CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rasa Tak Layak Nak Tegur" - Amerul Affendi Tunggu Jakim Keluar Hadis Isu Tasik Chini

8-6-2021 06:21 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8310| Komen: 50|Original author: Oleh: natrahn

Description: Warisan negara yang dikelaskan sebagai Rizab Biosfera UNESCO dan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini kini terancam akibat kegiatan eksploitatif seperti perlombongan di sekitar ka ...


Warisan negara yang dikelaskan sebagai Rizab Biosfera UNESCO dan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini kini terancam akibat kegiatan eksploitatif seperti perlombongan di sekitar kawasannya.

Pelakon kelahiran Temerloh, Amerul Affendi turut berasa sedih dengan apa yang berlaku. Walaupun merasakan  "tidak layak" untuk memberikan teguran atas apa yang berlaku, beliau berharap akan ada tindakan wajar daripada pihak berkuasa agama khususnya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Berkongsi di Twitter, Amerul berkata, adalah tidak menarik melihat pemandangan kawasan di sekitar tasik kedua terbesar di Malaysia itu 'tidak diterangi' secara keseluruhan.



Sebelum ini, MalaysiaKini melaporkan Kerajaan Negeri Pahang meluluskan kerja melombong di sekitar Tasik Chini kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja di sebalik rancangan kerajaan negeri yang didakwa mahu memulihkannya.

Difahamkan, tapak perlombongan baru yang terletak hanya kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini memburukkan lagi keadaan tasik itu yang kebelakangan ini bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan. 

Terkenal dengan mitos kewujudan naga dan destinasi tarikan eko pelancongan, apakah nasib Tasik Chini yang kini semakin kelam dek penerokaan tanah serta perlombongan terus berleluasa? - CARI
1

Bagus
1

Marah
9

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 8-6-2021 06:57 PM
ajmee pun pernah cakap dia dah larang laki dengan pak mertua dia tapi dah dorang taknak dengar, nak buat macamana lagi. motippp aku ingat?

{:cryrun
Quote hareeeesah 8-6-2021 07:24 PM
Bilik file terbakor takda kena mengena..
Quote Pink59 8-6-2021 07:38 PM
Ni kalau banjir besar sampai ke istana abu bakar takpon istana adbulaziz tu baru beringat agaknya.
Quote RatuDunia94 8-6-2021 08:09 PM
Edited by RatuDunia94 at 8-6-2021 08:11 PM

Hmmm bertahun sudah.. nak wat lagu mana.. dh projek pun dipayungi.. bauksit oh bauksit..

Teringat lagu Siti Joget Pahang.

"Negeri Pahang aman sentosa, kaya dengan tumbuh-tumbuhan (dunia tipu2)..
Quote one_aiman 8-6-2021 08:11 PM
Dia ni lagi
Quote Firis 8-6-2021 08:13 PM
Manusia rakus,smua ko nk tarah.last2 ada masalah yg jd punca ni la yg akn turun dlu act konon2 tk bersalah.pastu sbuk bg bantuan bg solution pdahal msalah tk kn timbul klau ko tak jdik punca.bullshit
Quote likilu 8-6-2021 08:17 PM
Sebab tu mengadap istana Buckingham ke
Quote Normabaru 8-6-2021 09:00 PM
Dah tu tiga periuk nk bg makan. Klu sekor2 makan jimat xpe.. Ni sume nk gah mewah segala.. Terpaksa la bapak cari duit tepi atas bawah kiri kanan sapu.. Nnt panggil abid liyu buat penyucian Allah sayang setel semua. Tunggu banjir 2021 / 2022 plak. Blh masak kawah besar lg.  Heheheh
Quote Janjimanismu123 8-6-2021 09:14 PM
Tak yah kuar fatwa bagai..banteras rasuah dulu..kesedaran kendiri
Quote kotakominami 8-6-2021 09:20 PM
1. Tamak
2. Rasuah
3. Tak amanah
4. Perosak alam sekitar
5. Pentingkan diri
Salah siapa? Mereka dan keluarga mereka.....yg kene tanggung siapa? Kita dan keluarga kita
Quote Miawlover 8-6-2021 09:26 PM
Buncit busungla mereka yg  buat angkara ini.
Quote rayray28 8-6-2021 09:45 PM
baru ritu tgk vlog faizal rozi dia g explore hotel depan jeti tu..elok anak2 org asli main terjun tiruk...ni tgk dr gambar tu dh rompong habis..mana org2 asli tu g? siannyaaaaaaaaaaa
Quote lotionmilo 8-6-2021 11:37 PM
Bagus amerul affendi.berani!!!
Quote roserouen 9-6-2021 12:03 AM
Normabaru replied at 8-6-2021 09:00 PM
Dah tu tiga periuk nk bg makan. Klu sekor2 makan jimat xpe.. Ni sume nk gah mewah segala.. Terpaksa  ...

Betul tu kaka. Makin besar periuk makin banyak keraknya. 7 keturunan tak abes makan
Quote Madel 9-6-2021 12:08 AM
Esok lusa banjir besar, pakat2 la kaum kerabat sinsing lengan memasak sardin sekawah
.itu aje la yg depa tau...acah2 berjiwa rakyat la sgt..
Quote Cik_jantung 9-6-2021 12:35 AM
Sampai gondol la dikerjakan...
Quote Vivagirl 9-6-2021 01:26 AM
Semoga kena sumpahan naga tasik chini
Quote mabeles 9-6-2021 02:26 AM
Vivagirl replied at 9-6-2021 01:26 AM
Semoga kena sumpahan naga tasik chini

Kan. Baru teringat sumpahan ni
Quote Suchi 9-6-2021 07:20 AM
Begitulah nasib negeri Inderapuraku yang katanya kaya dengan tumbuh-tumbuhan(yeke?)

Nak tunggu Seri Gumum muncul dari laut ker? Ntah di mana ia bersembunyi dan bertapa sekali dia kuar satu negeri gamaknya bah besar.


Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.188787 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top