CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Serik Dengan Kontroversi Gambar Mesra Zul Ariffin Dan Intan Najuwa,"-Osman Ali

3-6-2021 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7677| Komen: 26

Description: Serik dengan kontroversi penularan aksi mesra Zul Ariffin dan Intan Najuwa menerusi drama arahannya, Setelah Ku Dimiliki membuatkan Osman Ali lebih berhati-hati.
Serik dengan kontroversi penularan aksi mesra Zul Ariffin dan Intan Najuwa menerusi drama arahannya, Setelah Ku Dimiliki membuatkan Osman Ali lebih berhati-hati.

Osman yang mengarahkan drama bersiri 16 episod terbaru berjudul Masih Ada Rindu menggandingkan Farid Kamil dan Mimi Lana berkata, dia tidak mahu perkara itu berulang lagi.

"Saya akui perkara itu berlaku tanpa diduga dan dirancang serta terjadi sendiri. Untuk kali ini saya sangat berhati-hati sentiasa pastikan babak-babak tidak keterlaluan.

"Kadang-kadang babak itu biasa saja tapi saya tidak berani nak muat naik sebarangan di media sosial," katanya pada sidang media secara maya bagi mempromosi drama yang akan ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula hari ini, jam 7 malam.

Foto: Berita Harian


Terdahulu gambar aksi Zul Ariffin yang menjulang Intan Najwa di dalam air menerusi drama yang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada November 2019 itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Osman memaklumkan gambar itu tiada dalam 'footage' kamera mereka dan tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.

"Untuk kali ini, saya juga pesan pada kru kalau boleh jangan muatnaik lagi babak-babak begini kerana kita tidak pasti penonton sentiasa mempunyai pemikiran berbeza.


Foto: IG

"Kadang-kadang benda yang dipandang biasa oleh kita, jadi luar biasa pada mereka. Saya kena berhati-hati kerana tidak mahu menjejaskan reputasi dan imej pelakon-pelakon.

"Ada juga babak yang apabila disunting nampak agak kurang sesuai. Contohnya babak tarian, saya kurangkan sentuhan dan sunting sebaik mungkin agar tidak menimbulkan kekeliruan orang," katanya. Menurutnya dalam situasi ketika ini, penonton di rumah akan memerhati menyeluruh dan pihaknya perlu mengelakkan kesilapan.



"Saya bukanlah trauma tapi tak nak pihak yang terbabit berasa tertekan. Selain itu saya juga tidak mahu berlaku implikasi pada orang-orang yang terbabit," katanya.

Sementara itu Farid Kamil menganggap babak lakonannya bersama Mimi Lana dalam drama itu tidak keterlaluan.

"Bila sudah berumah tangga, saya tentu mengutamakan perasaan isteri dan akan cerita kepadanya siapa heroin dan skrip. Secara tidak langsung ia akan memudahkan saya berlakon watak romantis. Ini bukan bermaksud saya kena merujuk setiap tawaran pada dia.

"Saya cuma beritahu akan berlakon sebuah cerita baik filem ataupun drama, dan selalunya selepas itu isteri sudah tahu saya akan berlakon dengan siapa dan sebagainya," katanya.

Farid berkata, dia bukannya untuk meminta kebenaran tetapi lebih kepada memahamkan isterinya yang juga pelakon Diana Danielle.

"Dia lebih risau saya berlakon babak aksi. Setakat genre romantis, Diana selalu nasihatkan saya agar hati-hati dan jaga diri baik-baik.

"Namun sekiranya watak aksi, dia takutkan keselamatan saya kerana kami ada anak-anak yang sedang membesar," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 3-6-2021 03:35 PM
Kontroversi nk upkan drama sbb x berapa ade orang nk tgk.
Tp aku agak suke karya osman ali ni...
Tp.....
Quote ikangpiana 3-6-2021 03:38 PM
Sempat layan 15 minit pertama je episod 1.. xboleh go lah dgn fk.. why nmpk busuk noooo..
Quote Ferr_Remy 3-6-2021 03:47 PM
Sendunye amek FK berlakon. Da xde org lain ker
Quote dudaberhias 3-6-2021 03:52 PM
cerita osman ali semua best2 sebelum ni...
tapi maaf  untuk kalini taste orang2 sekarang dah berubah...

yang pergi ambil hero kertu dah kenapa dik...

kan acik2 forumer semua dah bagitahu kami nak rupa ala2 thai kpop macam hun haqeem dan syafiq tee... yang muka2 berlubang dan kertu ni kami tak nak... lantak la kayu ke takde bakat atau anugerah sekalipun... janji hero tu kami nak yang herlokk... laki tak layan sangat cerita2 macamni jadi utamakan la pompuan untuk cuci mata tengok jejan kat tv...

