CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Call Berkali-kali Minta Bantuan, Saya Dah Blok Seorang Yang Over" - Abby Abadi

10-6-2021 11:27 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10050| Komen: 69|Original author: Oleh: Cari-Azza

Selebriti Abby Abadi bengang apabila menerima mesej dan panggilan telefon bertalu-talu yang mahu meminta bantuan kewangan daripadanya.

Ini rentetan dari tabung bantuan yang diwujudkan untuk membantu keluarga terdesak dilakukan dengan ikhlas. Namun pada masa sama, mereka yang mahu memohon juga perlu memahami tuntutan kerjanya.

Jadi, Abby menegaskan yang dia tidak teragak-agak bertindak jika individu tersebut terlalu mendesak. Buktinya, seorang pengikutnya sudah pun disekat akaun kerana bertindak keterlaluan.


Foto :IG

Tabung bantuan yang dinamakan Wallet Kasih PKP diwujudkan dengan derma dan sumbangan daripada para pengikutnya yang mahu menyumbang wang ringgit. Justeru, sudah banyak keluarga terdesak dibantu melalui pemantauan Abby sendiri. Namun, ia tidak bermakna, mereka yang mahu meminta bantuan perlu menganggunya setiap masa.


"Yang minta bantuan dari Dana Wallet Kasih PKP, sudah2 jangan DM /call Saya lagi.. duit dah habis. Kena kumpul semula ya.. Maaf dapat untuk 40 org je lebih kurang. Memang ramai lagi yg mengharapkan susu pampers, duit untuk makan minum semua. Kena sabar ye. Solat & sabar. Kalau ada rezeki nanti, dapatlah inshaallah."


Foto :IG

Inisiatif diwujudkan Abby baik untuk membantu keluarga yang tercicir, tetapi mungkin kerana kesibukannya yang membuatkan terlepas pandang atau pun memang ada individu yang menangguk di air keruh?- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 10-6-2021 12:17 PM
mmg annoying ye pandai beranak tapi pampers susu mengemis dgn orang lain. aku paham ada orang hilang kerja mendadak dan sbgnya tapi aku jugak percaya yg mmg bekerja sblm pkp takkan meminta tak malu mcm ni, dorang usaha dulu cari kerja ape pon utk sara family. paling terdesak pon rela pinjam dari minta buta2 camtu. balik2 muka pemalas sama je yg biasa meminta ni, aku tau sbb parents aku kalau sblm covid dgn kawan2 dorang tiap2 tahun buat pek bantuan asas bulan ramadhan. kadang2 barang tak siap pack lagi dah tercongok bawak geng minta satu set sorang pakej extra utk anak dia skali alasan anak dia ada keluarga sendiri duduk asing. tak beragak nak bolot utk family dia je semua. barang tu sebenarnya reserve utk family yg susah tahap takde kenderaan nak amik bantuan. mmg pack utk dihantar bukan suruh orang datang amik sendiri
Quote lattehazelnut 10-6-2021 12:30 PM
Kadang2 yang bukan susah pun xmalu nak mintak bantuan.. bila xbg maki hamun..
Quote helicornia 10-6-2021 12:34 PM
abby crowdfunding guna acc sendiri tak salah ke?
Quote aechae 10-6-2021 12:40 PM
Smalam kt suria fm pn shiera duk ckp stop2 lah dm artis mintak bantuan... pegi cri saluran yg betul... yg org2 ni pn 1 hal, apa x malu ke main dm artis dh lh org x knal sdp2 je mintak...ke sejenis scammer jugak main dm byk2 artis pastu rupanya buat colection?
Quote slyfynx 10-6-2021 12:54 PM
No abby.
Aku still pandang serong kt ko pasal perlanggaran SOP.
And ko x leh tutup dengan kisah sumbangan ko ni.
Quote winky1 10-6-2021 01:05 PM
Fund ni boleh rolling tak....is it personal account?
Quote Itzy 10-6-2021 01:23 PM
bakingsoda: mmg annoying ye pandai beranak tapi pampers susu mengemis dgn orang lain. aku paham ada orang hilang kerja mendadak dan sbgnya tapi aku jugak percaya  ...


kalau aku gi marah je jenis bangang camni. Kau pun tegas lah sikit. Camne boleh biar mereka ambik kesempatan? mesti lembut baik sangat ni. kami org utara sound ja terus.
Quote Itzy 10-6-2021 01:25 PM
slyfynx: No abby.Aku still pandang serong kt ko pasal perlanggaran SOP.And ko x leh tutup dengan kisah sumbangan ko ni.


diam la ko. ni kisah kebajikan dia buat bukan kisah langgar sop. ramai lg langgar sopnorg biasa pun ramai. sudah2 la cari salah org, tengok sama kebaikan dia buat. kalau dia buat jahat kau kecam la, cam bingai je.
Quote Itzy 10-6-2021 01:26 PM
lattehazelnut: Kadang2 yang bukan susah pun xmalu nak mintak bantuan.. bila xbg maki hamun..



