Biarpun sudah banyak artikel tersiar mengenai penipuan kerja mengutip buah di Australia, namun masih ada yang percaya dengan cerita-cerita kemewahan pekerjaan tersebut. Masakan tidak, kebanyakan cerita sebegini datang daripada mereka yang pernah bekerja di sana lalu membuatkan ramai yang bercita-cita mahu ke sana juga. Terbaharu, seorang pengguna Twitter menceritakan pengalamannya bekerja mengutip buah dengan gaji 7,000 AUD dan apabila ditukar mata wang ringgit ke Malaysia, lebih RM22,000. Lumayan kan, tapi... Bagaimanapun, ianya dibantah oleh segelintir netizen lain yang berpendapat ianya hanyalah omongan kosong semata-mata. Sudah ramai yang terpedaya dengan ejen penipu yang akhirnya membiarkan pencari kerja terkongtang kanting di sana. Jika ada yang berjaya mendapat pekerjaan sekalipun, keadaan mereka yang bekerja sangat teruk, mungkin lebih teruk dari pekerja asing di Malaysia, kerana susahnya mencari makanan halal. "Kawan aku yang try kerja ni, bagitahu dorang disumbat ke rumah yang sesak bercampur segala jenis kerakyatan sampai babi pun penuh dalam rumah. Dilayan macam hamba, kena marah even berehat sekejap. Benda ni pun masuk dalam news kat sana sebab majikan bayar terlalu rendah. Tapi orang kita tetap hadap. Dah gigih pergi overseas mesti la nak nampak hebat." Bagaimanapun, pembuka cerita telah memberitahu hal yang sebenar iaitu dia hanya bekerja separuh masa kerana belajar di sana. Jadi, adalah tidak berbaloi untuk mereka yang dari Malaysia bekerja di Australia sebagai pengutip buah. Namun, hal ini tetap tidak menafikan fakta bahawa orang Malaysia sukar ke Australia setelah dibanjiri mereka yang bekerja di sana secara haram. Jadi, sama-sama kita nantikan, apakah selepas pandemik Covid-19 yang akan berakhir nanti, kita tetap sukar ke sana. Apa pendapat anda? - CARI |
pearl.silver replied at 1-6-2021 12:22 PM
Kje ladang kat oz penat panas terik mahu
Kerja ladang sawit kt malaysia xmahu
ADVERTISEMENT