kalau farid kamil, zul ariffin, naim daniel dan andi bernadee tu bukan tak sesuai watak hero tapi watak untuk hero dayak ok la...
Quote makneng 3-6-2021 04:02 PM
Kalau amik paritkamel utk watak mat pet bwh jematan mmg tepat sgt.. Ni mcm kau letak pati sirap dlm gulai ayam.. Kan x kena tu..
Quote makneng 3-6-2021 04:04 PM
Kalau amik paritkamel utk watak mat pet bwh jematan mmg tepat sgt.. Ni mcm kau letak pati sirap dlm gulai ayam.. Kan x kena tu..
Quote makneng 3-6-2021 04:05 PM
Kalau amik paritkamel utk watak mat pet bwh jematan mmg tepat sgt.. Ni mcm kau letak pati sirap dlm gulai ayam.. Kan x kena tu..
Quote Kurex 3-6-2021 05:08 PM
Takde cerita lain ke........ Zul ripin tak salah.. cuma yg salah pengarah yg nak scene macam tu. Heroin sundellll pun salah jugak. Dah la kau tak berbakat, takde gred. Bila ada scene mcm tu kau boleh tolak. Ni mesti pelakon pompuan yg lembabbbbb jenis ikutttt je cakap pengarah
Quote bedahmenjuyah 3-6-2021 09:22 PM
Kurex replied at 3-6-2021 05:08 PM
Takde cerita lain ke........ Zul ripin tak salah.. cuma yg salah pengarah yg nak scene macam tu. Her ...

Sendu nya benang seman Ali yg acah suci padahal sblm ni pun suka buat filem ala2 softporn. Nasib baik ada kurex akak terhibur.
Quote Zazama 3-6-2021 10:51 PM
Tak yah ada scene2 mcmtu ala2 boliwud holiwut.
Quote Iimaukasturi 3-6-2021 11:40 PM
FK dh xsesuai la jadik hero.. Nk2 scene romantis.. Sy nk syafiq kyle yg berdakwah Di lorong lorong.. Yang mengintai kawan bini tgh tido.. Yg bini dia percaya kawan dari suami..
Quote Perawankota 4-6-2021 09:16 AM
Anyway Jul ripin dlm J-Retribusi terbaikkkk
Quote Ritacomels 4-6-2021 10:07 AM
Edited by Ritacomels at 4-6-2021 10:10 AM
dudaberhias replied at 3-6-2021 03:52 PM
cerita osman ali semua best2 sebelum ni...
tapi maaf  untuk kalini taste orang2 sekarang dah beruba ...


Ko ni x abis2 dgn hun hakem katek tu, ntah ape yg rembes nya,dh la x maskulin, x bergetaran langsung aku tgk pendek putih gitu wahahahaha, kalau merqeen tu ha helok la
Quote helicornia 4-6-2021 01:39 PM
makneng: Kalau amik paritkamel utk watak mat pet bwh jematan mmg tepat sgt.. Ni mcm kau letak pati sirap dlm gulai ayam.. Kan x kena tu..

yg makneng kami tau paritkamel sesuai watak bawah jematan.tk perlu ulang 3x hihihi
Quote biozipstar 4-6-2021 03:07 PM
tak berapa sesuai fk berlakon tu .. kena muda sikit
Quote user.name 4-6-2021 03:42 PM
serik lah sangat? buat pilem selit scene2 soft porn beramas mesra tak serik pulak kau?
Quote winky1 4-6-2021 03:48 PM
Osmang.... Bukan sbb jaga perasaan Isteri Masing2 atau bf gf ke. .... Sbb hukum..
Boleh je buat creatively... Awak pengarah yg pemalas... Izzue Islam selalu bincang babak yg mcm ni... Jgn sampai Allah ambil nikmat mengarah yg awak ada... Kesal tak guna...use the medium to educate n send good messages to audience.
Quote fuzzyfuzzy 4-6-2021 06:38 PM
jullripin mmg hot stuff, haruslah pelakon bimbo gedik mcm si intan dan yg terkini si ruhanis ke apa yg muka kampung gila tu geletis bekepit dgn zull je..
dulu si ayda yg geletis dgn julripin, now si bimbo2 ni pula..
lain macam diorg punya geletis gelenyer nak bersentuhan je dgn jullripin...
Quote siasia 4-6-2021 08:41 PM
Muka cam lelaki kucing ni pun dah kertu masih bole jd hero?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.117184 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top