CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Hati Saya Hancur' - Vivy Yusof Tak Boleh Tidur Fikir Nasib Rakyat Palestin

20-5-2021 01:04 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6886| Komen: 20|Original author: Oleh: LilRose

"Hati saya hancur ketika membaca berita tentang apa yang berlaku di Palestin. Saya tidak dapat tidur malam memikirkan apa lagi yang boleh saya lakukan."



Kredit foto: IG

Datin Vivy Yusof mengakui hatinya hancur hingga tidak dapat tidur setiap kali teringat penderitaan penduduk Palestin.

"Sebagai seorang ibu, melihat rakaman anak-anak di sana telah memukul saya dengan teruk," katanya dalam satu kenyataan semalam seperti dipetik dari MalaysiaGazette.

Sehubungan itu, selain memulakan kutipan dana melalui Viva Palestina Malaysia (VPM), Pengasas Bersama The dUCk Group itu kini aktif meningkatkan kesedaran mengenai penindasan terhadap Palestin di platformnya.



Kredit foto: IG


Berkongsi di Instagramnya, Vivy gembira memaklumkan dana kecemasan terkumpul kini mencecah RM1 juta.

Menurut MalaysiaGazette, kutipan dana melalui Viva Palestina Malaysia (VPM) yang ditubuhkan melalui Kitafund akan digunakan untuk memberi bantuan perubatan dan keperluan kritikal kepada penduduk Palestin.


Kredit foto: IG

Semoga segala urusan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas di sana berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote flipolivio 20-5-2021 01:21 PM
kalau org yg buat tabung2 donate mcm ni.. betul
ke theyols boleh ambil 30% dari dana tabung tu? ada terbaca kat fb dulu..tp xsure betul ke x
Quote salmon-suki 20-5-2021 01:25 PM
Ooo..igtkn nak guna duit sendiri bg...buat tabung jgk ke..cara senang nk dpt duit free kan..smbil2 acah simpati kt negara sana.. penunggang mmg byk jenis..
Quote EvieWanKenobi 20-5-2021 01:27 PM
tak boleh tidor malam, tidor la belah siang..
Quote None68 20-5-2021 01:36 PM
Mmg boleh ambik 30%..cayalah bibik itik nih dah bapak mertua pun scammer..puiii
Quote makneng 20-5-2021 01:50 PM
Cringenyaaaa pls help!!
Quote Skuau 20-5-2021 01:52 PM
sblom minta ngn orng...mulakan dgn diri sendiri dulu.....
Quote flipolivio 20-5-2021 02:01 PM
None68 replied at 20-5-2021 01:36 PM
Mmg boleh ambik 30%..cayalah bibik itik nih dah bapak mertua pun scammer..puiii

kalau macam tu senang2 je dia dapat rm300k! wow!
Quote Cece1234 20-5-2021 02:13 PM
EvieWanKenobi replied at 20-5-2021 01:27 PM
tak boleh tidor malam, tidor la belah siang..

Hahaha..klaka la..
Quote None68 20-5-2021 02:37 PM
flipolivio replied at 20-5-2021 02:01 PM
kalau macam tu senang2 je dia dapat rm300k! wow!

Tau xpe..tu pasal NGO cam cendawan tumbuh..tu x kira lagi kot duitnya sampai ke idok..ke masuk poket sendiri
Quote AdikSuka 20-5-2021 04:27 PM
derma tu direct ke mana? ke bawah pesenbelen?

tak leh tidur konon bestfriend kau, apaknya kaki kelepet duit rakyat malaysia, kau boleh tidur tak?
Quote sofinamini 20-5-2021 04:57 PM
bukan mmg ngo nie dia charge fees pengurusan ke ? mmg boleh jek diorang charge pengurusan sbb nie je lakan cara ngo nak dpt duit from kerja kerja diorang , sukarelawan semua tu kan ?
Quote Firenzza 20-5-2021 08:49 PM
AdikSuka replied at 20-5-2021 04:27 PM
derma tu direct ke mana? ke bawah pesenbelen?

tak leh tidur konon  bestfriend kau, apaknya k ...

Apa bapak dia dah selebet sis? Iols tertinggal ketapi, yg last tau dia kena tendang BOD itm jerr
Quote Kadaisaku 20-5-2021 11:03 PM
Harini meols nampak dia kasi berkotak kotak duck scarf kat mommy fatima. Wow wow
Quote ejans 20-5-2021 11:24 PM
Plasticnya. Dgn staff pon ko xde sifat empathy symphaty... Xleh caya
Quote Meiizu 20-5-2021 11:37 PM
Vivy ni tenggelam betul ehhh lepas buat hal masa pkp1.
Quote flipolivio 21-5-2021 02:10 PM
None68 replied at 20-5-2021 02:37 PM
Tau xpe..tu pasal NGO cam cendawan tumbuh..tu x kira lagi kot duitnya sampai ke idok..ke masuk pok ...

now byk sgt tabung gaza.. xtaw la duit tu sampai ke x ke sana.. pernah tgk video kat youtube.. susah sebenarnya duit2 bantuan ni nak lepas
Quote spunk3d 21-5-2021 03:15 PM
Meiizu replied at 20-5-2021 11:37 PM
Vivy ni tenggelam betul ehhh lepas buat hal masa pkp1.

agak la..tapi jgn dia buat keja bodo mcm lopak...
confirm berjemaah orang caci.
tunggu time je
elok la dia buat benda gini.
tapi nya sedih tu cam tak real sgt. try harder tinv
u kenduitssss
Quote Napansahut 22-5-2021 10:15 AM
Sorry to say hati aiii hitam berkeladak aii xnak derma dekat ngo takut duit tu x sampai...
Quote 234126 22-5-2021 09:18 PM
iol dah stop derma tabung yg bukan tabung rasmi ni. Si vivik ni lagi la iol ragu sebab memang boleh claim 30% kos pentadbiran tu.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052320 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top