Meskipun baharu lebih tiga bulan menjalin hubungan serius, pelakon Aidit Noh, 28, tidak menunggu lama untuk memperisterikan wanita idamannya, dikenali Nur Afiqah Hanani Mohd Yani, 22, pada 29 Mei lalu.
Aidit atau nama sebenarnya Ahmad Aidit Noh, 28, bersyukur doanya di Jabal Rahmah, Mekah sudah dimakbulkan Allah apabila dipertemukan jodoh yang tepat buat dirinya. Menurutnya mereka sepatutnya bernikah pada 5 Mac lalu di Terengganu, namun terpaksa mempercepatkan dan dibuat secara dalam talian (online) pada 29 Mei. "Alhamdulillah, doa saya di Jabal Rahmah sewaktu ke Mekah pada awal tahun lalu termakbul untuk ditemukan jodoh. Saya sudah jumpa jodoh yang tepat dan buat apa nak tangguhkan perkahwinan itu.
"Walaupun cuma serius lebih tiga bulan, saya yakin dia yang terbaik untuk saya. Malah, saya juga memang lebih suka dengan konsep bercinta selepas kahwin. "Cumanya, proses pernikahan kami agak mencabar sedikit di mana ia tidak berjalan seperti dirancang. Kami terpaksa bernikah secara online kerana mengejar tarikh yang kosong sebelum 'lockdown' dilaksanakan baru-baru ini," katanya.
|
padris replied at 9-6-2021 10:28 AM
Bukan ke si Aidid ni yg ada gossip dengan Nadia Brian masa awal2 kes Nadia dikatakan curang dulu tu? ...
ADVERTISEMENT