CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ameng Terdesak, Buat 'Show Virtual' RM1 Je

9-6-2021 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5015| Komen: 24

Description: "Memang saya terdesak. Kemudian, kita pula tak boleh buat apa-apa,".
"Memang saya terdesak. Kemudian, kita pula tak boleh buat apa-apa,".

Demikian kata penyanyi Ameng Spring mengulas kewajarannya untuk menyanyi secara langsung menerusi Facebook Artis Voice Of Legend (AVOL) yang menetapkan sumbangan hanya RM1 daripada peminat.


Ameng berkata, bukan setakat terdesak mencari wang, tetapi banyak faktor membuatkan dia setuju menerima tawaran itu.


Foto: IG

"Seperti yang saya katakan, pertamanya saya terdesak. Keduanya, saya duduk rumah pun  tak buat apa-apa.

"Saya dah cuba berniaga macam-macam, tapi tak menjadi. Cuba buat itu dan ini pun, tapi tak ada juga orang nak beli. Apabila penyanyi Fredo tampil dengan idea ini, ia sesuatu yang baik.




Dia tawarkan peluang ini dan saya terima kerana kami sering buat show bersama," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, saluran AVOL adalah idea Fredo bersama Jatt dan Hasnol serta sudah dimulakan sejak 2 Jun lalu.

"Bila dah berjalan dan dapat kutipan yang baik, mereka terfikir nak pelbagaikan artis kerana program bersiaran secara langsung setiap hari, bermula jam 5 petang.

"Saya tampil menyanyi hari ini selama sejam setengah. Nyanyian saya, boleh ditonton di page AVOL tanpa had.

"Ada juga kapsul aktiviti dan berinteraksi dengan peminat. Kiranya program ini lebih kepada pengisian ketika sekatan pergerakan penuh (SPP)," katanya.


Ameng juga berkata, 14 hari SPP sebenarnya bukanlah satu tempoh yang singkat dan ia amat membosankan.

"Rasanya sama macam duduk dalam penjara. Satu hari, macam rasa sebulan dan makin lama duduk rumah pun bosan juga.

"Dalam hal ini, duit jatuh nombor dua kerana ia hanya pengisian buat masa sekarang. Apapun, kita tahu dah habis SPP nanti suasana pasti akan rancak kembali.

"Kita dah pernah lalui situasi ini dalam fasa terdahulu. Lainlah PKP Bersyarat, saya tak kisah sangat kerana boleh juga keluar rumah," katanya.



Menurut Ameng lagi, RM1 untuk menonton hanya syarat dan sekiranya peminat menyumbang lebih dari itu, amat dialu-alukan.

"Sekiranya bagi lebih, lagi bagus. Yang penting, mereka (penonton) ikhlas. Kalau tak bagi pun tak kisah dan mereka tetap boleh tengok. Tapi, apa salahnya bagi RM1 sahaja. Apapun, saya percaya masyarakat kita bukan jenis yang berkira," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 9-6-2021 10:49 AM
Ada initiative {:iwant
Quote Jolabu 9-6-2021 10:52 AM
Satu trademark dia yg aku inggat sampai sekarang, pakai seluar sendat hitam berkilat
Quote Orix 9-6-2021 10:52 AM
Setia betul isteri dia…..
Quote ezacbee 9-6-2021 10:52 AM
Gambo ameng kat gym tu cam muka a.aida.
Quote bulalof 9-6-2021 10:59 AM
when there is a will, there is a way
Quote alieyrina 9-6-2021 11:40 AM
Iras dd chronicle pun ada
Untungla boleh duk umah x buat apa2..letih tau akk keja x habis ni
Quote eLiaD 9-6-2021 11:42 AM
Sikeee! Bukan dia ke aritu reject rezeki 1k for one tv show now rm1 un ko sebat
RiP
Quote imanjannah 9-6-2021 11:52 AM
moga baik2 aje ye ameng.. moga baik2 juga yg terkesan masa covid ni, tak tahu lagi berapa lama kita akan hidup dlm keadaan begini..
Quote Lengkong 9-6-2021 12:03 PM
Semoga murah rezeki

Quote hotmak 9-6-2021 12:04 PM
moga dipermudahkan, kurang2 ada usaha yelah ada tanggungan

lg sorang i tgk tom, yg dulu viral berebut jantan tu, skrg duduk langkawi, malam2 buat live nyanyi cari duit, sebab club2 semua tutup, nak bagi makan anak, tak kisah lah asal ada usaha, kesian juga dorang ni, kot epf pun takde nak keluarkan isinar
Quote umbut 9-6-2021 12:08 PM
Camna ex bini leh kaya raya.. Kalo x cerai ngan aida dulu... Senang hidup ko
Quote nazzse 9-6-2021 12:09 PM
Edited by nazzse at 9-6-2021 04:11 AM

Cantik baju biru wife dia tu. Ameng pun tak makan dek tua mukanya.

Untungla dok rumah tak buat apa. Wfh ni makin stress jiwa raga, dilambakkan kerja. Naik kematu duduk ke takda masa nak bergerak.
Quote lwyl 9-6-2021 12:49 PM
Done transfer duit kepada Ameng dan Jatt Ali.
Quote exclusive_vvip 9-6-2021 12:54 PM
umbut replied at 9-6-2021 12:08 PM
Camna ex bini leh kaya raya.. Kalo x cerai ngan aida dulu... Senang hidup ko

mungkin itulah hikmah diorg bercerai..A Aida bleh jadi kaya raya..kalu still ngan Ameng, kot x merasa jadi businesswoman berjaya..hihi
Quote exclusive_vvip 9-6-2021 12:56 PM
tapi yg Ameng amik job RM1 ni i x rasa la sebab heols xde duit nak survive..dia pun job agak lebat jugak kan lepas kuar penjara ritu..ni sbb PKP 2 minggu je ni..xde apa nak buat..pastu agaknya nak tlg kengkawan yg organise ni..
Quote sleepandream 9-6-2021 01:35 PM
masuk bigo jadi host la ameng....
semalam iols nampak hazama buat live bigo...
masyuk jah ramai sawer heols
Quote missycutie 9-6-2021 02:50 PM
semoga murah rezeki
Quote unguseruni 9-6-2021 03:03 PM
Moga murah rezeki dan dipermudahkan urusan ameng serta artis2 legend yg lain
Quote ImpianSeroja 9-6-2021 03:30 PM
Semoga sentiasa Dimurahkn rezeki

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.105916 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top