CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doa Buat Dr Tehah-Dah Selamat Bersalin Tapi Masih Intubasi Dan Bius Penuh

8-6-2021 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9092| Komen: 94

Description: "Saya cuma minta semua rakyat Malaysia tolong doakan kesembuhan isteri dan anak-anak saya," kata suami kepada Dr Fatihah Shahrudin, 29, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai ...
"Saya cuma minta semua rakyat Malaysia tolong doakan kesembuhan isteri dan anak-anak saya," kata suami kepada Dr Fatihah Shahrudin, 29, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh akibat dijangkiti Covid-19 dan selamat melahirkan bayi mereka, malam kelmarin.


Sebagai suami dan bapa, kata pekerja swasta berusia 39 tahun yang enggan dikenali itu, baginya doa lebih menenangkan hatinya dan ahli keluarga yang sedang menghadapi dugaan berat apabila disahkan positif Covid-19.


Foto: Harian Metro

"Sedihnya isteri masih lagi intubasi, bius sepenuhnya. Mungkin dalam hari ini (malam tadi) doktor akan pantau dia, tengok keadaan macam mana.

"Jika keadaannya bertambah baik, harap boleh tanggalkan alat bantuan pernafasan. Itulah harapan saya dan ahli keluarga.


"Doktor cakap macam itulah, kalau isteri tak ada apa komplikasi, dia akan buka alat itu. Memang doktor maklumkan keadaan isteri kepada saya dari semasa ke semasa," katanya.

Menurutnya, ketika isterinya yang hamil 29 minggu selamat melahirkan anak ketiga mereka yang juga bayi perempuan, dia dan dua lagi anaknya masih menjalani kuarantin di rumah akibat positif Covid-19.

Katanya, dia dan anak lelaki berusia tiga tahun dan anak perempuan berumur dua tahun bakal tamat kuarantin 11 Jun ini selepas mereka dikesan positif Covid-19, 1 Jun lalu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada saudara dan jiran berdekatan yang membantu menghantar makanan kepada kami.

"Syukur, Alhamdulillah, saya juga amat mengharapkan doa semua rakyat Malaysia untuk kami terutama isteri kembali pulih," katanya yang bercakap dalam keadaan terbatuk-batuk.

Menurutnya, bayi mereka sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, bapa saudara Dr Fatihah, Mohd Ali Mohd Derus, 48, berkata, anak saudaranya yang kini dalam intubasi pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kajang, 30 Mei lalu selepas dimaklumkan dijangkiti kuman pada paru-parunya sebelum positif Covid-19 sehari kemudian.

"Pada 3 Jun lalu, dia dipindahkan ke ICU Hospital Kajang sebelum dihantar ke ICU Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lebih rapi," katanya.

Menurutnya, Dr Fatihah bertugas di Hospital Kajang namun tidak mengendalikan kes berkaitan Covid-19.

"Selain suami dan anak, adik Dr Fatihah serta ibu dan ayahnya juga disahkan positif Covid-19. Tehah (Dr Fatihah) memang kerap hantar anak mereka untuk dijaga ibu bapanya di Beranang, Selangor disebabkan rumah mereka dekat," katanya.

Kisah Dr Fatihah sebelum ini dikongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter Public Health Malaysia selain ramai pengguna media sosial itu turut mendoakan supaya dia dan bayinya selamat.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, mereka sekeluarga tidak putus-putus mendoakan supaya Dr Fatihah dan keluarganya segera pulih dan mengharapkan pandemik ini cepat reda.

"Mohon semua untuk doakan Dr Fatihah dan keluarganya. Terima kasih kepada semua doktor dan petugas barisan hadapan yang terus gagah menyempurnakan tugas merawat pesakit Covid-19," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 8-6-2021 12:19 PM
Her name was Fatihah?

Semoga Dr Fatihah kembali sembuh dan babynya selamat....
Quote Nana_Man 8-6-2021 12:35 PM
Semoga Dr dan baby cepat sembuh.
Quote MeghanK 8-6-2021 12:44 PM
semoga dr cepat sembuh..ada baca pasal ni semalam, kesian dia
Quote ulamalu 8-6-2021 12:44 PM
Pre-mature delivery, 29 minggu.  Maknanya decision utk caesar tu without her acknowkedgement krn dlm intubation lg kan.  Semoga baik2 utk ibu dan baby.
Quote mejaputih 8-6-2021 12:47 PM
kenapa her name WAS? bukan ke IS? ke iols buta grammar?
apa pun semoga dia cpt sembuh...
Quote zehra2 8-6-2021 12:51 PM
moga dipermudah kan urusan dr fatihah & keluarga. semoga semua nya cepat sembuh.
Allah swt, padaMu saja lah kami memohon.
Quote slyfynx 8-6-2021 12:57 PM
Edited by slyfynx at 8-6-2021 01:38 PM

Ok, orang x meninggal lagi jgn guna WAS ye.


