CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Sumbang RM40,000 Untuk Palestin

20-5-2021 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6045| Komen: 37

Description: Usahawan dan pelakon, Ben Ali bersama isterinya Nadiyah Shahab tampil menyumbang RM40,000 kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha membantu meringankan beban dihadapi rakyat Palest ...
Usahawan dan pelakon, Ben Ali bersama isterinya Nadiyah Shahab tampil menyumbang RM40,000 kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha membantu meringankan beban dihadapi rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel.


Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, sumbangan berkenaan diperoleh hasil jualan produk keluaran mereka, Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.


“Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.

“Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.

“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya memetik Harian Metro.


Foto: IG

Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.

“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya lagi.

Ben pada masa sama turut berhasrat untuk terus melakukan projek amal yang dilakukan sempena Ramadan baru-baru ini.





“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya.

“Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.

“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan,” harapnya optimis.



Sementara itu menerusi Instagram, Ben turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembeli yang secara tidak langsung menyokong apa yang diusahakan ketika ini.

“Bismillahirrahmanirrahim, berkat hasil pembelian para pelanggan & juga berkat izin Allah S.W.T , kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.

“Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sejak dari dahulu lagi menyokong perjalanan kami. Dari anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan.



“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara-saudara se-islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.

“Kepada yang berhajat untuk juga menyumbang. Saya sertakan sekali antara senarai pertubuhan yang kami telah sumbangkan bantuan. Diharap kita semua mendapat syafaat dari-Nya. InshaAllah,” tulisnya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 20-5-2021 01:08 PM
Alhamdulillah. Moga lebih dimurahkan rezeki.
Quote Rara77 20-5-2021 01:21 PM
Berlawan riak semua
mua bello 20k
aku 10rm jah
maklum lah bukan instafemes mahupun celeb
Quote EvieWanKenobi 20-5-2021 01:33 PM
setahun berapa kali bini dia renovate muka?
Quote eniliana 20-5-2021 01:44 PM
sebenarnya ada berapa ben semunya retis kat malaysia? makcik fenin... igt ben yg rambut panjang petang2 tu. sekali click ah sudah... anak sapa pulak ni
Quote Suchi 20-5-2021 01:57 PM
Rara77 replied at 20-5-2021 01:21 PM
Berlawan riak semua
mua bello 20k
aku 10rm jah

Anas pun bagi berapa ribu tah, semua kena sebut ke jumlah derma masing2 eh?
Quote ren14 20-5-2021 02:02 PM
EvieWanKenobi replied at 20-5-2021 01:33 PM
setahun berapa kali bini dia renovate muka?

bukan makin cantik ponnnn
lulz
Quote EvieWanKenobi 20-5-2021 02:10 PM
ren14 replied at 20-5-2021 02:02 PM
bukan makin cantik ponnnn
lulz

sebab tu tanya.. semakin pelik mukanya..
Quote lovelytouch 20-5-2021 02:19 PM
Drama lakonan heols sheols ialah?????????
Quote ren14 20-5-2021 02:25 PM
EvieWanKenobi replied at 20-5-2021 02:10 PM
sebab tu tanya.. semakin pelik mukanya..

tak pe la you
laki dia xkisahhhhh
lol...
Quote anony-mous 20-5-2021 02:30 PM
eniliana replied at 20-5-2021 01:44 PM
sebenarnya ada berapa ben semunya retis kat malaysia? makcik fenin... igt ben yg rambut panjang peta ...

Yg rambut pnjang tu ben ten makcik.
Quote anony-mous 20-5-2021 02:31 PM
Rara77 replied at 20-5-2021 01:21 PM
Berlawan riak semua
mua bello 20k
aku 10rm jah

Patut lah muo tu duk show off jumlah derma, sbb nk berlawan2 dgn yg lain

Muo - 20k
KA - 10k
Laki bini muka pondan - 40k
Muka pondan - 12k

Quote tipah89 20-5-2021 03:02 PM
tahniah n semoga usaha mereka menderma dibalas dgn berjuta lagi kebaikan. off topic, apesal muka nadiah ni makin pelik.
Quote Guccibamboo 20-5-2021 03:30 PM
Menjadi btul lah bisnes absolute kukis die eh
Quote mamajawie 20-5-2021 03:31 PM
Muka si bini cm muka sapi lias..yg muka laki lak cm muka azal anak acik pulut rambutan
Quote isteri_ayil 20-5-2021 06:30 PM
riak.. sia-sia je, tak pasal dah jatuh hukum syirik kecil... (ni aku refer kat google , hal2 berkaitan riak) kesian nya kat golongan jahil mcm deme ni...  next time , ada masa, blaja lah agama.. bukan menari tik tok ..
Quote Minami2013 20-5-2021 06:35 PM
Kalau senyap kang ada pulak netizen provoke kata tak ambik tahu psl penderitaan umat islam palestine duit berkepuk. Baik show off utk tutup mulut2 netizen dan insyaAllah dpt pahala regardless niat utk riak ke ape..niat itu urusan depa dgn Allah.. elok la berlumba lumba buat kebaikan.
Quote helicornia 20-5-2021 11:28 PM
aku tk pernah dengar pun produk depa absolut chocolat tu.kemain nk tunjuk laku keras bole derma 40k
Quote samshik 21-5-2021 06:22 AM
helicornia replied at 20-5-2021 11:28 PM
aku tk pernah dengar pun produk depa absolut chocolat tu.kemain nk tunjuk laku keras bole derma 40k

Member beli n ckp beser2 jer.. Overdose gule sajork...mybe sbb die pnh rs yg lg sedap kot...
Quote dudaberhias 21-5-2021 06:39 AM
you go girl
iols pun tak derma sebanyak ittew

btw keluar dah iklan NGO2 who r yusss kat forum ni yang minta derma untuk palestin...
banyak duit kau dik buat iklan tapi mintak derma...

pandai tak dia nak cover nama account dia siap pakai FPX lagi...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.076024 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top