Selepas Zara Zya dihujani kecaman, Che Ta pula dilihat mempromosikan produk sama di Instagramnya. Kapsyen dan produk yang sama tetapi videonya sedikit berbeza. Apapun, ia tetap memaparkan aksi lelaki dan wanita berpelukan di atas katil.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tidakan pemilik namaRozita Che Wan itu mempromosikan produk dewasa sedemikian. Produk tidak bersalah, namun video iklan tersebut nampak tidak sesuai untuk dipertontonkan di laman sosial secara terbuka. Ada juga yang bertanya-tanya “berapa agaknya pemilik produk bayar untuk mempromosikan produknya sehingga Che Ta pun terjebak sama”.
Jika diperhatikan, memang produk ini banyak dipromosikan artis dan influencer tempatan. Selain itu, ada juga yang berkata, sebagai seorang artis yang dilihat ramai mereka sepatutnya berfikir dan menapis terlebih dahulu content yang ingin dikongsikan. Tidak semua golongan sesuai melihat perkara-perkara seperti ini. Hal ini mencetuskan kerisauan kerana zaman sekarang anak-anak kecil pun ada gajet sendiri. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk melindungi anak kecil dari dirosakkan teknologi dengan menapis apa yang tidak sesuai dipertontonkan. Apapun, kita doakan agar ada kata akhir dari isu ini, janganlah bertelagah dari satu akaun ke akaun yang lain ya? Sumber: KoolFM
|
Skuau replied at 9-6-2021 06:27 PM
yg dh bernikah kawen tu...patut buat video...diri mereka sendiri sbg bukti.
ADVERTISEMENT