CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Jadi Superman- Lelaki Dilanggar, Terpelanting Cuba Hentikan Bas Bergerak

4-6-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1928| Komen: 4

BRASILIA, Brazil – Percubaan seorang pelawak di Brazil untuk meniru aksi adiwira Superman bertukar tragedi apabila dia dilanggar bas dan terpelanting di atas jalan, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Luiz Ribeiro de Andrade yang menggelarkan dirinya Superman,  dilanggar oleh sebuah bas di kawasan perbandaran Barra dos Coqueiros ketika cuba menghentikan  bas yang bergerak menggunakan tangannya  baru-baru ini.

Andrade, 35, mengenakan sut klasik Superman berwarna merah dan biru ketika merakam dirinya melakukan aksi  seperti watak hero komik DC itu.

Foto: Agensi

Rakaman tersebut memaparkan dia berjalan ke tengah jalan dengan penuh keyakinan sambil memegang mikrofon ketika sebuah bas menuju ke arahnya.


Situasi bertukar buruk dengan pantas apabila bas tersebut tidak sempat berhenti lalu melanggar Andrade. Dia  tercampak di hadapan kenderaan itu.

Pelawak itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, malah masih  boleh bangun dan menyambung rakaman videonya.

“Sekarang baru saya tahu bahawa saya benar-benar lelaki besi,” katanya dalam nada berseloroh ketika ditemu bual oleh stesen televisyen F5 News.

Tambah Andrade, dia sebenarnya tersilap percaturan apabila melintas di hadapan bas lebih awal daripada dirancang.

Rancangan asal sepatutnya akan menampakkan seperti dia menahan kenderaan awam itu dengan tangan apabila ia berhenti.

Dia juga mengatakan bahawa ‘tangan Tuhan’ telah menyelamatkannya daripada  cedera parah dalam aksi itu, sambil menambah dia bernasib baik kerana tidak merasakan apa-apa ketika terpelanting di tengah jalan. – CARI

Sumber:Kosmo/Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 4-6-2021 10:26 AM
bodoh dia pekat tak campur air punya
Quote matchstick 4-6-2021 10:45 AM
Kalau mati digilis bas tu kurang seorang manusia bodo dlm dunia ni
Quote whimsicalmusic 4-6-2021 02:28 PM
nsb baik survive..kalo x da terpelanting ke alam barzakh da haha
Quote Artemesiaa 4-6-2021 03:02 PM
Banyak sangat layan DVD kata Pak Jabit

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.035658 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top