PUTRAJAYA: Sebanyak tiga kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak di bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Bagaimanapun, tambahnya lagi, bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021. Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara.
“Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun. “Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun,” katanya lagi. Dengan segala maklumat yang diberikan, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting. “Ia bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19. “Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak,” katanya lagi. Sumber : Astro Awani |
lambretta67118: Kesian budak2.. masa bln posa hari tu, ada yg smpai bwk stroller g bazar ramadan. Pastu abg kakak yg dah boleh jln pon heret jgk.. xpaham btoi jenih y ...
Buritan: Area rumah aku pung samee.. gigih angkut yg baru menetas dgn tak pakai mask... kits tego.. dia ckp bwh 2 tahun.. tak perlu maskk..
lambretta67118 replied at 4-6-2021 04:40 AM
Kesian budak2.. masa bln posa hari tu, ada yg smpai bwk stroller g bazar ramadan. Pastu abg kakak yg ...
Buritan replied at 4-6-2021 06:01 AM
Area rumah aku pung samee.. gigih angkut yg baru menetas dgn tak pakai mask... kits tego.. dia ...
monreyes replied at 4-6-2021 09:14 AM
kan..bodo yakmat...
virus bukan check umur...
aku perati je mak2 yg ambik2 barang tu...
Buritan replied at 4-6-2021 01:16 PM
Tgn anak tuu meraba raba pas tuu jjilat tgn tuu.. aku yg angkut anak dah rua umur 16 dgn 14.. tgk ...
depresio replied at 4-6-2021 01:19 PM
Menyibuknya jiran hang
Jaga anak sendiri dahla sibuk anak orang
Buritan replied at 4-6-2021 01:23 PM
Oiii anak antan aku yg tak pernah naik moto pun kena tego.. sbb aku akan antar anak aku solat juna ...
depresio replied at 4-6-2021 01:24 PM
Nasib jiran aku tak dak macam jiran hang
Aku pon sama ja mana aku bagi anak jantan aku naik mot ...
Perk77 replied at 4-6-2021 01:22 PM
Tgh lockdown ni pun depan rumah Aku ramai je budak2, mak ayah bawa anak2 main kat Taman....kadang2 A ...
Buritan replied at 4-6-2021 01:30 PM
Ni jiran yg wife tak koje nii.. yg lps spm terus kawin.. taman aku ni byk yg wife koje.. yg tak ko ...
depresio replied at 4-6-2021 02:23 PM
Ya ampun menyibuknya la jiran hang tu
Orang tak de kelulusan dan kejayan lain dalam hidup
Buritan replied at 4-6-2021 03:05 PM
Depani lps spm kawin.. untungnya depa kawin dgn graduate.. ade kawin ptd pilot.. mcm aku lak sbb d ...
ADVERTISEMENT