CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Anak Saya Bukan ATM' - Wanita Post Di IG Peraturan Buat Kekasih Anak

31-5-2021 07:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4991| Komen: 27

Perkongsian seorang gadis dalam aplikasi TikTok menjadi tular apabila dia memuat naik senarai peraturan yang ditetapkan oleh ibu teman lelakinya sebagai syarat  untuk bercinta dengan pemuda tersebut, lapor akhbar The Mirror semalam.


Wanita yang hanya  dikenali sebagai Emma itu memberitahu, dia membaca senarai menakutkan itu di laman Instagram bakal mentuanya. Wanita itu memberikan pelbagai amaran jika mahukan hubungan dengan anak lelakinya berkekalan.

“Saya dapat rasakan dia tidak sukakan saya,” tulis Emma pada status berkenaan.


Kredit foto: Kekasih anak wanita itu yang bernama Emma menemui senarai itu dimuat naik di laman Instagram. – TICTIK

Antara peraturan yang tersenarai adalah ‘dia anak emak, jika anda bukan isterinya, maka pendapat anda tentang perkara ini adalah tidak penting’.

Wanita itu turut memberikan amaran bahawa dia boleh ‘mengusir’ mana-mana wanita yang melanggar peraturan itu daripada kehidupan anak lelakinya.



Kredit foto: TICTIK

Status  Emma itu menerima pelbagai komen netizen yang rata-rata menasihatinya untuk tidak meneruskan hubungan dengan lelaki itu.

“Perkara ini akan menjadi lebih teruk di masa hadapan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ini adalah tindakan masuk campur yang keterlaluan bagi seorang ibu dalam kehidupan peribadi anaknya,” komen seorang lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 31-5-2021 07:16 PM
Suroh je la dia kawen dengan anak dia.. habeh cerite.
Quote isseliparjepun 31-5-2021 07:37 PM


Wanita ramai bercita cita nak ubah perangai suami sendiri. Sama juga gelpreng nak ubah perangai boypreng.
Quote gummiebear 31-5-2021 07:57 PM
Is he worth it? If not, run for your life Emma!
Quote doubleA 31-5-2021 08:09 PM
Aiyoo kalau dah camtu simpan jela anak jalan almari
Quote mawardia 31-5-2021 08:53 PM
Kalau dak Emma merupakan warganegara Malaysia, pasti post ini ditularkan di KRT. "Salam min. Tlg hide profile ak. Bf ak punya mak post ni kt IG. Ak nk wat cmne min. Ptt ke ak teruskn atau ak putuskn je dgn bf ak. Ak syg dier min. Bf ak tu baek."
Quote sukacactus 31-5-2021 09:37 PM
Ni benda mudah, blah je cepat2
Kumbang bkn sekor tu je
Quote cmf_premierleag 31-5-2021 09:58 PM
ko cari je la boyfren yg sah2 dia anak yatim dik
kalo di indon, boleh cari mereka di panti asuhan
Quote cmf_premierleag 31-5-2021 10:00 PM
mawardia replied at 31-5-2021 08:53 PM
Kalau dak Emma merupakan warganegara Malaysia, pasti post ini ditularkan di KRT. "Salam min. Tlg hid ...

selain KRT, page FB lain yg akan dia upload citer mcm ni ialah IIUM Confession
Quote ellejo 31-5-2021 10:04 PM
ni aku nak bagi nasihat as a fellow woman

water solve all problem tau.
want to lose weight? drink water
want to have clear-glossy skin? drink water
tired of your man? drown him
Quote darkness 31-5-2021 10:04 PM
Status ni sebenarnya nak suru anak laki dia diam2..xpayah cari gelpren
Quote user.name 31-5-2021 10:18 PM
helokk ke tak anak laki dia?
Quote hyie 31-5-2021 11:27 PM
apa dia ingat anak dia Fattah Amin ke? larikkkkk
Quote slyfynx 1-6-2021 12:15 AM
Pelik kan.
Aku x sokong pun mende ni.
Tp...
Bile mak protect anak laki, automatic kite terus assume she is a monster-in-law.
Kalau ayah protect anak perempuan,
Ayah yang protective.
Quote allshares 1-6-2021 12:19 AM
Confident nye mak nye boleh buat pompuan go away, Silap2 anak ko lari ikut pompuan sbb ko kuat kongkong. Mcm ko isteri pula
Quote she 1-6-2021 03:18 AM
Sorry macik sayang anak2 laki macik

Yang sekolah tu dah dapat ip12…tiber awek dia text minta topup…macik bagi syarahan ye

Kalau korang ada anak pastu gf dia kaki kikis…pakai tak cukup kain…bahasa ke laut…korang nak terima?

Bab belajar tak tinggi kerja tak bagus tu lain cite ye…considerable lagi
Quote Levespa 2-6-2021 02:38 PM
ni mesti gurau je.. anak dia pun takkan redha je dapat mak control freak mcm ni.. kalau betul..ni la dia bakal mak mentua from hell..baik lari jauh2
Quote pikah89 27-7-2021 07:09 PM
Ciri ibu mertuaku da ad gudluck ya {:smile
Quote Perk77 27-7-2021 07:16 PM
Sebelum nak memastikan anak Tu tak jadi ATM ..pasti Kan anak lelaki anda adalah manusia yg boleh Di harapkan pada masa hadapan ...sekian terima kasih
Quote Babai 27-7-2021 07:28 PM
Tak lawa la minah tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039542 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top