CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura: Pemberian Vaksin Covid-19 Kepada Pelajar Berumur 12 Tahun

4-6-2021 12:11 PM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 1904| Komen: 10|Original author: Oleh: Ct Cheery

Berita harian singapura melaporkan, kerajaan Singapura kini telah mula memberikan vaksin covid-19 kepada pelajar berumur 12 tahun dan ke atas pada atau sebelum 1 Jun. Buat masa ini, direkodkan seramai 400,000 pelajar berumur 12 tahun dan ke atas dan ia dimulakan dengan mereka yang mengambil peperiksaan peringkat N, O dan A.


Foto: theedgemarkets


Keutamaan diberikan kepada pelajar menengah dan prauniversiti tahun akhir yang akan menduduki peperiksaan dalam separuh kedua tahun ini. 


Sementara itu, mereka yang berumur antara 12 tahun sehingga 17 tahun hanya boleh mengambil vaksin Pfizer-BioNTech, manakala mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas pula diberi pilihan sama ada vaksin Pfizer atau Moderna.


Undangan untuk mendapatkan suntikan vaksin dihantar melalui SMS kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Lebih separuh dari 52,000 menerima SMS untuk mendaftar slot bagi mendapatkan vaksin berkenaan.


Usaha ini diambil bertujuan untuk memastikan keselamatan masyarakat dan institusi pendidikan. Keseluruhan usaha vaksinasi pelajar ini, dianggarkan selesai pada ogos nanti. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addved 4-6-2021 01:32 PM
My 14 year old dah amik first dose pfizer, alhamdulillah all went well and no side effects. Hope after her second dose she won't get severe side effects like me.
Quote smurfet 4-6-2021 02:17 PM
My 17yo girl just took hers. Now waiting for her 30mins. Mudah2an no side effect for her. Apparently those yg took pfizer i heard cuma mild side effect aje. I took moderna. Mak oii side effect nya mintak ampun. Hehee..
Quote ira_229 4-6-2021 02:32 PM
Edited by ira_229 at 4-6-2021 02:45 PM

tadi masa i amik vaccine nampak budak umur dalam 12 tahun dah kena vaccine..tapi tempat yg i ambil tu vaccine moderna sepatutnya remaja2 bawah umur cuma dibenarkan amik pfizer.
Quote MeghanK 4-6-2021 02:34 PM
smurfet replied at 4-6-2021 02:17 PM
My 17yo girl just took hers. Now waiting for her 30mins. Mudah2an no side effect for her. Apparently ...

kakak i yang amek pfizer bgtau second dose after effect lagi teruk dari first dose
Quote Diamje 4-6-2021 02:36 PM
Untungnya anak2 sekalian dh vaksin..acik umur 35 pon blom ada bayang nk kene vaksin... geram juge dok tggu x dapat2..
Quote rukia2 4-6-2021 02:56 PM
Diamje replied at 4-6-2021 02:36 PM
Untungnya anak2 sekalian dh vaksin..acik umur 35 pon blom ada bayang nk kene vaksin... geram juge do ...

sabarlahhh...mak aku 65 tahun pun nex wix baru nak cucuk
Quote smurfet 4-6-2021 03:09 PM
MeghanK replied at 4-6-2021 02:34 PM
kakak i yang amek pfizer bgtau second dose after effect lagi teruk dari first dose

Ya lah. Normally 2nd dose the side effect will be stronger. But both my parents and my kakak took pfizer pun relax aje tak teruk side effect. Me and another sister took moderna. Both of us tonggang terbalik kesakitan hahaa... But alhamdulillah it only lasted for 2 days.
Quote smurfet 4-6-2021 03:12 PM
ira_229 replied at 4-6-2021 02:32 PM
tadi masa i amik vaccine nampak budak umur dalam 12 tahun dah kena vaccine..tapi tempat yg i ambil t ...

Maybe tempat u ambik tu administer both pfizer and moderna. 12-17yo only pfizer for them.
Quote MeghanK 4-6-2021 03:50 PM
smurfet replied at 4-6-2021 03:09 PM
Ya lah. Normally 2nd dose the side effect will be stronger. But both my parents and my kakak took  ...

alhamdulillah happy for you all..spore sangat cepat ye bagi vaksin..hopefully cepat jugak dapat herd immunity
Quote Nana_Man 16-6-2021 02:14 PM
Anak i baru amik 1st dose a few days ago. Cuma sore arm je.  

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.034876 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top