Ramai rakyat berkeluh kesah mengenai panggilan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tidak kunjung tiba. Golongan artis juga antara yang tertanya-tanya bilakah panggilan akan diterima termasuk Azhan Rani.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Azhan meluahkan harapannya mahu suntikan vaksin, sekali gus mempersoalkan kelewatan berkenaan. "Macam-macam lah orang suruh install uninstall, update dan update lagi alamat, nombor kad pengenalan bagai. "Dah memang gitu tak bergerak-gerak, aku nak buat apa lagi," katanya yang sudah mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera sejak Februari lalu. Menjelaskan kepada mStar, pelakon itu bagaimanapun berkata dia tidak berniat memprotes atau menghentam mana-mana pihak. "Setiap hari saya menunggu (untuk mendapatkan suntikan vaksin), nak kata salah letak info, saya dah periksa memang betul dan tak ada kesalahan pun. Tapi bila buka aplikasi MySejahtera, asyik diminta untuk update saja.
"Saya tahu kena tunggu tapi sekurang-kurangnya, kena la beri penjelasan yang tepat supaya kita tak keliru bila sebenarnya kita sepatutnya dapat vaksin itu," kata Azhan ketika dihubungi mStar. Katanya, mungkin ada kelemahan pada sistem dan dia tidak mahu menuding jari pada sesiapa. Jadi, Azhan memohon pihak berkenaan memberi penjelasan berhubung isu ini. "Kalau orang yang ada masa dengan tengok handphone saja, tak apa la juga. Kalau kena dekat orang yang tak ada pengetahuan sangat fasal teknologi telefon ni macam mana? "Setiap hari saya tengok berita asyik kata orang tak daftar vaksin... tapi orang yang daftar vaksin tak dapat-dapat lagi ini macam mana pula? Bila saya baca komen, rupa-rupanya ramai senasib dengan saya," ujarnya. Penulis juga agak kecewa apabila orang sekeliling yang mendaftar kemudian terlebih dahulu dipanggil untuk menerima suntikan vaksin. Adakah anda juga senasib. - CARI |
ADVERTISEMENT