CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Abang Sado Perjelas Bukan Sengaja Nak Seksi Masa Suntik Vaksin

8-6-2021 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14891| Komen: 74

Description: Dalam usaha membasmi wabak Covid-19 di negara ini, ramai dalam kalangan kita tidak sabar-sabar untuk menerima suntikan vaksin.
Dalam usaha membasmi wabak Covid-19 di negara ini, ramai dalam kalangan kita tidak sabar-sabar untuk menerima suntikan vaksin.

Namun, lain pula cerita jejaka ini apabila foto dia menerima suntikan dos pertama vaksin di ibu negara pada Jumaat lalu dikecam segelintir netizen.




Menurut Anas Dzulkefflee, 26, dia tidak menyangka tindakannya membuka sebahagian baju yang dipakai menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Dia yang mesra disapa Anas bagaimanapun ada penjelasan tersendiri di sebalik tindakannya itu.

"Salah saya tak semak aplikasi MySejahtera. Jadi saya lambat dapat tahu mengenai tarikh dan masa suntikan vaksin.

"Giliran saya 9 malam, saya dapat tahu sebelum pukul 9 pada hari sama. Saya dah nervous, masa tu saya ambil saja baju apa yang ada.

"Saya pakai sweater dan terus ke pusat vaksinasi yang ditetapkan," ujarnya ketika dihubungi mStar pada Isnin.


Menurut Anas, dia selepas itu berkongsi foto suntikan vaksin ke laman Instagram dengan niat untuk memberi mesej positif kepada orang ramai.

Namun katanya, dia tidak ambil hati dengan komen negatif yang mempertikaikan tindakannya pada waktu itu.

"Kebetulan gambar tu follower saya yang ambil. Saya post sebagai tanda apresiasi. Saya buka baju pada waktu itu pun untuk mudahkan kerja petugas suntikan vaksin.

"Gambar itu juga saya nak kongsi mesej positif, nak galakkan orang ramai suntik vaksin. Di kapsyen, saya kongsikan mengenai supplement yang diamalkan. Tapi ada segelintir individu lihat gambar saja, tak baca mesej sebenar.

"Kalau nak kata saya nak tunjuk badan, ia sebenarnya bukanlah badan saya yang paling cantik pun. Dengan keadaan sekarang tak boleh pergi ke gim, tiada apa saya nak tunjuk pun," jelasnya lagi.

Namun kata Anas yang memiliki lebih 70,000 pengikut di Instagram, dia memohon maaf jika ada yang mempertikaikan soal aurat dirinya.

Jauh di sudut hati kata Anas, dia cuma mahu berkongsi perkara baik dan mengajak masyarakat untuk tidak takut menerima suntikan vaksin.



"Saya terima komen dengan hati terbuka. Kalau mengenai aurat ke apa, saya minta maaf.

"Dalam keadaan nervous dapat tahu last minute, tiada siapa faham perasaan saya pada waktu itu. Tak rasa macam diri sendiri.

"Walaupun bersedia terima vaksin, tapi saya terbaca macam-macam sebelum ni. Sebab tu saya risau dan takut.

"Tapi Alhamdulillah tiada kesan sampingan. Mungkin juga sebab saya banyak ambil pemakanan tambahan dan sebagainya," ujarnya yang menetap di Ampang, Selangor.

Bercerita mengenai dirinya, anak bongsu daripada empat beradik itu merupakan seorang ejen insurans dan juga jurulatih kecergasan.

Kata Anas yang juga model sambilan, dia sudah dua tahun menceburi bidang insurans dan memiliki lapan tahun pengalaman sebagai jurulatih kecergasan.

Untuk rekod, foto Anas yang menerima suntikan itu pada awalnya dikongsi di Instagram miliknya sebelum ia ditularkan individu lain di Twitter.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 8-6-2021 05:18 PM
Aurat pusat ke lutut.. hmmm ada ke wanita2 sibuk komen sb bgetaq mutiara korsani ????
Ioolls rsa biasa jah..  {:question
Quote Janjimanismu123 8-6-2021 05:20 PM
{:yameteh{:yameteh{:yametehbio kan je la
Quote nesloice 8-6-2021 05:25 PM
agaknya dr yg cucuk tu tgh fikir apa ye
Quote helicornia 8-6-2021 06:25 PM
muntah...bole je ko cover sikit dada tu or bukak sebelah lengan je pastu tutup la dada tu. dh terbukak mcm tu gigih plak amik gambar kan
Quote bakingsoda 8-6-2021 06:27 PM
gi mosaic pusat tu cam takde fungsi je haha
Quote midori_katana 8-6-2021 06:35 PM
Awat tak pakai tshir ja.. org lelaki senang bukan cam org pompuan.. hahaha
Quote uori 8-6-2021 07:02 PM
iyolah tu walau ig ko semedang nayang badan.
laki macam ko harus ngadap cermin memuja diri dua tiga jam sebelum keluar, khens?

motipppp aku stalk ig dia?

{:smile
Quote user.name 8-6-2021 07:23 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:23 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:24 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:24 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:25 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:27 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:28 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:29 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:30 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:31 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:31 PM
Quote user.name 8-6-2021 07:32 PM

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top