CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Tak Berjaya Mendaftar Vaksin Covid-19, Tetap Syukur Ibu Dan Kakak Dah Terima Suntikan

31-5-2021 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2574| Komen: 9

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur apabila ibu serta kakaknya telah selamat menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Universiti Malaya (UM), hari ini.


Dalam pada itu, Uyaina ada berkongsi cerita pengalaman ibu dan kakaknya ketika mengambil vaksin tersebut yang nyata tidak memberikan rasa kesakitan.

Foto: IG

“I am so proud of you mom, @farahalwafa She just had her first dose of vaccine at Universiti Malaya with my sister @najlaumairaarshad.

“The best part is when I asked her, “how was the jab?” And she said, “Tak sedar pun kena cucuk. Tahu2 dah habis je. Doktor pun baik sangat.” Alhamdullilah..,” tulisnya.



Bagaimanapun, pengacara rancangan Wanita Hari Ini berasa kecewa apabila dia tidak berjaya mendaftar pengambilan vaksin selepas laman sesawang pendaftaran vaksin tersebut mengalami masalah teknikal.

“Walaupun tadi kecewa lah jugak sebab lama sangat cuba nak register vaccine for diri sendiri, tapi tak lepas2. Dah macam The Hunger Games pulak Harap sangat sistem dapat diperbaiki dan semua orang dapat access kepada vaksin dengan cepat.




“Tapi tetap bersyukur sebab Ummi & kakak saya dah vaccine. Tunggu giliran saya pulak lepas ni Semoga urusan kita semua dipermudahkan aamin #vaccinated,” tulisnya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msel 31-5-2021 09:43 AM
Banyak pulak cerita dia ni kat cari skrg
Quote jalfa 31-5-2021 10:00 AM
Update la setiap anak beranak retis cucuk veksin..gosip sangat
Quote Cece1234 31-5-2021 10:01 AM
Alah boringnya cite..
Quote slyfynx 31-5-2021 10:22 AM
Jap, ape gosipnye?
Adui....
Macam cimpet la gosip skrg ni.
Komen IG,
Post IG.
Pasni letak je IG handle, suh je org tgk sendiri IG retis2 ni
Quote AshkieLa 31-5-2021 11:46 AM
slyfynx replied at 31-5-2021 10:22 AM
Jap, ape gosipnye?
Adui....
Macam cimpet la gosip skrg ni.

boring kan..
dulu news panas2 yg takde kat socmed, akhbar dapat update kat sini dulu..
lagi2 kalau yg kena decode2 ni...
skang semua news basi drpd socmed, masuk sini...
lari konsep "gossip" dah...
Quote Carcosa 31-5-2021 12:19 PM
Padan muka kau
Quote Kurex 31-5-2021 12:27 PM
Ni pun gosip ke??? Mudahnya kerja kau.... Betapa pemalasnya repot lindungan acehand jizklongklong ni
Quote NataliaLuiz 31-5-2021 12:40 PM
Cantiknya mak dia..
Quote biozipstar 1-6-2021 09:58 PM
hahaa... macam tu kena ada 1 post.. "ARTIS DAH DISUNTIK VAKSIN" hah begitu pastu update setiap hari

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.172985 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top