CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Fikir Nasib Golongan Susah, Cinta Laura Serba Salah Beli Barang Mahal Dan Berjenama

3-6-2021 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3327| Komen: 10

Pelakon Cinta Laura mengakui dia berasa serba salah untuk membeli barang baharu atau berjenama kerana memikirkan nasib golongan yang susah.

Memetik laporan Liputan6, Cinta Laura memberitahu dia lebih rela menggunakan wang tersebut dengan membantu golongan kurang berkemampuan daripada membazir membeli barang mahal.


Foto: IG

"Selalu rasa macam tak ada baju nak dipakai tapi malas nak shopping. Saya akan ulang pakai baju sama. Tapi bukan bermaksud saya tidak suka barang yang berkualiti atau mahal.

"Saya suka barang yang bagus dan mahal tapi saya akan rasa serba salah kalau saya beli sesuatu yang baru atau mahal. Contoh beg tangan berjenama harga RM8000, bayangkan berapa keluarga atau anak yang boleh saya bantu atau beri makan dengan duit tersebut," katanya.


Dalam pada itu, Cinta Laura juga mendedahkan dia pernah membeli beg tangan berjenama buat pertama kali dalam masa lima tahun ketika menjalani penggambaran di Dubai.

"Tahun lalu, saya pergi ke Dubai untuk penggambaran iklan dan saya ada beli satu beg tangan berjenama tapi itu kali pertama dalam lima tahun. Maksudnya saya beli barang jenama hanya sekali dalam lima tahun," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 3-6-2021 11:02 AM
Teringat sinetron dia berlakon
Quote Artemesiaa 3-6-2021 05:48 PM
Dah lama tak ada gossip cerita pasal soping pun jadi
Quote Belibis 9-6-2021 02:34 PM
Lucinta luna..cinta laura..bunga cinta lestari..kok suma nama cinta sihhh??
Quote PeNaMeRaH 11-6-2021 09:13 AM
kalau tgk kat you tube citer pasal g rumah dia.. sgt minimalist.. baju2 dia byk baju sukan je.. handbag pon tak banyak... jarang makan diluar memasak di rumah. seorang yg sgt menjaga kesihatan dan berjimat cermat..
Quote anony-mous 19-6-2021 05:13 AM
Cantik2 sgguh retis2 indon ni. Kenapa lah dlu kita x dijajah lama oleh portugis & belanda? Brits buruk sikit
Quote nadie90 20-6-2021 11:59 PM
Knl Cinta Laura sblm Ariana Grande popular....tapi tgk dia skg tringat Ariana Grande....dan ad persamaan jg....umur sama....menyanyi & berlakon huhu....
Quote Paiya 24-6-2021 08:31 PM
anony-mous replied at 19-6-2021 05:13 AM
Cantik2 sgguh retis2 indon ni. Kenapa lah dlu kita x dijajah lama oleh portugis & belanda? Brits bur ...

hahaha
tak menahan komenmu ini

bersyukurlah nak dengan apa yang ada
Quote Paiya 24-6-2021 08:32 PM
tapi dia memang tak propa
Quote cikperiukkera 25-6-2021 10:13 AM
Sheols cantik & educated. Pakej sgt... teringat sheols ni berlakon sinetron upik abu & laura. Msknya si omas yg lawak habis.
Quote delia3003 25-6-2021 08:59 PM
Edited by delia3003 at 25-6-2021 09:02 PM
PeNaMeRaH replied at 11-6-2021 09:13 AM
kalau tgk kat you tube citer pasal g rumah dia.. sgt minimalist.. baju2 dia byk baju sukan je.. hand ...


Kira dia takde ler cakap kosong mcm saje nak tunjuk prihatin. Bagus, dah ler lawa.

Iols retis Indo ni tak follow pun. Zaman2 remaja layan jugak drama Indo kat tv3. Muda lagi rupanye dia rasa dah belas2 tahun berlakon.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052885 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top