CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilu Lima Beradik Yatim Piatu, Mak Ayah 'Pergi' Akibat Covid-19

8-6-2021 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4914| Komen: 34

Description: Port Dickson: Pesanan ibu supaya menjaga adik-adik dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat positif Covid-19 masih terngiang-ngiang dalam ingatan, Muhammad Haidir Rodzi, 23.
Port Dickson: Pesanan ibu supaya menjaga adik-adik dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat positif Covid-19 masih terngiang-ngiang dalam ingatan, Muhammad Haidir Rodzi, 23.


Muhammad Haidir tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu adalah amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik sebelum ibu bapanya meninggal dunia akibat Covid-19.

Satu ujian berat buat lima beradik itu apabila ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lepas, manakala ibunya Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).

Rodzi, Nazita, Foto: Sinar Harian

"Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya iaitu Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.

Berkongsi lebih lanjut, Muhammad Haidir berkata, bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lepas dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.

Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada 4.30 pagi keesokan harinya.

"Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital. Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.

"Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat dari siapa?" katanya.

Muhammad Haidir berkata, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif Covid-19, pada keesokan harinya.

Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simpton yang teruk dan kini sembuh daripada jangkitan itu.

Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak Covid-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 8-6-2021 11:47 AM
Ko prgi manaa la dik.
Quote chandrahusin 8-6-2021 11:56 AM
Untuk sumbangan derma
8881013464888 AMBank
Muhammad Haidir bin Rodzi
Tel: 017-3679410

kebetulan kwn aku yg tinggal PD share ni tadi
adik ipar dia Cikgu pd yg nama Muhammad Khierzamani
Quote any42 8-6-2021 11:59 AM
takziah. semoga roh arwah ibu ayh dicucuri rahmat dan ditmptkn dikalangan para syuhada dan solihin. al-fatihah
Quote aechae 8-6-2021 12:10 PM
Sedihnyaa...takziah n jaga adik2 tu baik2 lah
Quote Skuau 8-6-2021 12:14 PM
sedihnya....arap saudara terdekat...jenguk2 la bebudak ni selalu....
Quote alieyrina 8-6-2021 12:19 PM
Harap pihak berwajib tolg hal kebajikan pd anak yg masih bawah umor tu
Quote kaedahnya 8-6-2021 12:27 PM
muda muda lagi. harap bebudak ni jadi manusia berjaya dunia akhirat.
Quote gummiebear 8-6-2021 12:54 PM
Salam takziah dik. Akak doakan adik sekeluarga tabah dan terus kuat ya
Quote Imkhai 8-6-2021 01:01 PM
jg adik2 brbaik ye dik al fatihah utk arwah ayah dan ibu mu dik
Quote DayangKirana 8-6-2021 01:06 PM
aduh...kesian..
berat tanggungjawab abang jaga adik2 yang masih kecil. semoga dipermudahkan..
Quote Minami2013 8-6-2021 01:06 PM
Adik yg umur 7 tahun kesian.. nasib abang kakak dah besar2. Tapi muda lagi nak menggalas tanggungjwb menjaga adik2. Moga dipermudahkan urusan keluarga ni.
Quote Lavender85 8-6-2021 03:47 PM
Innalillahwainnailaihirojiun. salam takziah utk adik sekeluarga. Semoga tabah dan kuat menghadapi ujian mendatang.
Quote ifanonline 8-6-2021 03:51 PM
perang terhadap covid masih belum berakhir guys...jgn pandang enteng...SOP jaga, face mask pakai...banyak nyawa sudah di makan dek covid
Quote Audetom 8-6-2021 03:54 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun... Ya Allah kwn sekolah ambe ni arwah emaknyer tu.. Lps sekolah mmg tak pernah jumpa.. Beberapa taun lps ada wasap  ngan dia, ktnya berniaga nasi lemak kt PD..
Quote Artemesiaa 8-6-2021 03:59 PM
Takziah buat mereka
Quote bakingsoda 8-6-2021 04:08 PM
masa raya hari tu mesti tak sangka raya terakhir dgn parents takziah adik
Quote stania83 8-6-2021 04:13 PM
neegeri sembilan punya covid gaanas...
Quote monreyes 8-6-2021 04:19 PM
yg sulong keje apa
Quote arasham 8-6-2021 05:06 PM
monreyes replied at 8-6-2021 04:19 PM
yg sulong keje apa

Tak keje. Hantar arwah ayah dan mak pegi dialisis. Arwah ni kwn masa kecik2 dulu waghih rapat. Rumah saya dan rumah mak arwah selang sebiji rumah je.. diorang masih dlm kuarantin tak dptlah mak saudara ygkat kg ni pegi tgk. Last jumpa arwah ni bln 7 tahun lepas dia balik kg ada kenduri kahwin..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057981 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top