CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sahut Cabaran TikTok-Habis Badan Melecur, Lengan Tak Dapat Digunakan Lagi

1-6-2021 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2063| Komen: 3

New York: Terpengaruh dengan cabaran di aplikasi TikTok menyebabkan remaja perempuan kini bertarung nyawa kerana melecur.

Destini Crane, 13, dari Oregon parah selepas beberapa bahagian badannya disambar api.


Remaja itu berkemungkinan tidak dapat menggunakan lengannya, kata ahli keluarga.

Foto: ABC News

Destini dikatakan membawa lilin, pemetik api dan alkohol ke dalam bilik air untuk melukis imej pada cermin.

Dia kemudian menyalakan api namun tindakan itu menyebabkan dia disambar api dari alkohol terbakar.

Ibunya, Kimberly mendengar cerita itu bergegas masuk dan mendapati api menyambar alkohol.


Remaja itu dikejarkan ke hospital dan masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sehingga kini.

Kimberly berkata kepada ABC News, ketika kejadian, dia sedang berbual bersama ibunya sebelum mendengar Destini menjerit.

"Ketika masuk ke dalam bilik air, api marak, manakala Destini terperangkap dalam kebakaran itu.

Dia berkata, dia berjaya menarik anaknya keluar sementara jiran menghubungi ambulans.

Destini melecur pada leher dan lengan kanannya dan perlu menjalani tiga pembedahan kulit. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anisanim 1-6-2021 10:53 AM
Bertabah la dik.. Mesti ingat pepatah ni sampai bila2,Api bila kecil menjadi kawan, bila besar jadi lawan...
Quote imransulaiman 1-6-2021 01:06 PM
Kan dah cacat seumur hidup... Aduhai
Quote Drmu 1-6-2021 03:02 PM
Kesian dik..moga cpt smbuh. Klau nak viral mmg kena buat bnda yg yg lawan hukum alam. Tpi ikut peraturan lh ya. Byk plk kes tiktok ni.. dlu mati trtembak diri sndri. Nauzubillah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.147514 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top