PM
Bagusnya prangai...cubala jadi manusia sikit..jangan asyik nak pedajal org
Quote Artemesiaa 21-6-2021 04:15 PM
Motif nak dapat duit cara mudah ke macam mana
Quote tupaiterbang 21-6-2021 05:29 PM
minum byk sgt kencing lembu, mabuk dah la tu
Quote Lavender85 21-6-2021 06:30 PM
nak pitam baca tajuk. Ingatkan  kat Malaysia
Quote hanamunir 21-6-2021 10:07 PM
kejam nye..
apa la motif dia tu..
satu family sapu..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.396770 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top