CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jangan Cabut Nyawaku Di Musim Covid-19, Siapa Nak Tengok Di Kubur?' - Fauziah Nawi

30-5-2021 02:19 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5406| Komen: 36|Original author: Oleh: LilRose

Mungkin golongan antivaksin atau mereka yang tidak percaya mengenai wabak Covid-19 tidak risau dengan situasi yang semakin mengganas.

Namun, bagi yang menyedari mengenai bahayanya pasti resah, buntu, dan khuatir dengan masa depan diri, keluarga dan sahabat handai.



Kredit foto: IG
 
Begitu juga dengan seniwati veteran Fauziah Nawi. Selain khuatir dengan situasi Covid-19 ketika ini, beliau juga marah dengan sikap penting diri segelintir masyarakat yang enggan melindungi diri dengan menerima suntikan vaksin.

"Kerajaan sudah tolong dan lindungi kita, kita pula tak mahu dicucuk.

"Sesiapa yang 18 tahun ke atas tolonglah pergi (ambil) vaksin termasuk mereka yang sudah dapat tarikh janji temu," rayunya ketika ditemu bual AWANI pada Sabtu.

Menginjak usia 68 tahun, Fauziah bagaimanapun tidak menolak kemungkinan segelintir individu yang tidak hadir proses vaksinasi berdepan masalah dan mempunyai alasan munasabah.


Katanya, mereka mungkin berdepan masalah sepertinya yang buta IT (teknologi maklumat) tidak mempunyai pengangkutan, atau tiada wang untuk ke pusat pemberian vaksin dan anak-anak mungkin tinggal berjauhan untuk menolong.

Justeru, beliau mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjumpa golongan itu di dewan orang ramai  di setiap kampung.


Kredit foto: IG

Dalam masa sama, Fauziah berdoa agar nyawanya tidak dicabut ketika musim pandemik.

"Siapa nak tengok saya dekat kubur? Tengok saya buat kali terakhir...Adik-beradik tak boleh tengok.

"Kalau (meninggal dunia) disebabkan Covid-19, tayamum saja, tak dimandikan. Berbungkus sajalah," katanya sebak.

Buat yang tidak percaya Covid-19 boleh membunuh, sekurang-kurangnya kasihanilah orang lain yang berusaha menjaga diri daripada dijangkiti. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote balakkampung 30-5-2021 03:44 PM
geng2 antivaksin ni semakin sakan antar macam2 kat wassap group..aku bolayankan jer..tapi yg aku sakit hati tu..yg antivaksin ni la yg paling laju balik kampung curi2 ikut jalan tikus..
Quote bluebutter 30-5-2021 03:57 PM
Edited by bluebutter at 31-5-2021 07:40 AM

baca masa benang lama.
Quote Perawankota 30-5-2021 04:19 PM
bluebutter replied at 30-5-2021 03:57 PM
Berhentimerokok ya mocit. Org tua tua tak elok merokok...

Isap rokok LG ke dia ni
Quote Cece1234 30-5-2021 04:31 PM
bluebutter replied at 30-5-2021 03:57 PM
Berhentimerokok ya mocit. Org tua tua tak elok merokok...

Dia merokok eh?
Quote likilu 30-5-2021 05:40 PM
Takmau Syahid?
Quote LadyCarefree 30-5-2021 05:43 PM
Dia ni pi la jumpa jagong lagi bagitau jagong
Quote sugarlovebutter 30-5-2021 05:47 PM
bluebutter replied at 30-5-2021 03:57 PM
Berhentimerokok ya mocit. Org tua tua tak elok merokok...

Die merokok ke uols? Tp dlu arwah nenek i pn isap rokok gak, tp rokok daun la yg gulung tembakau kertas sendiri tuh...kitorang pggl nenek kitorang bohsia...hahaha...tp die xtau, mampus klo tau, tp smyg ngaji xtggl...tp tuh la isap rokok plak,
Quote belacan_gurl 30-5-2021 05:52 PM
Oh dia merokok ekk....teringat arwah nenek aku...merokok gak ..heheheh org tua perempuan kat kmpg mmg ramai yg merokok rasanya...perkara biasa sbrnya..tapi kalo yang muda merokok abis dikata takde maruah ...kesian dorg
Quote rospinki 30-5-2021 06:08 PM
Haluih kening acik pojiah
Quote bluebutter 30-5-2021 06:19 PM
Edited by bluebutter at 31-5-2021 07:41 AM

baca masa benang lama.
Quote bluebutter 30-5-2021 06:21 PM
Edited by bluebutter at 31-5-2021 07:45 AM

baca masa benang lama.
Quote bluebutter 30-5-2021 06:21 PM
sugarlovebutter: Die merokok ke uols? Tp dlu arwah nenek i pn isap rokok gak, tp rokok daun la yg gulung tembakau kertas sendiri tuh...kitorang pggl nenek kitorang boh ...

Haha.

I sampai skrg tak leh tgk perempuan merokok. Tak suka.
Quote bluebutter 30-5-2021 06:22 PM
belacan_gurl: Oh dia merokok ekk....teringat arwah nenek aku...merokok gak ..heheheh org tua perempuan kat kmpg mmg ramai yg merokok rasanya...perkara biasa sbrnya. ...

Betullah tu.

Tak elok untuk kesihatan dan kecantikan kulit muka. Nampk sagging awal.
Quote ezacbee 30-5-2021 06:54 PM
sugarlovebutter replied at 30-5-2021 05:47 PM
Die merokok ke uols? Tp dlu arwah nenek i pn isap rokok gak, tp rokok daun la yg gulung tembakau k ...

Nenek moyang dulu2 isap rokok gulung, xpun rokok dunhill
Relax je isap rokok sambil membawang


Quote Nenasketum 30-5-2021 06:58 PM
Aritu dia jadik ring leader kan jumpa Agung meronta2 nak keje konon akan kebuluran retis2 hamlau tak sunting. Walhal anak tu baru mninggal. Bila Tuhan tu turunkan bala, percayalah ada hikmah disebaliknya. Aku takkan nangis la kalau dia ni pergi, meluat pulak makin tua.
Quote imransulaiman 30-5-2021 09:17 PM
bluebutter: Ada baca kat benang benang lama. Tgk muka kusam je, mak jah keluarga iskandar tu elok je cerah muka. Boleh kenal lah perempuan merokok dgn tak merokok ...

Kami ada seorang kawan kuat merokok. Badan kurus muka cengkung. Mata dia dah macam nak masuk ke dalam..
Quote exclusive_vvip 30-5-2021 09:33 PM
takpe Nek Fauziah..meninggal sbb sakit apa @ bagaimana dan di mana itu xleh nak buat apa..tapi still lah kita kena usaha jaga kesihatan @ keselamatan..apa yg paling penting, husnul khotimah..sentiasalah mohon pengakhiran baik walaupun kita sememangnya selalu terbabas buat dosa..
Quote alesandra 30-5-2021 10:42 PM
Kita bila dah meninggal ada kesah ke org tgk kita ke idak??
Quote blekkep 30-5-2021 11:19 PM
bluebutter replied at 30-5-2021 03:57 PM
Berhentimerokok ya mocit. Org tua tua tak elok merokok...

manede sheols smoking...mandai jah chuols nie...adoi

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.045797 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top