CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Kali Cubaan Netanyahu Sekat Media Sosial Dibantah Peguam Negara

31-5-2021 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2134| Komen: 5

Perdana Menteri Israel dilaporkan cuba untuk menyekat media sosial ekoran tunjuk perasaan yang diadakan penduduk Israel berketurunan Palestin kerana membantah serangan rejim itu di Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza yang dikepung, menurut Agensi Anadolu.


Akhbar Israel melaporkan pada Ahad, Benjamin Netanyahu berusaha untuk menyekat media sosial semasa serangan di Gaza pada 10-21 Mei.


Kredit foto: National Post

Menurut pegawai, Netanyahu mencadangkan sebanyak dua kali supaya media sosial disekat, tetapi syornya ditolak Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit dan pihak pegawai keselamatan.

Netanyahu mengemukakan cadangan itu dengan alasan untuk menghalang kemungkinan berlakunya rusuhan, kerana mendakwa penduduk Israel berketurunan Palestin mahu menganjurkan tunjuk perasaan melalui TikTok.

Sementara itu, Walla News berkata bukan Netanyahu yang mengesyorkan untuk menyekat media sosial, sebaliknya beliau cenderung menyokong rancangan dicadangkan pihak pegawai keselamatan.


Sekurang-kurangnya 255 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita dan lebih 1,900 yang lain cedera dalam 11 hari serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Serangan Israel di Tebing Barat sejak 13 April pula meragut sekurang-kurangnya 34 nyawa rakyat Palestin.

Rejim Israel menghentikan serangan susulan gencatan senjata yang dipersetujui pada 21 Mei dengan Mesir bertindak sebagai orang tengah.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 31-5-2021 11:06 PM
Selamat KoyakIsrael.
Quote ResellerMaxis 31-5-2021 11:10 PM
Zazama replied at 31-5-2021 11:06 PM
Selamat KoyakIsrael.

Kalau allah kata tidak. Ag pun xleh kata ya kan.
Quote abangbikerz 31-5-2021 11:13 PM
at least ag israel xjd pak turut
Quote Zazama 31-5-2021 11:14 PM
ResellerMaxis replied at 31-5-2021 11:10 PM
Kalau allah kata tidak. Ag pun xleh kata ya kan.

Allah Maha Sebaik-baik Perancang..
Quote Lagubestbest 4-6-2021 02:36 AM
kalau kita gabung dulu, kemudian pilihanraya, habes pilihanraya lompat parti. Israel pulak pilihanraya dulu, kemudian parti yg dapat vote paling banyak perlu ajak parti lain join dia untuk bentuk kerajaan majoriti. kalo tak, parti no. 2 pulak dapat peluang, perlu buat benda sama. kalo dua2 tak boleh, akan ada undian di parlimen, kalo takde keputusan jugak pilihanraya lagi dalam tempoh 90 hari.

PS: Netahyahu tak berjaya ajak orang lain join, parti no. 2 nampaknya macam sedia nak bentuk kerajaan dengan parti no. 3 dan jemput jugak bebas masuk, tendang Netanyahu keluar.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069600 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top