CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Belanja RM87,658 Beli KFC Untuk Tetamu

4-6-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2042| Komen: 4

Description: LONDON – Sepasang suami isteri yang juga penggemar menu makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC), membelanjakan wang sebanyak £15,000 (RM87,658) bagi membeli hidangan Bargain Buckets KFC untu ...
LONDON – Sepasang suami isteri yang juga  penggemar menu makanan segera,  Kentucky Fried Chicken (KFC), membelanjakan wang sebanyak  £15,000 (RM87,658) bagi membeli hidangan Bargain Buckets KFC untuk dijamu kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Daily Records semalam.


Elliot dan Jessica Caswell-James memberitahu, mereka berkongsi satu menu ayam goreng tersebut semasa janji temu pertama 12 tahun lalu.

Semenjak  itu, pasangan tersebut akan makan KFC pada setiap minggu.

Foto: Agensi

Bagi meraikan hari bahagia mereka, pasangan tersebut memberikan bakul berisi juadah KFC yang ditempah khas bersama barangan cenderahati lain kepada semua tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka tahun lalu.


Jessica juga mendedahkan bahawa semasa mengandungkan  anak perempuan mereka, Eva, dia mengidam untuk makan KFC.

“Semasa hamil, saya sangat mengidam untuk makan kepak pedas KFC bersama sos selepas memastikan ia benar-benar selamat untuk dimakan ibu hamil,” kata Jessica.

Mereka yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama menang satu pertandingan anjuran KFC dan dinobatkan sebagai peminat KFC paling setia di Britain oleh rangkaian restoran makanan segera popular itu.

Pasangan tersebut yang berasal dari Tipton, dekat Birmingham, menerima hadiah berupa lawatan ke cawangan KFC pertama yang terletak di Kentucky, Amerika Syarikat.

“Saya sangat teruja apabila menerima e-mel daripada KFC yang menyatakan bahawa kami menang pertandingan itu.

“Saya rasa ia sangat lengkap. Kami makan KFC semasa hari perkahwinan dan teruja untuk melawat restoran KFC pertama di dunia, belajar tentang sejarahnya dan mengambil gambar,” kata Jessica.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 4-6-2021 09:02 AM
ingatkan kat Malaysia tadi...
Quote helicornia 4-6-2021 01:43 PM
ikut dia la.lagi senang mcm ni tambah dgn pandemik covid.tetamu sila amik sorang satu n makan di rumah
Quote zaianim 6-6-2021 06:22 PM
Tak tau lah apa resepi ayam goreng KFC tu.. bila lama tak makan jd teringat-ingat pulak
Quote fatinandreanna 6-6-2021 09:43 PM
Wah paperbag kfc. Mmg kfc provide as part of package 15k catering ye. Ke mmg kt sana pakai paperbag.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.110262 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top