Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad nampaknya menjadi bahan kecaman netizen gara-gara sebuah video. Menersui rakaman berdurasi 56 saat, pakar bedah mata dan motivator itu mengulas tentang topik Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.
Katanya wanita tidak seharusnya berusaha menyaingi dan melebihi kaum lelaki. Menurutnya lagi, kaum lelaki suka wanita yang lembut dan perlu dibantu. "Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam mana kat office, kalau kat office kita ada seorang pekerja am, seorang CEO perempuan, bila berimam siapa depan? Masih yang laki-laki. "So orang perempuan, walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki, nabi pun lelaki. Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, jodoh lambat. "Siapa tinggi testosterone, asyik nak drive, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Sesiapa yang lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana." Disebabkan kenyataan ini, Prof Muhaya dihentam habis-habisan. Jadi apa pendapat anda? -CARI |
Normabaru replied at 9-6-2021 01:54 PM
Si sajat tu kira kes cmne prof? Kaka kenot brain la prof punya mentaliti.huhu
imransulaiman replied at 9-6-2021 01:55 PM
Dia ni pakar mata kan...tapi warga diet selalu petik kata-kata dia. Diet kena itu, diet kena ini...l ...
dubuk replied at 9-6-2021 01:57 PM
ina naim ?
makiting replied at 9-6-2021 02:00 PM
So anak2 pompuan dia termasuk dia bodoh2 alang ke apa eh sbb tu jodoh cepat
cm_vungtau replied at 9-6-2021 01:59 PM
Dia ni macam judgemental sikit kan? Suka hati orang tu la dia lambat jodoh ke apa. Selamba suruh che ...
ADVERTISEMENT