CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Drama Terpaksa Tangguh Tayangan, Ramai Kempunan Nak Tengok Sharifah Rose

3-6-2021 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6553| Komen: 35

Gara-gara belum selesai penggambaran, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Sharifah Rose dan Redza Rosli terpaksa ditangguhkan tayangannya.

Pengarah drama tersebut, Nizam Zakaria, berkata keputusan itu dibuat kerana beberapa babak yang memerlukan penggambaran di kawasan luar belum sempat dirakam berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Biarpun berasa sedih dan sedikit terkilan, namun Nizam menghormati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan akan memulakan penggambaran sebaik sahaja dibenarkan.

Foto: IG

"Sebenarnya kami terpaksa tangguh tayangan sebabkan PKP. Ada beberapa babak yang perlu dirakam di kawasan luar tak sempat nak buat. Sebelum PKP itu, kami hanya sempat shooting babak dalam rumah sahaja.


"Jadi, kami terpaksa tangguhkan tayangan dahulu sebab banyak kosong untuk satu episod. Ikutklan babak dalam rumah dah shooting sampai 20 episod. Memang agak sedih dan kecewa tapi nak buat macam mana.

"Kita kena hormat dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Insya-Allah sebaik sahaja SOP baharu keluar dan dibenarkan semula penggambaran, kami akan teruskan," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Foto: via mStar

Sebelum ini, pihak produksi Creative Skill Solution menerusi laman Instagram mengumumkan bahawa tayangan drama lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Waktu tayangan itu digantikan dengan drama ulangan lakonan Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan berjudul Kebaya Kasut Kanvas bermula Rabu menerusi Slot Lestary, TV3.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu dia tidak menjangkakan drama arahannya itu mendapat maklum balas yang positif biarpun lakonan pelakon utama, Sharifah Rose menerima kritikan seperti 'kayu'.


Menerusi pandangan mata sebagai seorang pengarah, Nizam memuji lakonan Sharifah Rose malah dia juga melihat aktres yang juga Instafamous itu seperti pelakon Zahirah MacWilson yang kini berjaya dalam dunia lakonan.

"Kami tak jangka sebenarnya drama ini akan viral... bila tayangan ditangguh, ramai peminat yang DM. Sebenarnya ramai peminat DM yang positif tentang drama ini.

"Malah ramai penonton drama ini persoalkan kritikan lakonan 'kayu' Sharifah Rose sebab mereka lihat lakonan Sharifah Rose tak ada la kayu. Bagi saya, Sharifah Rose okay saja untuk budak baharu macam dia.


"Walaupun Sharifah Rose masih baru, tapi dia boleh menghafal dialog tiga hingga empat muka surat. Berilah dia peluang... kalau tak ada generasi baharu, akan membunuh industri juga.

"Bila saya tengok dia, saya rasa perasaan yang sama ketika Zahirah pertama kali berlakon dalam drama arahan saya. Dengan pakej rupa yang ada, Sharifah Rose boleh pergi jauh," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-6-2021 03:05 PM
banyknya citer...'me too concept' ni....
Quote kualibesi 3-6-2021 03:07 PM
hermmm xrasa nk tgk cite nie
Quote Noraniza_Iblis 3-6-2021 03:14 PM
tgk serepah ros ni..
terus iolss turn to Netflix..
pastu smbung blk tgk cite kemut..
walaupun kemut yg blakon...tp jln cite cm best..
Quote miss_perfect 3-6-2021 03:15 PM
Nizam zakaria tu bukan ke golongan lgbt... aku ingat org dalam golongan tu dia punya pemikiran agak berbeza sikit.. tak sangka dia sanggup buat drama konsep cringe jugak akhirnya
Quote lyshafull 3-6-2021 03:21 PM
Dri dia berlakon baik tgok kemut berlakon hmmmm ade la okay sikit .. biasa budk2 instafamous masuk tv. Bie byk syok sndiri kencantikan je .. masuk TV x wow pun
Quote black_handbag 3-6-2021 03:26 PM
Edited by black_handbag at 3-6-2021 03:27 PM

