Selebriti Abby Abadi bengang apabila menerima mesej dan panggilan telefon bertalu-talu yang mahu meminta bantuan kewangan daripadanya.
Ini rentetan dari tabung bantuan yang diwujudkan untuk membantu keluarga terdesak dilakukan dengan ikhlas. Namun pada masa sama, mereka yang mahu memohon juga perlu memahami tuntutan kerjanya.
Jadi, Abby menegaskan yang dia tidak teragak-agak bertindak jika individu tersebut terlalu mendesak. Buktinya, seorang pengikutnya sudah pun disekat akaun kerana bertindak keterlaluan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/10/110513iog345430see38l4.png) Foto ![](static/image/smiley/default/2.gif) G
Tabung bantuan yang dinamakan Wallet Kasih PKP diwujudkan dengan derma dan sumbangan daripada para pengikutnya yang mahu menyumbang wang ringgit. Justeru, sudah banyak keluarga terdesak dibantu melalui pemantauan Abby sendiri. Namun, ia tidak bermakna, mereka yang mahu meminta bantuan perlu menganggunya setiap masa.
"Yang minta bantuan dari Dana Wallet Kasih PKP, sudah2 jangan DM /call Saya lagi.. duit dah habis. Kena kumpul semula ya.. Maaf dapat untuk 40 org je lebih kurang. Memang ramai lagi yg mengharapkan susu pampers, duit untuk makan minum semua. Kena sabar ye. Solat & sabar. Kalau ada rezeki nanti, dapatlah inshaallah."
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/10/111942gvggabilib4bvbag.png) Foto ![](static/image/smiley/default/2.gif) G
Inisiatif diwujudkan Abby baik untuk membantu keluarga yang tercicir, tetapi mungkin kerana kesibukannya yang membuatkan terlepas pandang atau pun memang ada individu yang menangguk di air keruh?- CARI
|