CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh 30 Wanita, 20 Tahun Makan Daging Manusia

25-5-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4557| Komen: 32

Mexico City: Selepas memakan dan membunuh 30 wanita dalam tempoh 20 tahun, akhirnya seorang lelaki yang mengamalkan kanibalisme ditahan pihak berkuasa.

Andres Filomeno, 72, ditahan di perbandaran Atizapan de Zaragoza, 8 malam, Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan berita, Telediario, pihak berkuasa diarahkan ke rumah lelaki itu bagi menyiasat kehilangan seorang wanita sebelum menemukan mayat wanita yang dikerat di atas meja.


Foto: Agensi

Siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku menyembelih 30 wanita sejak 20 tahun lalu serta menyenaraikan nama mangsanya di sebuah buku nota.

Filomeno juga mengaku mengamalkan kanibalisme dengan memakan bahagian mayat.


Pendakwa raya Dilcya Garcia berkata, pihak berkuasa menemui ruang bawah tanah dibina suspek dalam keadaan mengerikan yang mengandungi rangka manusia.

"Buat masa ini, kami temui rangka lima mangsa dan sebuah buku nota yang tertera nama wanita berlainan," katanya dalam portal The Sun.

Menurut polis, mereka hanya menemui lima rangka mangsa, serta belum menemui semua mayat lain yang didakwa dibunuh suspek.

Polis turut menemui kad pengenalan diri dua wanita, Flor Nineveh dan Rubicela Gallegos Castillo, masing-masing dilaporkan hilang pada Oktober 2016 dan Julai 2019.

Dilaporkan, suspek mempunyai perangai pelik iaitu tidak boleh menerima dengan sebarang penolakan daripada wanita muda dan cantik.

Suspek kini ditahan Penjara Tlalnepantla atas tuduhan membunuh Reyna N yang mayatnya ditemui di kediaman lelaki itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 25-5-2021 09:38 AM
Perghhhhhh..pmbunuh bersiri + kanibal.. Dasyat.. Kalau dok jepun jadi selebriti dah ni..
Quote Simunggu 25-5-2021 09:41 AM
bukan manusia ni...setan sudah...
Quote Cece1234 25-5-2021 09:43 AM
Erk..makan daging org..
Quote merrissa 25-5-2021 09:49 AM
20 tahun? selama ni xde org report ke? or polis x buat kerja?
Quote royaldanish 25-5-2021 09:50 AM
gila lahhhhh
Quote matseh 25-5-2021 09:54 AM
Fuhhh. mcm filem Silent of The Lambs.
Hannibal Lecter
Quote insulin 25-5-2021 09:58 AM
Ini manusia bertaraf iblis dah ni.
Quote Plain-tif 25-5-2021 11:13 AM
Sick!!!!!{:freak
Quote ReginaGeorge 25-5-2021 12:50 PM
Lerrr patut bagi je perogol ke pembunuh ke pendadih dan suppliers dadih kat dia. Biar dia makan diorang.
Quote bloodyamuk 25-5-2021 01:37 PM
macam mana dia perangkap mangsa2 dia ni? tak sabau nunggu dokumentari pasal ni...umur dah 72 tahun nak bagi mampus cepat
Quote tipah89 25-5-2021 01:39 PM
bloodyamuk replied at 25-5-2021 01:37 PM
macam mana dia perangkap mangsa2 dia ni? tak sabau nunggu dokumentari pasal ni...umur dah 72 tahun n ...

kan? katanya xboleh terima penolakan dari wanita muda & cantik, jadi mangsa dia ni muda2 n cantik2 la kekdahnya

Quote nononcrux 25-5-2021 02:49 PM
cannibal come back!
Quote Artemesiaa 25-5-2021 02:53 PM
Punya lama baru tertangkap betul2 mental
Quote any42 25-5-2021 02:58 PM
gila btul. berapa hri/mnggu nk hbiskn mkn dging seorang mnusia
Quote 3chanceno 25-5-2021 03:26 PM
Terpikir camna rupa dia....mungkin tinggal di kawasan terpencil, jadi sukar untuk dikesan
Quote miszclassique 25-5-2021 03:42 PM
Psychopathhhh...teringat cerita Mouse lak
Quote bloodyamuk 25-5-2021 03:42 PM
tipah89 replied at 25-5-2021 01:39 PM
kan? katanya xboleh terima penolakan dari wanita muda & cantik, jadi mangsa dia ni muda2 n cantik2 ...

ada satu kes serial killer ni semua mangsa dia adalah pelacur...jadi senang je die 'perangkap' mangsa...bawak balik duduk basement rumah mak dia...
Quote sehirkedi 25-5-2021 07:15 PM
Edited by sehirkedi at 25-5-2021 07:17 PM

Rupa pun hodoh. Perangai pun hodoh!
Muka macam pasir berak kucing!!

Dah 20 tahun buat keje ni. Kalau tak kantoi. Masih berleluasa bunuh dan makan orang! Kasihan wanita-wanita tersebut!
_20210525_191057.JPG

Moga setan ni dihukum tembak sampai mampos!!!
Quote naina 25-5-2021 07:25 PM
Perghhh lama tu 20 tahun baru kantoi. Cmne la.dia culik. Sedangkan perempuan tu semua taknak kt dia pon

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.248997 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top