CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jumpa Doktor Kalau Ada Masalah Mental,"-Sharifah Sakinah Disalah Erti Sebagai Over, Mengada-Ngada

9-6-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7086| Komen: 43

Description: Pelakon Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai yang merasakan bahawa diri mereka memiliki simptom-simptom menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD supaya mendapatkan pengesahan ...
Pelakon Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai yang merasakan bahawa diri mereka memiliki simptom-simptom menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD supaya mendapatkan pengesahan daripada doktor dan bukan melalui kajian sendiri menerusi enjin carian Google.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkata bahawa dia telah mendapatkan pengesahan lebih daripada seorang doktor tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya.

Foto: IG


“Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google,” ujarnya.


Menurut pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia mengambil masa sehingga tiga minggu untuk melalui beberapa proses bersama doktor untuk mengesahkan penyakit mental yang dialaminya.

“Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis.

“Proses itu tidak semudah seperti menjawab soalan secara dalam talian untuk mengenalpasti sebarang simptom,” ujarnya.



Dalam pada itu, Sakinah memberitahu bahawa masyarakat sering menganggap masalah ADHD menyebabkan seseorang itu menjadi hiper semata-mata.

“Tapi sebenarnya ADHD adalah lebih kompleks seperti selalu berfikir yang bukan-bukan (overthinking), tergesa-gesa (impulsive) dan masalah mengatur emosi,” katanya,

Dalam perkongsian itu juga, Sakinah menasihatkan individu yang telah disahkan menghidap ADHD supaya mengikut saranan dan nasihat yang telah diberikan doktor walaupun mengakui sukar untuk menjadi seorang yang berdisplin.



“Paling penting adalah dengan mendapatkan sokongan yang baik untuk berdepan dengan cabaran harian.

“Dunia mungkin tidak memahami kamu, siap boleh kena label mengada-ngada atau over (keterlaluan). Tapi akhirnya kita perlu jadi baik untuk diri sendiri. Penerimaan diri sendiri adalah kuncinya,” katanya.



Terdahulu, Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah kesihatan mental yang dialaminya dan mengakui bakal berpindah ke luar negara apabila berkahwin dengan Michael Hansen.

Menurut Sakinah, masalah ADHD yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 9-6-2021 12:31 PM
apa reason dia guna utk keluar negara kalau belum kawen?
Quote OsHiN_hOnEy 9-6-2021 12:41 PM
and a valid passport once diagnosed
and no guilty sense
of abandoning your child
to ‘seek’ treatment
Quote OsHiN_hOnEy 9-6-2021 12:42 PM
ellejo replied at 9-6-2021 12:31 PM
apa reason dia guna utk keluar negara kalau belum kawen?

europe do allow
entry for medical purposed
Quote airmineral 9-6-2021 12:50 PM
dia pegi sana x bawa anak, kan? laki dia full custody anak kah?
Quote Normabaru 9-6-2021 01:18 PM
Bila nk kawen.. Dh bln 6 da.. Bangang mai blk ke!? Pffttt
Quote slyfynx 9-6-2021 01:21 PM
And dont use that as an alasan for all your mistakes
Quote Normabaru 9-6-2021 01:22 PM
Kiranya ko br bt test tu kan. Kan. Kan.. Meaning slama ni auta jela.. Diagnose sendiri pki google jgk khuens.. Hahaha.. U r an actress.bkn ssh pon nk blakon dikk
Quote adlynnz 9-6-2021 01:29 PM
can i just be the bad person and say, according to her diagnosis:

Current severity: Moderate

And all but one of the recommendations are normal recommendations that even a healthy adult can benefit from. So janganlah nak play up sangat your bipolar & ADHD condition tu.

#donejadiorangjahat

Quote adaakukesah 9-6-2021 01:31 PM
Sanggup dia tinggai anak dia.
Quote djzara81 9-6-2021 01:34 PM
Gambar first kinah, bila zoom in korang nmpk tak apa yg aku nmpk?
Quote Firis 9-6-2021 02:03 PM
djzara81 replied at 9-6-2021 01:34 PM
Gambar first kinah, bila zoom in korang nmpk tak apa yg aku nmpk?

Nmpk apa tu?tk lalu nk zoom,siap scroll laju2 lg sbb annoy dia buat muka gitu.
Quote uori 9-6-2021 02:17 PM
ellejo replied at 9-6-2021 12:31 PM
apa reason dia guna utk keluar negara kalau belum kawen?

hmm, sakit mental?

hehehe
Quote uori 9-6-2021 02:19 PM
Anak dia yang dibotakkan dulu, kan?
Quote makton 9-6-2021 02:20 PM
djzara81 replied at 9-6-2021 01:34 PM
Gambar first kinah, bila zoom in korang nmpk tak apa yg aku nmpk?

apa yg ko nampak?                           
Quote Zirara99 9-6-2021 02:30 PM
makton replied at 9-6-2021 02:20 PM
apa yg ko nampak?

Taik idung kot
Quote Timortimur 9-6-2021 02:33 PM
Kat Malaysia pun ramai je psychologists tapi ini alasan jelah.
Salah satu recommendations kurangkan pengambilan alcohol dan drugs?
Quote helicornia 9-6-2021 03:15 PM
tk abis lagi ke
dh berambus ke sweden ingatkan dh senyap
Quote djzara81 9-6-2021 04:22 PM
Firis replied at 9-6-2021 02:03 PM
Nmpk apa tu?tk lalu nk zoom,siap scroll laju2 lg sbb annoy dia buat muka gitu.

Seketul tahi hidung
Quote addved 9-6-2021 04:55 PM
Jauhnya kena pergi nak dapatkan diagnosis .
Soalan je (bukan tuduhan), kalau tak amik alchohol & drugs, Dr. kena ke tulis juga recommendation tu? Kalau ada sapa2 Dr kat sini, tolong la jawabkan.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.108581 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top