Demi untuk bertemu rakan lelaki yang dikenali dalam talian di Jakarta, seorang gadis sanggup menjual motosikal bapanya bagi mendapatkan tiket penerbangan termasuk menampung kos perbelanjaan di sana.
Lapor Detik News, gadis masih bersekolah di peringkat menengah itu bagaimanapun ditemui di Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi dalam keadaan menangis dan bingung. Melihat keadaannya dalam keadaan keliru, seorang wanita dikenali sebagai Monik yang bertugas di lapangan terbang berkenaan menghampirinya untuk menenangkannya. “Ketika itu saya melihat remaja tersebut seperti kebingungan, saya menghampirinya dan bertanya keadaannya. Ternyata dia dari Jambi dan hendak ke Jakarta untuk menemui rakan lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian. "Difahamkan, wang itu diperoleh hasil jualan motosikal ayahnya. Malah dipercayai dia memberontak dan nekad untuk bertemu lelaki itu tetapi tidak diteruskan kerana keluarganya mengetahui perkara itu setelah video mengenainya tular," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Eksekutif Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto menjelaskan, remaja itu adalah penumpang yang bakal berlepas ke Jakarta pada Selasa jam 5.45 petang. "Status penerbangan tersebut dibatalkan kerana gadis itu sendiri yang membatalkannya. "Lapangan terbang mempunyai peraturan untuk mereka yang bawah umur. Hanya kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun ditemani ibu bapa atau penjaga dibenarkan berlepas tetapi jika berlaku sebaliknya ia perlu pertimbangan sewajarnya. "Namun, dalam kes gadis yang tular ini, dia tidak termasuk dalam kategori bawah umur dan berhak pergi ke mana sahaja tanpa perlu pengawasan ibu bapa," ujarnya. Pada Selasa lalu, tular rakaman video memaparkan seorang gadis menangis dalam keadaan bingung sambil dipujuk seorang wanita di lapangan terbang di Jambi. Sumber: Sinar Harian
|
beta_carotene: bawah umur dh birah dektp kita xtahu apa kesusahan sheolsmaybe broken family ke ape
ADVERTISEMENT