|
Pergaduhan pasangan kekasih di balkoni kediaman mereka hampir berakhir dengan tragedi. Menerusi kejadian di St Petersburg, Rusia, pasangan itu terjatuh dari balkoni berketinggian 25 meter. Olga Volkova dan Yevgeny Karlagin, masing-masing berusia 35 tahun yang cedera parah dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan. Malah, Daily Star melaporkan, pasangan itu juga terpaksa menjalani pembedahan. Video kejadian itu turut disebarkan dan menjadi tular. Sumber: mStar
|



ADVERTISEMENT