yg jenis maki hamun ni lantakkan je, jangan tolong biar dia insof hahaha
Quote cupu 10-6-2021 01:37 PM
Kenapa eh yg ssh ni kebanyyak anak menyusu botol..dh la alasan xleh keje sbb anak kecik. Tp anak nyusu botol. Aku dulu gigih ikut segala petua nk banyakkan susu.  aku dh campur. Blk keje lupakan botol.padahal anak susu anmun je..tu pun aku rasa byk belanja. Gigih mkn kurma,lobak putih..banyyak minum air. Ikhtiar la sikit ibu ibu sekalian. Klu yg xde jgk nk buat mcm mn...tp mcm something sgt diaorg ni. Ke sbnrnya pemalas. Nk sng bg botol je.
Quote Purplehag 10-6-2021 04:50 PM
Kesian juga ya, mungkin twrdesak
Quote iolss 10-6-2021 05:09 PM
mntk bantuan thru ig?
mknanya ada la data internet adala smart fon..xde la ssh mn cmtu
ni lebih pada nk duit terpijak maybe..
Quote uori 10-6-2021 05:26 PM
dah ko bukak bantuan tuh, jadi hadaplah


Quote suka2 10-6-2021 05:31 PM
aechae replied at 10-6-2021 12:40 PM
Smalam kt suria fm pn shiera duk ckp stop2 lah dm artis mintak bantuan... pegi cri saluran yg betul. ...

Biasanya dlm ramai2 yg meminta tu pun ada jenis kumpul semua bantuan selagi ada dia sebat habis. Bkn la org senang tp bkn la yg jenis lsg terputus bekalan. Benda boleh dpt free kan. Siap tu ada yg dh terima bantuan bulanan pun taknak mengaku boleh compare lg sapa bagi banyak sapa bg sikit

Penah baca dlm ig syed azmi. Dia ckp kalau nk bantuan cepat minta ebit liew sbb  kalau dgn dia mmg xsenang nak dpt. Dia akan siasat betul2 wpun bantuan cuma rm100...
Quote Nay77black 10-6-2021 05:32 PM
cupu replied at 10-6-2021 01:37 PM
Kenapa eh yg ssh ni kebanyyak anak menyusu botol..dh la alasan xleh keje sbb anak kecik. Tp anak nyu ...

Tak lupa jugak orang susah tapi anak pakai pampers tak nak pakai lampin kain susah nak cuci katanya
Quote Herlina 11-6-2021 01:09 AM
Sesiapa yang nak berbakti pada masyarakat, nk bantu golongan yang susah...bekerjasama la dengan mana2 badan kebajikan atau NGO yg boleh dipercayai. Tak pun bekerjasama dengan masjid atau surau snn deme lebih tahu asnaf kat tempat memasing.

Kalau guna acc sendiri, nk menyumbang sendirian berhad...jadi la macam ni. Jgn marah atau mengungkit bila org do text, call berkali2.

Jangan mulakan sesuatu yg ko tak nak pikir langsung kesannya pada ko di masa akan datang apalagi nak menanganinya. Ujung2 marah2 pulak

Dalam hal ni, mmg ramai yg akan minta bantuan...tak kira la org susah ataupun org senang.

Quote missinpiece 11-6-2021 05:43 AM
Cakap pasal meminta2 ni ada sorang DM iols mintak keje. Takde kekosongan kt ofis buat masa ni, iols nak bagi business utk heols handle heols bolayan je. Suggest join Grab Fpanda pun dipandang sepi. Kata dah berbulan tak keje. Habis kalau berbulan2 tak dapat keje yg sesuai anak bini nak makan apa?
Quote md_nana 11-6-2021 06:17 AM
cupu replied at 10-6-2021 01:37 PM
Kenapa eh yg ssh ni kebanyyak anak menyusu botol..dh la alasan xleh keje sbb anak kecik. Tp anak nyu ...

setuju. mmg laaa kadang2 org kata xde susu xde susu. sebenarnya ilmu menyusu ni kena cari sebelum beranak bkn dah beranak baru cari ilmu. masa anak kecik, susu sikit terus cakap xde susu.

selain susu, aku sampai sekarang guna cloth diapers untuk anak aku. diapers waktu tidur je. kadang2 aku tgk org yg x. bekerja ni area tempat aku ni, bila diapers anak habis, sanggup beli sekeping kat kedai. benda blh jimat tp malas kot.
Quote Rogue98 11-6-2021 06:20 AM
Artis kenalah hadap benda ni sebab diaorang sendiri yg guna isu derma bantuan utk naik kan jualan produk diaorang  sendiri yg jual harga yahudi.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.187670 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top