Ketua mafia Turki, Sedat Peker muncul dengan video terbaharu yang mendakwa pemimpin negara itu membekalkan senjata kepada kumpulan pengganas rangkaian al-Qaeda. Lapor Arab News, Sedat mendakwa pemimpin Turki bersekongkol dengan pasukan keselamatan untuk menghantar senjata kepada kumpulan militan al-Nusra di Syria.
Menerusi video kelapan itu, lelaki tersebut memaklumkan penyaluran senjata itu dibuat menerusi satu kumpulan keselamatan dinamakan SADAT yang dibentuk oleh penasihat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Sedat yang kini hidup dalam buangan di Dubai menjelaskan, kerjasama tersebut membabitkan pegawai kerajaan Turki dan anggota militan al-Nusra. Katanya, dia sering berpindah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa Turki selepas meninggalkan negara itu pada tahun lalu. Lelaki itu memberitahu dia sebelum ini didakwa menghantar bantuan ketenteraan kepada warga Turki di Syria dan berkongsikan pelan tersebut dengan kerajaan bagi memperoleh kebenaran.
“Trak senjata itu tidak dihantar kepada warga Turki, sebaliknya untuk al-Nusra dan kerajaan Turki meletakkan penghantaran tersebut di bawah nama saya walhal saya tidak melakukannya. “SADAT yang melakukan penghantaran senjata itu,” katanya. SADAT ditubuhkan pada 2012 oleh seorang bekas jeneral tentera dan 23 pegawai yang disingkirkan dari Angkatan Bersenjata Turki. Agensi keselamatan itu didakwa berkait rapat dengan pentadbiran Turki dan memainkan peranan dalam merekrut serta memberi latihan kepada kumpulan militan ketika perang saudara di Syria dan Libya. Sumber: Utusan Malaysia
|
edayildiz replied at 1-6-2021 12:51 PM
yg tgh tu ke ketua mafia..hensem jgk..selalu kalau tgk drama turki ni..mafia dorg kertu
edayildiz: yg tgh tu ke ketua mafia..hensem jgk..selalu kalau tgk drama turki ni..mafia dorg kertu
lavendernovella replied at 1-6-2021 03:37 PM
Ada jer yang elok haha.. by the way boleh tau citer apa tu?
edayildiz replied at 1-6-2021 03:48 PM
uols lyn ke cite turki
kacak kot tjuk dia ..citer psl mafia
gideoncross replied at 1-6-2021 02:17 PM
Bos Mafia mmg thu mnjga pnampilan dorg.
lavendernovella replied at 1-6-2021 04:55 PM
Kacak tu mmg tak mau tgk , tua bebeno mafianyer... haha.. Ferhat Aslan tu mafia hensem , Kartal d ...
edayildiz replied at 1-6-2021 05:59 PM
khen tua gileri lyn citer tu sbb mak i suka..
ferhat aslan tu mmg hnsem dlm cite tu siyaz bi ...
ADVERTISEMENT