sarepah rose ni dalam gambar ig kemain lawa. letop la dlm gambar. tapi bila tgk kat tv, sekeping je badan rupanya. mcm badan elfira zaman2 belum kawin dulu, flat. harap muka jelah lawa. tinggi pon setaraf tinggi elfira je spesis renek.. tak paham apa yg kecoh sangat dia ni, lawa lagi ex anak datok k tyra tu.. yg tu tgk kat ig live pun lawa.. mcm anak patung lawa dan sgt classy pembawakan sheols
Quote grouper 3-6-2021 03:28 PM
X sangka kemut yg aku benci dulu bila tgk muka kluar tv skang ni aku dh blh hadap gara2 tertengok lakonan saripah ni kat tv
Quote Lelli 3-6-2021 03:42 PM
Ye ke?
Meols siap tdur dulu sementara tunggu citer kul 10.
Quote EjenAlisya2 3-6-2021 03:46 PM
Kempunan le semua. Jom menangis beramai2
Quote dudaberhias 3-6-2021 04:06 PM
tak herlokkkk dua2...
tangguh dan semadikan file2 drama ni dalam gunung berapi pun takde sape heran...

kami nak drama yang hero dan heroin herlokkk... sekian iols mewakili untuk meluahkan isi hati semua acik2 forum...
Quote mendeluk 3-6-2021 04:29 PM
black_handbag replied at 3-6-2021 03:26 PM
sarepah rose ni dalam gambar ig kemain lawa. letop la dlm gambar. tapi bila tgk kat tv, sekeping je  ...

Omgggg, you mesti baru haus2 kan tgk dorang ini. Rose ini memang takde aura. No attraction tapi femes ntah kenapa.
U mesti haus2 kan baru tgk blog gossip.. ? Tyra itu classy ????? Hahahaha. You kena rajin gi bod kenamaan ini.
Quote dewi_rina 3-6-2021 04:47 PM
Patut lah malam tadi takde tetiba citer yg ada kaknab dgn nekta, terus tukar tengok mommy happy dgn zz
Quote cheezel 3-6-2021 05:08 PM
lah igt tangguh sebab rating jatuh
Quote che-cikL 3-6-2021 05:16 PM
Iols tak faham practice industri drama di Malaysia ni. Kenapa sambil shoot dan sambil tayang? Iols perasan sejak tahun kebelakangan ni, TV3 yg buat camni kan? Sepengetahuan uols acik3 forum, TV lain ada buat gini tak? Ada ke ni dipraktik juga kat luar, I mean negara lain?

Quote Kurex 3-6-2021 05:16 PM
Bodoh mana kempunan tengok sangkak ni berlakon? Dah kempunan sangat, pergi jadi korban batu belah batu bertangkup. Tak pun pergi rejam diri sendiri dgn batu kerikil. Mengada la. Dari pelakon berwajah tua sebelum usia hingga ke peminat yg mengada, dua2 boleh rejam sesama sendiri dgn batu kerikil. Takut sakit, ludah sesama sendiri. Sebab tu je level korang. Macam mati pulak kalau tak tgk drama sampahhhhh mcm ni. Yg hero pun, balik2 jadi watak orang pakai coat. Takde watak lain ke? ke pengarah sedar bakat korang tara mana je....

Elok la diludah sekali muka pengarah penerbit pelakon peminat mengada. Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh

Yg jenis peminat yg tau menilai bakat meminati pelakon berbakat, anda high classssss, world class only
Quote nubook 3-6-2021 05:23 PM
Hahahaha sape yg kempunan tu. Cer munculkan diri jap
Quote LadyCarefree 3-6-2021 06:20 PM
Ramai lagi meleis gila drama eh
Quote hanamunir 3-6-2021 07:33 PM
sambil2 tu, to rose, guna la peluang masa tertangguh ni dengan practice more on penyampaian berlakon tu..
mana tau kayuan boleh hilang..
Quote sweetrevenge16 3-6-2021 07:42 PM
che-cikL replied at 3-6-2021 05:16 PM
Iols tak faham practice industri drama di Malaysia ni. Kenapa sambil shoot dan sambil tayang? Iols p ...

Drama korea pun byk buat macam ni, tak hbs shoot lagi dh on air..tapi betul la cite kemut tu lagi boleh dihadap,haha

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040860 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top