Nama die masih Fatihah.
Orang guna Her name was untuk dua keadaan je.
1. Die tukar nama/tukar jantina/tukar agama
2. Die x meninggal.

So ayat yang betul, Her name is.

And satu lg, gonna adalah contraction (informal) untuk going to. So sblm die kene ade is/are/was/were.

Sorry kalau off-topic. Just kita sama2 perbetulkan bahasa.
Quote batmana 8-6-2021 01:17 PM
slyfynx replied at 8-6-2021 12:57 PM
Ok, orang x meninggal lagi jgn guna wa ye.

thanks atas pencerahan..

Quote Diamje 8-6-2021 01:18 PM
slyfynx replied at 8-6-2021 12:57 PM
Ok, orang x meninggal lagi jgn guna wa ye.



Tq.... boleh la blajar skit2 utk i yang tak pandai ni..
Quote Cassieopeia 8-6-2021 01:44 PM
Pre mature bany dia.. moga yg baik2 utk dr ni dan baby dia
Quote annehuda 8-6-2021 01:46 PM
masuk hospital pun masih lawa lg doktor ni
Quote mbhcsf 8-6-2021 01:49 PM
syafakillah, bless you.

Quote blastoff 8-6-2021 01:58 PM
Edited by blastoff at 8-6-2021 02:00 PM

kenapa perlu doa saja tanpa usaha utk bagi ivermectin kat dia ? Tuhan suruh doa saja ka sesambil buat tak nampak ubat mujarab yg dah wujud pung tu ? Dok kesian kesian tapi tak pulak nak tolong bagi ubat ......pelik sungguh .

Apa simpati dan kesian serta doa semata2 saja boleh menyembuhkan penyakit ka ? Tuhan suruh beri penawar laa lepas tu baru tawakal dan berdoa.... kalau mujarab ubat tuuu pasti sembuhlah dgn izin Allah .
Quote blastoff 8-6-2021 02:02 PM
Edited by blastoff at 8-6-2021 02:04 PM
mbhcsf replied at 8-6-2021 01:49 PM
syafakillah, bless you.

err kau nak tunggu WHO bagi signal dulu kannn ..... FDA memang takkan approve ler.... so bless you to kau harap sapa yg akan bless dia ? Who ? Takat bless ke hulu bless ke hilir cukup ke sedangkan hati kau dok suka tak terkira apabila ivermectin di sekat dari diberi pada pesakit macam dia ?
Quote blastoff 8-6-2021 02:09 PM
Edited by blastoff at 8-6-2021 02:11 PM

tunggu punya tunggu sampai kuman masuk ke paru2 ....... tunggu utk bagi melarat sajalah .... dah teruk baru nak kalut berdoa .....waktu dok awal lagi tak mau usaha bagi ubat berkesan .... err dia doktor kann , selalunya doktor nih ikut je cakap DG , ntah2 dia pun dok pulun keji ivermectin lah jugak  macam para doktor kat forum nih haaa..... lihat lah apa berlaku kalau ubat mujarab diremehkan je ... it's a lesson yg semua patut ambil iktibar sebenarnya

dalam keadaan dia sekarang vaksin pun dah tak berkesan kalau di cucuk sekalipun..... err dia dah ambik vaksin ke belum ?
Quote LadyCarefree 8-6-2021 02:12 PM
blastoff replied at 8-6-2021 12:58 PM
kenapa perlu doa saja tanpa usaha utk bagi ivermectin kat dia ? Tuhan suruh doa saja ka sesambil bua ...

Apalak imvermectin? Baik bg main sedut2 spirometer. Kan tu dah terbukti ubat kobid.
Quote LadyCarefree 8-6-2021 02:14 PM
blastoff replied at 8-6-2021 01:09 PM
tunggu punya tunggu sampai kuman masuk ke paru2 ....... tunggu utk bagi melarat sajalah .... dah ter ...

Obviously ko ni xtahu protocol rawatan Covid-19 kat Malaysia. So, xyah bising xde bg ubat la doktor membunuh la apa lah
Quote Ethernet 8-6-2021 02:15 PM
tk boleh ke doa yg elok utk doktor tu. takde rasa empati ker? sibuk je la nak suruh tu suruh ni palatao sekor ni.
Quote blastoff 8-6-2021 02:15 PM
LadyCarefree replied at 8-6-2021 02:12 PM
Apalak imvermectin? Baik bg main sedut2 spirometer. Kan tu dah terbukti ubat kobid.

dia dulu macam kau lah jugak ..... kannn ....menolak ivermectin persendakan perlekehkan .....tengok apa berlaku ...doktor beb yg dah pun kena covid ..... kalau dia doktor boleh kena apa peluang kau untuk elak dari kena covid ?
Dia tak kebal dari jadi camtu maka kau rasa kau akan kebal ke ? Masih dok sombong tuuu haih dahsyat nyaa perangai manusia yg memperlekeh kan apa yg diperlukan sesgt oleh nya sendiri ..... tahap tak hengat punya tak sedar kediri sebenarnya

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050021 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top